Tuesday, January 3, 2017

Sangka Baik, Mahathir Letak Mukhriz Sebagai Timbalan Presiden Supaya Boleh Jadi Opis Boy Kalau PH Menang


Kadang-kadang penulis rasa Mahathir ini, dia sudah terlalu banyak membodohkan orang, sehingga di hujung-hujung nyawa ini, dia pulak jadi bodoh sama seperti orang yang dulu dia bodohkan.

Contoh, macam penafian Mukhriz akan diletak pada kedudukan untuk jadi Perdana Menteri inilah dan segala apa yang Mahathir lakukan hari ini seperti mereka-reka cerita bohong tentang Najib mencuri wang 1MDB, adalah untuk tujuan yang wahid tersebut.

Siapa yang Mahathir fikir bodoh ni?  Rakyat ke?


Kira-kiranya mudah saja sebenarnya dan Mahathir akan cuba taichi sana taichi sini dari orang nampak perkiraannya ni.

Apa maksud bila Mahathir meletak Mukhriz sebagai Timbalan Presiden parti yang dia tubuhkan, Pribumi Bersatu?  Adakah itu mesej Mahathir kepada Pakatan kalau mereka menang dalam PRU14 yang akan datang, lantiklah Mukhriz sebagai kerani di pejabat Perdana Menteri?

Macam itu ke?  Takkanlah kot, jawatan Timbalan Presiden tu.

Dah tentulah Mukhriz diletak di kedudukan itu supaya dia akan jadi lebih tinggi dari apa yang dia pernah ada sebelum ini dan apa yang Mukhriz belum ada lagi?  Timbalan Menteri sudah, Menteri pun sudah - Menteri Besarlah.

Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menterilah - kalau tak lompat jadi Perdana Menteri terus. 

Itupun susah nak faham ke?  Jadi yang nak menafi bagai nak rak ni untuk apa?  Hanya bagi nampak bodoh diri sendiri.

No comments:

Post a Comment