Kemelut dalaman parti Mahathir, Pribumi yang berkisar tentang skandal seks bekas ketua Srikandinya, kini mula memberi malu kepada negara di peringkat antarabangsa.
Ini berikutan penyiaran artikel mengenainya oleh sebuah akhbar Singapura hari ini. Akhbar New Strait Times Singapura, menyiarkan artikel tersebut di halaman utamanya.
Memalukan, seolah-olah kemana sahaja Mahathir pergi, skandal dan seks tidak boleh dipisahkan darinya, walaupun telah lama bersara sehingga menjadi tajuk media antarabangsa.
Semua kita masih ingat ketika ingin menyingkirkan Anwar, Mahathir menggunakan isu skandal seks songsang Anwar yang telah lama diketahui Mahathir sebagai senjata utama.
Mahathir memang berniat menggunakan skandal seks itu untuk membolehkan Anwar mengikut telunjuknya jika diakhirnya Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri tapi perancangan Tuhan lebih agung, Anwar memaksa Mahathir menggunakan senjata itu lebih awal apabila bekas Timbalannya itu melawannya dalam pemilihan 1998.
Sekarang Mahathir dah menubuhkan parti baru, pun skandal seks ini berpisah tiada, masih menghantui Mahathir juga. Memalukan sungguh Mahathir ini, apa masalah dia dengan seks pun kita tak tahu.
Dalam UMNO, seks, dah keluar UMNO dan menubuhkan Pribumi pun masih cerita seks lagi.
No comments:
Post a Comment