Monday, December 12, 2016

KJ Perlu Jawab Tuduhan Mukhriz


Dakwaan Timbalan Presiden Pribumi (dilantik bapak sendiri) bahawa Menteri Sukan KJ, memang ada menentang Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, sehingga ke tahap nak melepaskan jawatan kerana tidak percaya dengan isu berkaitan 1MDB, patut dipandang serius oleh KJ.

Sekalipun penulis difahamkan memang Perdana Menteri pun tahu tentang perkara ini dengan KJ hanya mengambil peluang berantakan antara Najib dengan Muhyiddin untuk kepentingan dirinya semata-mata, tapi bukan semua orang tahu pun.

Maka penting untuk KJ tampil, menjelaskan kepada rakyat akan cerita sebenar dan jadilah anak lelaki dengan mengaku kalau apa yang dikatakan Mukhriz itu betul.

Sememangnya kalau KJ mengakui, tidak akan ada siapa pun yang terperanjat, yang kita terperanjat ialah kalau KJ tak mengaku.  Perubahan sikap KJ terhadap Perdana Menteri yang begitu ketara dalam PAU2016 yang baru lepas, mengejutkan banyak pihak dan ramai mengaitkannya dengan pemecatan Muhyiddin dari UMNO.

Hanya selepas itu baru KJ nampak seperti hilang dahan berpaut dan mula kembali memberikan sokongannya kepada Najib - kalau ikut teori orang politik di kedai kopi.  Kalau tidak, asyik cari jalan macam mana nak lawan Najib saja, termasuk di dakwa mengarah AJK Pemudanya membuat mesyuarat bagaimana nak menjatuhkan Najib.

Pun ikut teori orang politik kedai kopi.

Tapi yang sebenarnya macam mana?  Sebab itu penting untuk KJ tampil menjelaskan dan menjadi jantan dalam masa yang sama dengan mengakui kalau ia ada.  Tak penting pada rakyat tapi penting untuk ahli UMNO yang berhadapan kebarangkalian memilihnya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment