Friday, December 2, 2016

UMNO: KJ Selamat Diri, Mahathir Khianat Parti


Ucapan keras Ketua Pemuda UMNO, KJ terhadap Mahathir dan lafaz taat setianya terhadap Presiden UMNO Datuk Sri Najib semalam, mengundang kecaman keras pengagung pengagung Mahathir.

Bersilih ganti mereka mempersoalkan kredebiliti KJ yang sebelum ini begitu sinikal terhadap Najib tapi sekarang ucap setia tak berbelah bahagi. Turut dibuat ulang tayang lama kisah-kisah hitam membabitkan KJ semasa mertua nya masih menjadi Perdana Menteri.

Sebetulnya, dua dua pun sama tapi bezanya, perubahan pendirian KJ hari ini  (berbanding tahun lepas) adalah untuk menyelamatkan dirinya setelah Muhyiddin dibuang dari parti awal tahun ini. Tak ada lagi dahan nak bergantung tu, kalau tidak menyatakan kesetiaan kepada Najib sekarang, percuma saja karier politik KJ 'ditanam' dalam pemilihan parti akan datang.

Apatah lagi KJ sudah umum tidak akan pertahan jawatan Ketua Pemuda, nak cuba nasib di kerusi Naib Presiden lah tu. Kalau tak ucap setia pada Najib, boleh mimpi sajalah.

Sedangkan Mahathir, dia memang layak dikecam sebegitu keras sebab berbanding KJ, Mahathir khianat pada perjuangan parti. Masa Tunku dan Tun Hussein Onn sokong S46 sekitar hujung 80-an dan awal 90-an dulu, Mahathir balun arwah-arwah ni semacam juga.

Percayalah, di hujung nya nanti  KJ akan jadi seperti Mahathir juga sebab perjuangan dia hanya untuk dirinya sendiri sahaja. Tapi sebelum itu berlaku, KJ masih suatu aset untuk Najib, mengukuhkan kedudukan di dalam UMNO.

Senang kata, KJ masih boleh dipergunakan sedangkan Mahathir sudah jadi sampah yang hanya layak dibuang

No comments:

Post a Comment