Wednesday, January 18, 2017

Baik Bertekak Dengan Lembu Dari Bertekak Dengan Mahathir


Bila Mahathir minta maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana menarik kuasa mereka lebih 20 tahun yang dulu, permohonan maaf itu bukanlah ikhlas sebaliknya kerana ada tujuan politik.  

Ketika permintaan maaf itu dibuat, Mahathir sedang melobi agar Majlis Raja-Raja yang bakal bermesyuarat pada saat itu, untuk masuk campur dalam isu berkaitan 1MDB dan derma RM 2.6 billion.  Pada saat yang sama, Mahathir juga menunggu pertemuan dengan YDPA untuk membincangkan isu yang hampir serupa.

Tengok tarikh bila yang Mahathir minta maaf tu kalau tak percaya.

Hakikat sebenarnya, Mahathir hormatkan institusi raja-raja ini hanya bila dia ada untung saja.  Seperti dia bersikap kurang ajar dengan Istana Johor sekarang, itulah buktinya.  Ini tidak menghairankan kerana Mahathir ada DNA Kerala, India di sebelah bapanya - Kerala mana ada raja!!

Mesti nak tunjuk dia menang jugak dalam apa cara pun.  Itu sikap Mahathir dulu, kini dan selamanya.  Semua orang dalam dunia tak betul, hanya dia saja yang betul.


Orang lain pun ada isu juga dengan institusi yang berkenaan tapi hormat tu kita letak di atas sekali, banding dengan Mahathir ni.

Dengan macam mana Mahathir mampu menolong DAP menawan Johor lanjutan dari pertelingkahanya dengan pihak Istana pun kita tidak faham.  Tak hairan kenapa DAP tak hadir majlis pelancaran parti Mahathir, sebab mereka tahu Mahathir bawak lebih banyak bala dan untung.


No comments:

Post a Comment