Melihat perlakuan Mahathir sekarang ini, seolah-olah dia masih lagi berasa orang paling berkuasa dalam negara ini. Pandai-pandai saja dia memberi kata dua dan tempoh selama sebulan untuk PAS memberikan jawapan kepada perlawaan kerjasama dengan Pribumi.
Siapa dia, berapa ramai ahli parlimen dibawahnya yang nak sound sound PAS ni? Tolak semua wakil rakyat yang dah berhijrah masuk parti baru pun, jumlah wakil rakyat PAS adalah jauh lebih ramai dari Pribumi Mahathir.
Lagi ada hati nak sound sound orang.
Tak hairan kenapa PAS sekadar memandang rendah kata dua Mahathir itu dan menolaknya tidak sampai 24 jam pun selepas ia dibuat. Begitu rendah dan hina sekali taraf Mahathir sekarang. Dia bukanlah orang yang ditakuti seperti dulu.
Dulu betul, Mahathir ditakuti. ISA macam undang-undang bapak dia, duit Petronas macam duit mak dia, boleh sangatlah bermaharajalela. Sekarang dengan status sebagai Pengerusi sebuah parti pembangkang, tidak wujud lagi kegerunan terhadap Mahathir seperti mana dulu.
Sehinggakan kata dua Mahathir pun boleh ditolak begitu saja, dalam masa yang cukup singkat pulak tu.
No comments:
Post a Comment