Wednesday, February 22, 2017

Proton: Saudara Mara Mahathir Masih Ramai Jadi Supplier


Mahathir menulis tentang Proton hari ini.  Banyak merapu yang disebut tapi secara asasnya semua cerita lama terutama mengulang kembali dakwaan konon kerajaan akan menjual Proton ini kepada syarikat China.

Tua kutuk ini masih tak mahu mengaku bahawa Proton bukan lagi hak kerajaan dan syarikat itu sudah beberapa tahun menjadi syarikat swasta sepenuhnya.  Kalau nak dijual pun bukan kerajaan yang jual, sebaliknya syarikat yang memilik Proton - DRB Hicom.

Pun begitu, kerajaan masih bermurah hati menyuntik dana RM 1.5 billion ke dalam syarikat itu setelah Mahathir tidak lagi menjadi Pengerusinya tahun lepas tapi sampai bila kan?

Apa pun, setelah Proton dibebaskan dari Mahathir, Proton perlu masuk ke fasa yang seterusnya iaitu dengan membebaskan syarikat tersebut dari suku sakat Mahathir yang menjadi pembekal syarikat itu buat sekian lama.


Hanya dengan cara ini sahajalah baru Proton boleh bebas dari bayang bayang Mahathir sepenuhnya dan beroperasi seperti mana syarikat swasta yang lain - boleh berkembang kalau untung atau ditutup kalau mencatat kerugian.

No comments:

Post a Comment