Apa yang rakyat perlu faham tentang United Education Certification atau UEC ini? Ia adalah sistem peperiksaan yang direka untuk membolehkan pelajar sekolah cina layak masuk ke Universtiti awam tanpa perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Malah, UEC ini pun direka untuk menggantikan SPM di sekolah-sekolah cina. Itu maksud UEC lebih kurang - memberi kelebihan yang sekarang tidak ada kepada pelajar cina dari sekolah cina.
Tidak hairan UEC mendapat sokongan parti rasis seperti DAP, sebab ia menguntungkan pengundi tradisi mereka - kaum cina.
UEC ini jelas tidak menguntungkan rakyat Malaysia keseluruhannya - melainkan orang cina semata-mata. Ramai melihat ini adalah satu bentuk perkauman yang cuba diputihkan dengan pelbagai alasan.
Dan sekarang Muhyiddin nak cuba tunjuk seolah dia sokong UEC? Siapa nak percaya cakap Muhyiddin tu, bekas Menteri Pendidikan yang tidak memandang pun UEC ini sepanjang dia menyandang jawatan itu?
Malah mengikut rekodnya, tidak sekalipun Muhyiddin membangkitkan soal UEC ini dalam mesyuarat kabinet mahupun post kabinet di Kementerian Pendidikan kalau betul pun dulu tak sokong sebab mengikut dasar kerajaan.
Kalau pun Muhyiddin betul sudah berubah menyokong UEC sekarang, itu adalah kerana politik semata-mata. bukan kerana jiwanya benar-benar menyokong pun. Pada masa ini, demi nak dapat undi, berlari pakai seluar dalam pun Muhyiddin sanggup, apa nak dihairankan sangat?
No comments:
Post a Comment