Seluruh rakyat Malaysia nampaknya bersetuju dengan keputusan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membatalkan kehadiran Mahathir ke Majlis Angkat Sumpah DYMM Yang Dipertuan Agung yang baru Selasa depan.
Apa pun alasan disebaliknya, penulis percaya pihak Penyimpan Mohor Besar telah membuat keputusan yang sangat tepat.
Lagipun di kalangan rakyat ini, ramai sudah percaya bahawa Malaysia hari ini hanya mempunyai seorang bekas Perdana Menteri sahaja, iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi sebab Paklah masih orang yang sama.
Macam mana Paklah dulu, macam itulah Paklah yang sekarang. Layak Paklah untuk kekal sebagai satu-satunya bekas Perdana Menteri yang negara kita masih dan akan hadir ke majlis tersebut Selasa ini mewakili bekas-bekas Perdana Menteri yang telah tiada.
Sedangkan, Mahathir hari ini bukan Mahathir yang dulu. Banyak mengenai Mahathir yang sekarang sudah tidak lagi dikenali. Entah mana Mahathir bekas Perdana Menteri yang dulu pergi sebab Mahathir hari ini bukan orang yang sama.
Cakapnya banyak bercanggah, terutama pendiriannya tentang DAP, Anwar dan lain-lain. Dulu cakap macam itu, sekarang cakap macam ini. Musuh dan kawan memang tidak ada selamanya kekal tapi prinsip mati dengan tubuh badan kita.
Sepatutnya macam itu.
No comments:
Post a Comment