CEO 1MDB, Arul Kanda hari ini pergi merata tempat dalam Malaysia bercakap tentang kebenaran di sebalik dakwaan Mahathir tentang syarikat berkenaan. Beliau turut mengadakan blog sendiri untuk tujuan tersebut.
Malah beberapa hari lepas, Arul Kanda mengadakan temubual telefon dengan CNBC mengesahkan bahawa isu berkaitan 1MDB didalangi pembangkang kerana ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
Ternyata apa yang Arul Kanda terangkan, berbeza sama sekali dengan versi cerita Mahathir yang selalu kita dengar, seperti kononnya dana RM 2.6 billion datang dari 1MDB yang telah disahkan oleh Arul Kanda sendiri sebagai satu pembohongan.
Persoalannya, jika apa yang Arul Kanda sebut ini tidak betul, bila Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu membuat laporan dibawah Akta Anti Berita Tidak Benar mengatakan apa yang Arul cakap itu adalah palsu dan versi cerita Mahathir adalah betul?
Ini termasuklah bila Arul mengatakan kepada dunia (CNBC) bahawa tujuan isu 1MDB ini diperbesarkan ialah kerana pembangkang (sebut Mahathir) nak jatuh kerajaan secara tidak demokratik.
Bila nak buat?
Apa lagi Mahathir, rakyat dah cabar tu? Jgn jadi pengecut, jadilah gentleman. Bawa sekali Mat Sabu, Muhiyuddin, LKS pi saman! Rakyat dah tak sabar nak tengok?
ReplyDelete