Thursday, January 26, 2017

Skandal BMF: Duit Petronas, Duitku Juga. BBMB Adalah Syarikat Pertama Dibail Out Mahathir


Kembalinya skandal BMF ini, membangkitkan semula sejarah lama yang jarang diketahui orang - BBMB adalah syarikat pertama yang dibail out Mahathir menggunakan duit Petronas aka duit rakyat.

Gamaknya, belajar dari pengalaman ini, apa saja syarikat kroni yang ada masalah selepas itu, Mahathir akan menggunakan duit Petronas untuk membail out syarikat-syarikat tersebut - tidak terkecuali Konsortium Perkapalan yang dimilik anaknya sendiri, Mirzan.

Petronas menyuntik RM 1 billion ke dalam BBMB selepas skandal BMF hampir melingkupkan bank orang Bumiputra tersebut - atas arahan Mahathir. Membuktikan Mahathir ada hubung kait dengan skandal ini, kalau bukan dari bahagian bagaimana skandal itu berlaku, kepada bahagian bagaimana kerajaan menguruskan skandal selepas itu.


Bercakap tentang skandal BMF ini, sensasi terbesarnya bukan sahaja kehilangan wang rakyat berjumlah RM 10 billion pada nilai sekarang (RM 2.2 billion pada waktu itu), malah pembunuhan Allahyarham Jalil Ibrahim, auditor yang dihantar kerajaan untuk menyiasat skandal ini.

Pembunuhan Jalil berlaku selepas skandal terbongkar dan ketika Mahathir sudah pun menjadi Perdana Menteri - lain dari itu, sendiri fikir sajalah.  Penulis bagaimanapun tidak sama sekali mengatakan Mahathir terlibat dalam kejadian itu, hanya kata ia berlaku pada zaman itu.

No comments:

Post a Comment