Monday, January 9, 2017

Mahathir Kata Rakyat Susah, Tapi Cucu Pakai Beg Mewah RM400 Ribu


Pasti ramai yang masih ingat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya rakyat sengsara dan hidup susah sejak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Malah ayat-ayat seperti itu sering dicanangkan di pelusuk kampung bagi mewujudkan sentimen kebencian rakyat terhadap Najib.


Tapi mungkin disebabkan niat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan negara demi memenuhi nafsu serakah beliau, Tuhan 'bayar cash' perbuatan Mahathir itu.

Terbaru cucu Mahathir 'secara tidak sengaja' telah memuatnaik gambar bersama beg mewah berjenama Hermes yang bernilai hampai RM400 ribu.

Hasil carian yang dilakukan di laman web, beg mewah tersebut berharga bukan seratus, bukan seribu tapi ratusan ribu.

Persoalannya dari manakah cucu Mahathir yang baru berusia setahun jagung itu mampu membeli harga beg tangan yang mahal seperti itu?

Bukankah Mahathir sebelum ini mendakwa sepanjang zaman pemerintahannya dia tidak pernah mencuri duit rakyat?

Bukankah Mahathir sering mendakwa beliau adalah pemimpin paling suci dan bebas dari melakukan sebarang rasuah?

Kalau benar dari mana cucunya memperolehi wang yang sebegitu banyak sehingga mampu memiliki barangan mewah tersebut?

Ya, mungkin ada yang berkata anak Mahathir iaitu Mohkzani dan Mirza adalah individu yang paling kaya di Malaysia, jadi isu beg tersebut tidak seharusnya diperbesarkan.

Renung-renungkanlah, tepuk dada tanya iman!!!

No comments:

Post a Comment