Agak kelakar betul bila Mahathir cuba menunjuk macam faham Islam menjatuhkan hukum halal haram, ibadah haji siapa mabrur tak mabrur baru-baru ini. Dia fikir dia siapa, Tuhan?
Lagi pulak Mahathir yang kita bincangkan ni. Dengan segala macam skandal dan perbuatannya yang diakui ramai sebagai menyusahkan orang termasuk membabitkan nyawa manusia dalam 22 tahun sejarah sebagai Perdana Menteri, lagi nak cakap macam orang alim.
Siapa bodoh yang percayakan dia tu tak tahulah. Mungkin adalah seorang dua. Penulis tahu ada orang yang rasa Mahathir ini layak 'disembah' (sembah macam mana entahlah, tapi itulah yang dia cakap), bubuh nama anak ikut nama Mahathir dan sebagainya.
Jumlah ini bagaimanapun tak ramai, kalau ramai, kalah dah BN dalam PRN Sarawak dan dua PRK selepas itu. Pribumi Bersatu yang Mahathir tubuhkan itupun tak tunggang langgang macam sekarang, belum 3 bulan tubuh dah macam-macam buruk yang jadi.
Kita tak faham apa yang Mahathir cuba buktikan dengan 'menjatuhkan' hukum seperti itu, apa yang cuba dibuktikannya? Adakah dia cuba nak menunjukkan alim dan sudah faham agama lebih daripada semua ulama sedia ada?
Mahathir tak usah cakap pasal orang lainlah, Cakap pasal haji, Mahathir tahu ke ibadah haji yang dia pernah buat tu mabrur ke tidak? Tahu? Kalau tahu, macam mana sahkan, ada sijil ke? Nampak bodoh kan, jadi janganlah jadi bodoh dengan menghukum orang lain.
Lagi nak cakap pasal ibadah haji orang lain.
Ulang sekali lagi, Mahathir yang kita cakapkan ni, Mahathir tau. Pernah dilabel sebagai bapak perompak oleh Mat Sabu, Firaun oleh Anwar dan bapak rasis oleh DAP, nak cakap alim pulak dah sekarang.
Jaga parti tak berapa nak stabil tu cukuplah, cukup-cukuplah gelak hari ini.
No comments:
Post a Comment