Tuesday, January 31, 2017

Zam Pun Nak Ikut Mahathir Jadi Tuhan?


Tak lama selepas Mahathir cuba berlagak Tuhan dengan berhukum semua jemaah haji tajaan 1MDB tidak mendapat haji yang mabrur, lembunya, Zam pulak semalam cuba meniru jejak yang sama dengan seakan melabel UMNO dan Presiden PAS sebagai kafir.

Apa masalah dengan Mahathir dan inner circlenya pun kita tidak tahu,  Amal ibadat masing-masing hujung pangkalnya macam mana pun tak tahu, lagi nak mengukur orang lain Islam ke tak Islam pulak.

Bagi kebanyakkan orang, mungkin mereka beranggapan Zam hanya bermain politik tapi hukum hakam agama bukan alat politik.

PAS pun semasa bermain isu kafir mengkafir ini, mereka tidak guna alasan politik semata-mata tapi turut menyertakan nas-nas yang mereka percaya menyokong pandangan mereka - tolak tepilah betul ke tidak nas-nas yang mereka kutip tu.

Yang penting, mereka turut mengambil kira pandangan agama untuk mengatakan sedemikian, bukan setakat faham politik saja.

Sementara Zam hari ini, guna hukum agama disokong oleh logik politik semata-mata, mana boleh macam itu?  Tapi apa yang kita harap dari seorang bekas Menteri Penerangan yang pernah dianggap sebagai paling bodoh pernah dilantik ke jawatan itu ye tak?

No comments:

Post a Comment