Wednesday, February 15, 2017

Mahathir Jadi Ketua Bahagian? Lawak Apakah Ini?


Kata Mahathir, Pribumi adalah bertujuan untuk menggantikan UMNO, maka itu sebahagian tema UMNO merah, Pribumi guna keseluruhan Merah sebagai tema mereka pula.  UMNO guna nama bahagian, Pribumi pun menggunakan Bahagian juga.

Pendek kata, semua nak tiru UMNO lah.

Tapi Pengerusi UMNO, tidak macam Pengerusi Pribumi.  Pengerusi UMNO tidak pegang jawatan di peringkat bahagian UMNO tapi berkuatkuasa semalam, Pengerusi Pribumi adalah juga Ketua Bahagian Pribumi Langkawi.

Bukan setakat itu juga, Mahathir adalah Pengerusi Perhubungan Pribumi Kedah, lawak apakah ini?

Mahathir tu dah tua, 92 tahun dah, sikit masa lagi nak mati, masih lagi nak pegang jawatan macam orang muda?  Apa dah tak cukup lagi ke orang muda kat Kedah dan Langkawi tu yang boleh sandang apa jawatan yang Mahathir sandang?


Sebab itu ramai mengatakan, tindakan Mahathir bolot jawatan ini kerana dia mahu secure jawatan untuk anaknya saja.  Mahathir dah pernah jadi Perdana Menteri, buat apa dia nak diletak jawatan yang hanya melayakkannya untuk menjadi Menteri Besar Kedah kalau mimpi Pribumi menang di negeri itu jadi kenyataan?

Memang gila jawatan betul Mahathir ni.

No comments:

Post a Comment