Wednesday, February 8, 2017

Mahathir Guna 'Lembu Tua' Tutup Isu Skandal



Hari demi hari berlaku, namun serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri seakan bertemu jalan buntu.

Walaupun pelbagai usaha dan isu yang digunakan namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat seakan kebal dan terus mendapat sokongan di hati masyarakat.



Atas sebab itu, Mahathir terpaksa menguna pakai khidmat 'lembu-lembu tua' yang seusia dengan zamannya bagi meneruskan momentum serangan terhadap Najib.

Antara lembu-lembu tua yang dimaksudkan itu ialah A Kadir Jasin, Sanusi Junid, Zainuddin Maidin dan beberapa orang lagi yang dilihat sebagai kroni yang pernah mendapat 'dedak' ketika regim pemerintahannya.

Namun ibarat lembu yang telah kehilangan giginya itu, semua serangan yang dilemparkan mereka itu terhadap Najib ibarat peluru kosong yang tidak memberikan kesan langsung.

Malah menurut sumber dalaman parti Bersatu, Mahathir ketika ini dilihat semakin panik apabila skandal 'perjudian mata wang asing' yang mengakibatkan negara kerugian berbillion ringgit semakin diperkatakan.

Mahathir sedar sekiranya kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mendedahkan kebenaran mengenai isu tersebut imej 'suci' yang dibina selama 22 tahun ini akan tercalar.

Dan yang paling Mahathir takuti ialah, siasatan yang dijalankan itu bakal menemui bukti beliau telah terlibat secara langsung dalam skandal tersebut.

Mahathir sedar sekiranya skandal di zamannya terdedah kepada umum, beliau bukan sahaja akan gagal mendapat sokongan rakyat malah paling teruk dirinya berkemungkinan akan dihadapkan ke mahkamah sekaligus bakal menghabiskan sisa hidupnya di penjara.

No comments:

Post a Comment