Penipuan Mahathir terserlah lagi bila semalam dia mengatakan BR1M akan diteruskan jika Pakatan menjadi kerajaan.
Lupakanlah atas kapasiti apa Mahathir bercakap bagi pihak Pakatan kerana Pribumi bukan parti komponen Pakatan tapi kerjasama atas dasar MOU saja, bukan perjanjian. Yang pentingnya sekarang kenapa dulu Mahathir kata BR1M ini dedak, rasuah, dah sekarang akan diteruskan pulak kalau Pakatan memerintah.
Tidak itu kelakar namanya?
Suka atau tidak, jelas Mahathir tidak lagi waras untuk memimpin. Kenyataannya sepatut menguntungkan parti sendiri dan sekutunya, bukan pihak lawan. Ramai orang nampak bodoh semalam, terutama penyokong dakwaan Mahathir sebelum ini bahawa BR1M adalah rasuah seperti Azmin yang turut hadir.
Bila Mahathir kata BR1M bukan rasuah, Azmin pulak termalu alah. Diharap media sama yang mendapatkan kenyataan Azmin mengenai BR1M rasuah sebelum ini, akan turut mendapatkan kenyataan terbarunya selepas Mahathir menukar pendirian malam tadi.
Apapun, penyokong Mahathir sudah tentu lebih berhati hati bila nak menularkan kenyataan Mahathir selepas ini, mana tahu ia akan bertukar lagi.
No comments:
Post a Comment