Monday, December 26, 2016

Krisis Pribumi: Mahathir Hanya Tahu Hijack, Buat Baru Tak Reti



Pelbagai kecelaruan yang berlaku dalam parti Pribumi hari ini bolehla dikaitkan dengan Mahathir selaku Pengerusi dimana anaknya sendiri Mukhriz, turut dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Dari kes keluar parti balaci setianya Khairudin sehingga yang terbaru membabitkan Ketua Srikandi (yang bukan ketua lagi), Anina, semua ini membuktikan kegagalan Mahathir menguruskan parti yang baru berusia kurang lebih 3 bulan sahaja itu.

Nampak sangat Mahathir hanya tahu hijack benda dah ada, kalau yang kena buat baru macam tubuh kan Pribumi ini, Mahathir memang tak reti. Itu yang banyak kelam kabut kita lihat berlaku hari ini.

Macam tubuh UMNO baru dulu, itu bolehla Mahathir berjaya sebab orang orangnya (melainkan beberapa), itu juga, nama pun sama (UMNO), cuma tambah 'baru' dibelakang,  itupun tak berapa nak disebut orang sehingga sekarang.

Kena buat parti baru dari atas ke bawah macam sekarang, langsung hancur.  Kena pulak nama nama seperti Muhyiddin, Mukhriz dan sebagainya ni mengetuai, Lagi lah jahanam.

No comments:

Post a Comment