Menurut maklumat, Mahathir masuk gua 12 hari untuk mencari jalan bagaimana mengelakkan dia dari dikaitkan dengan penyelewengan dalam Forex dan BMF yang bakal dibongkar kembali kerajaan sebagai tanda tanggungjawab kepada rakyat.
Berbilion yang hilang itu perlu ada jawapan siapa yang bertanggungjawab, bukan buat lupa macam itu saja.
Tapi reaksi menarik Mahathir, dia meminta RCI turut ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB - persoalannya, siapa Mahathir untuk mengarah kerajaan nak buat apa? Sapa lu?
1MDB telah disiasat, perlu apa RCI lagi? Semua pihak berkaitan dalam hal penyelewengan di negara ini telah terlibat dalam siasatan tersebut dan mendapati tidak ada penyelewengan dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersih dari sebarang salah laku.
Berbanding dengan penyelewengan BMF dan Forex. BMF walaupun ada siasatan tapi mencetus lebih banyak persoalan dari jawapan disamping tidak ada siapa pun dari BPR (kini SPRM) yang terlibat dalam siasatan tersebut.
Hal Forex lagi kacau. Selepas Gabenor Bank Negara ketika itu letak jawatan, tidak ada siasatan apa bentuk pun dijalankan walaupun secara rasminya RM 9 billion wang rakyat hilang dalam perjudian Forex tersebut. Mahathir boleh mengarahkan siasatan skandal BMF tapi tidak boleh mengarahkan siasatan skandal Forex?
Apa kes?
No comments:
Post a Comment