Thursday, December 15, 2016

Mahathir Gagal, Sebab Itu Pribumi Tak Masuk Pakatan


MOU antara Pakatan Harapan (tidak berdaftar) dengan Pribumi Bersatu yang ditandatangani baru-baru ini. membuktikan bahawa Mahathir, gagal menyelesaikan masalah pembahagian kerusi.

Ini saja sebabnya kenapa Pribumi masih tidak masuk Pakatan, kerana berebutkan kerusi.

Manakan tidak, PAN nak bertanding di semua kerusi yang PAS bertanding - sebahagian besarnya adalah kerusi yang turut calon UMNO BN bertanding juga.  Pribumi juga akan bertanding di semua kerusi yang UMNO bertanding - sebahagian besarnya adalah kerusi yang PAN akan bertanding juga.

Jadi macam mana?

Untuk mengelakkan cempera yang lebih besar, maka duduklah Pribumi di luar Pakatan dan untuk mengaburi mata rakyat, diadakanlah MOU.  MOU. bukan perjanjian, kena ingat tu.

Tak hairan semasa menandatangani MOU ini. Mahathir tidak hadir kerana takut orang ternampak dia sebagai pihak yang gagal sehingga setakat MOU saja yang Mahathir termampu untuk adakan.

Dijangka, lebih banyak masalah akan timbul menjelang PRU14 nanti - dalam soal berebutkan kerusi. 

No comments:

Post a Comment