Skandal BMF adalah antara begitu banyak skandal yang menghantui pentadbiran Mahathir sepanjang 22 tahun dia jadi Perdana Menteri. Mahathir menepis selagi boleh tepis dari dikaitkan dengan skandal tersebut dan dia nampaknya berjaya.
Hinggalah sekarang..
Ia tentang pendedahan satu dokumen yang selama ini diklasifikasikan sebagai sulit oleh CIA mengenai skandal BMF yang menurut agensi perisikan tersebut ada kaitan dengan pentadbiran Mahathir - sesuatu yang cuba dinafikannya selama ini.
Faham Mahathir mudah, dia bukan pegawai bank, dia bukan Menteri Kewangan, dia bukan auditor, justeru dia tidak kena mengena. Tapi dia terlupa, dia adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan waktu itupun dia yang lantik, nak lepas tangan macam mana?
Menteri apa pun mana boleh buat keputusan tanpa pengetahuan Perdana Menteri, nak nak pulak Mahathir ni kerap dikaitkan sebagai diktator!!
Kalau ikut faham macam itu, pembinaan KLCC dan segala macam infrastruktur mega semasa dia jadi Perdana Menteri pun tak patut dikaitkan dengan dia. Mahathir bukan arkitek pun tapi dia tetap nak kata KLCC tu idea dia.
Mahathir pun bukan Menteri Kerja Raya sehingga pembinaan PLUS yang dimegah-megahkan penyokongnya sebagai antara jasa terbesar Mahathir.
Serupalah macam kes ini pun, Mahathir nak elak diri macam mana?
Justeru, satu lembaga siasatan perlulah ditubuhkan untuk mengkaji pendedahan terbaru ini. Mahathir tak boleh dibiarkan terlepas dengan segala macam kerosakan yang didakwa dilakukannya dulu.
No comments:
Post a Comment