Tuesday, February 14, 2017

Selain Proton, Petronas Juga Sumbang Berbilion Ringgit Untuk Keluarga Mahathir (II)

1. Orang ramai mungkin hanya tahu Petronas melalui Malaysian Shipping Company (MISC) pernah "bail out" Konsortium Perkapalan Berhad (PKB) Mirzan Mahathir sebanyak USD 220 juta (RM 900 juta). Menurut Far Eastern Economic Review, hutang PKB ketika itu sekitar RM 1.6 bilion.

2. Lebih RM 2 bilion perlu dibelanjakan untuk menyelamatkan PKB milik Mirzan Mahathir.

3. Pada 2012, Petronas melalui Petronas Cari Gali Sdn Bhd juga telah menganugerahkan kontrak bernilai RM 700 juta kepada Sapura Kencana Petroleum milik Mokhzani Mahathir.

4. Namun apa yang tidak diketahui umum ialah bagaimana Yasmin Group milik anak saudara Tun Mahathir, Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar turut meraih keuntungan besar dari Petronas secara senyap-senyap.

5. Yasmin Group melalui anak syarikatnya Yasmin Engineering telah dianugerahkan beberapa kontrak besar oleh Petronas yang dianggarkan berharga berbilion ringgit semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudian Penasihat Petronas.

6. Mahathir menggunakan "side kick" beliau, Tan Sri Hassan Merican, untuk memberi beberapa kerja besar kepada Yasmin Engineering: 

 a) The largest 1800mm water main relocation work in South East Asia in Putrajaya in 2000.
b) High pressure 36” (Thailand-Changlun) gas pipeline tie-in at Changlun, Kedah in 2004.
c) High pressure 24” gas pipeline tie-in supplying to Keppel Power Plant, Singapore in 2006.
d) High pressure 30” Petronas Gas Berhad pipeline repair in Segamat, Johor in 2009 and many other pipeline and related works for the oil majors in Malaysia.


(lihat: http://www.mhcreative.com.my/yasmingroup/portfolio-item/engineering/)

7. Dianggarkan keseluruhan projek-projek yang diperolehi oleh Yasmin Group dari Petronas mencecah RM 20 bilion.

8. Yasmin Group juga pernah mendapat hak eksklusif mengeksport minyak pelincir Petronas ke Amerika Syarikat. Bagaimanapun ini merupakan maklumat dalaman yang sukar dianggarkan nilai projek kerana tidak pernah diumumkan kepada umum.

8. Inilah agaknya yang dikatakan bumi dipijak milik Tun Mahathir.

No comments:

Post a Comment