Thursday, February 23, 2017

Monumen Kebanggaan Mahathir Antara 2 Lokasi Suspek Berlatih Guna Racun


PDRM semalam mengesahkan bahawa suspek dalam kes pembunuhan seorang warganegara Korea Utara di KLIA2 18 Februari lepas, berlatih menggunakan racun dalam pembunuhan itu di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur, iaitu di KLCC dan Pavilion.

Kebetulan, dua lokasi ini sangat berkaitan rapat dengan Mahathir.  KLCC adalah monumen kebanggaannya, dimana dia mendakwa rekabentuk asas bangunan itu dia yang membuatnya, sementara Pavilion pula adalah lokasi pertama kedai roti Mahathir, The Loaf dibuka.

Bagaimanapun suka nak diingatkan, tidaklah Mahathir berkaitan apa-apa dengan kejadian itu cuma nak disebutkan inilah kadang-kadang masalahnya dengan pembinaan monumen.  

Memang, monumen boleh menjadi mercu tanda sesebuah negara tapi ia juga berpotensi digunakan oleh pihak tidak bertanggunjawab untuk memalukan sesebuah negara itu balik.


Langsung atau tidak langsung.

Kalau monumen itu memberikan kemudahan kepada rakyat, seperti KLIA2, tidak mengapalah, apa yang boleh dikatakan tentang itu kalau ada pihak tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai lokasi untuk buat kerja tidak baik, cuma perketat kawalan supaya tidak ada peluamg sajalah.

Tapi tempat macam yang disebutkan PDRM semalam,bukan tempat keperluan awam.  Ada ok, takde pun ok.

Maka itulah agaknya, pentadbiran hari ini lebih mengutamakan kebajikan rakyat dan berbelanja besar untuk itu dari membina monumen yang kemudian tanpa kesipuan dikaitkan dengan diri sendiri - macamlah buat pakai duit mak ayah dia, duit rakyat jugak.


No comments:

Post a Comment