Menurut sejarahnya, ia adalah Mahathir yang meletakkan cabang Istana Negara sebagai satu agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada era 90-an dan keadaan itu berkekalan sehingga sekarang.
Bagaimanapun, sebahagian besar kebebasan pentadbiran yang lain, Istana Negara mempunyai autoritinya sendiri. Banyaklah kalau nak sebut ni sebab sesuai dengan Istana Negara sebagai tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia yang mempunyai kuasa eksekutif dibawah perkara 39 Perlembagaan persekutuan.
Termasuk bab nak jemput (atau kemudiannya batalkan) siapa datang untuk ke majlis yang dijadikan isu oleh Mahathir ini. Takkan ini pun JPM nak masuk campur?
Sudah tentu Mahathir tahu ini atau sia-sia jadi Perdana Menteri 22 tahun sampai urusan kerajaan berkaitan Istana pun tak tahu.
Jadi tidak timbul persoalan Mahathir tidak tahu bahawa jemputan untuk majlis angkat sumpah DYMM YDPA tempoh hari, adalah diuruskan sendiri oleh pihak Istana, bukannya JPM.
Dia sengaja buat tidak tahu kerana percaya ramai yang menyokong dia dibawah ini pun bodoh juga dan tidak akan sesekali mempersoalkan apa juga yang keluar dari mulutnya.
Maka tidak hairan kenapa Timbalan Perdana Menteri mengambil masa untuk menjawab tuduhan Mahathir kerana separuh jawapan dah ada dalam kepala rakyat seperti yang dijelaskan di atas. Hanya nak sahkan saja supaya senang jadi rujukan di masa depan.
No comments:
Post a Comment