Monday, October 30, 2017

Wawasan 2020 Tak Mungkin Dicapai Sebab Sibuk Nak Cuci Taik Ditinggalkan Mahathir


PAS bertanya, apa jadi kepada Wawasan 2020?  Jawapannya, sekarang bukan lagi tentang 2020 tapi tentang 2050.

Lagipun itu wawasan Mahathir yang dirakyatkan.  Apa pun yang berkaitan Mahathir, mesti ada keuntungan kepada kroni-kroninya dan ia perlu dinilai semula.  Sebab itu diperkenalkan TN50 yang lebih tuntas dan tidak ada kepentingan kroni, hanya rakyat dan negara.

Matlamat dalam Wawasan 2020 tak mungkin dapat dicapai semua sebab pentadbiran sedia ada sibuk nak mencuci najis yang ditinggalkan Mahathir.  Terlalu banyak tapi terpaksa dilakukan demi kebaikan rakyat.

Tol, rasionalisasi subsidi, penstrukturan semula cukai, IPP (dengan menubuhkan 1MDB), skandal Forex, menaik taraf sistem pengangkutan (tanpa membabitkan kroni) dan sebagainya, semua ini terpaksa dilakukan kalau nak mencapai status negara maju.

Wednesday, October 25, 2017

Bajet Pakatan 2018: Masa PM Taknak Pulak Hapuskan Tol


Bajet Alternatif Pakatan 2018 secara keseluruhannya adalah mengambil isi dan format yang sama seperti tahun lepas, kerja senang.  

Tidak ada benda yang baru yang diletakan, tak hairanlah ia dibentangkan beberapa hari sebelum bajet sebenar tak seperti sebelum ini, sehari sebelum pembentangan oleh Perdana Menteri.  Nam pak sangat tak serius sebab bukan nak dilaksanakan sangat pun.

Apa pun, yang menarik dalam bajet sampah ini ilah janji Pakatan untuk menghapuskan tol.

Ironinya, semasa janji ini dibuat, bapa tol negara, merangkap bapa konsesi negara, Mahathir adalah juga Pengerusi Pakatan.

Monday, October 23, 2017

MAS: Mahathir Cakap Macam Dia Tau Semua, Sila Meninggallah


Bekas Pengarah Urusan MAS, Petter Bellew dalam sidang media semalam, mengecam kenyataan Mahathir cuba mengaitkan perletakan jawatannya dengan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari sudut lain, Peter Bellew mengatakan Mahathir ini seorang penipulah senang kata.

Memang, setahu kitalah, ia adalah Mahathir yang suka masuk campur dalam semua benda semasa jadi Perdana Menteri dulu, padahal bukan ada kena mengena dengan dia sama sekali.  Ada satu kisah, sampaikan berapa batang pokok di KL pun Mahathir ambik tahu juga, macam dah takde DBKL lagi dah.

Friday, October 20, 2017

Naik Gaji Kakitangan Awam Satu Pembaziran - Mahathir



Mahathir dalam post di blognya semalam menyifatkan gaji kakitangan awam yang naik sejak Datuk Sri Najib Tun Razak mengambil alih ini adalah satu pembaziran.

Itu bermaksud, jika Pakatan mengambil alih dan Mahathir sebahagian daripada pemimpinnya, kakitangan awam yang sedia ada sekarang bolehlah merasa gaji mereka yang ada sekarang dipotong untyuk mengurangkan pembaziran yang Mahathir dakwa.

Betul, cakap Mahathir tidak boleh dipakai tapi dalam soal kakitangan awam ini, bukan Mahathir saja, DAP pun sebelum ini pernah cakap benda yang hampir sama - bukan potong gajilah isunya tapi pengurangan kakitangan awak yang disifatkan mereka sebagai terlalu ramai.

Thursday, October 19, 2017

Mahathir Bukan Malay Tapi Malayali


Beberapa portal semalam mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada Mahathir.  Usikan nakal ini menjadi viral di kalangan netizen.

Dalam masa yang sama, sekumpulan rakyat berbangsa Bugis menyerbu Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK) - bangunan kerajaan yang dijadikan hak milik keturunan Mahathir, membantah gelaran lanun yang digelarkan kepada mereka dalam demo Keleptokrasi yang tidak ramai orang Sabtu lepas.

Mahathir dilaporkan secara diam-diam, melarikan diri melalui pintu belakang - takut la tu.

Monday, October 16, 2017

Mahathir Memang Bawak Sial, Apa Nak Dikatakan Lagi


Pakatan, terutamanya Bersatu dan PAN, usahlah menuding jari kepada rakyat dan orang muda kenapa demonstrasi yang dirancang mereka pada Sabtu lepas menemui kegagalan.

Difahamkan bukan orang muda sahaja yang tidak datang ke program tersebut, malah penyertaan dari kaum cina juga sangat kurang, berbanding dengan demo jalanan lain seperti Bersih dan sebagainya.

Pakatan seharusnya meletakkan sepenuh kesalahan kepada Mahathir.  Sebab dialah demo yang Pakatan anjur gagal.

Friday, October 13, 2017

Ramainya Penipu & Kaki Fitnah Dalam Parti Mahathir


Anina Saadudin dilaporkan media mahu menyaman 7 orang pemimpin PPBM kerana fitnah menerima RM 7 juta daripada UMNO.  Bekas Naib Presiden, Hamidah Othman pulak mahu mengambil tindakan yang sama terhadap Syed Saddick atas dakwaan yang lebih kurang jugak.

Semua ini membuktikan satu perkara saja, iaitu parti Mahathir ini menghasilkan begitu ramai pemfitnah dikalangan sesama mereka sendiri.

Ini dengan belum bentuk kerajaan lagi, gejala ftnah sudah berleluasa.  Mahathir sebagai kepala pulak tidak melakukan apa-apa, sebaliknya seakan menggalakkan pula.  Tak menghairankan sebab sikap Mahathir sendiri yang suka mengaitkan orang yang keluar partinya sebagai terima habuan dari UMNO.

Wednesday, October 11, 2017

Kalau Dah Boleh Tentu Siapa Menteri, Maksudnya Kit Siang Bakal Perdana Menteri


Kit Siang beberapa hari yang lepas menyebut, Syed Saddick boleh jadi Menteri termuda dalam sejarah Malaysia.

Fakta itu sebenarnya salah sebab dalam sejarah negara, Menteri paling muda ialah orang lain, Datuk Sri Najib Tun Razak salah seorang daripadanya.  Pada usia sekarang (25 tahun), tidak mungkin Saddick ini boleh jadi Menteri termuda.

Begitupun yang paling penting, bila Kit Siang pulak menamakan Syed Saddick sebagai Menteri ini membuktikan bahawa dia adalah bakal Perdana Menteri kalau Pakatan Harapan menang.  Umum tahu, perlantikan Menteri adalah preogratif seorang Perdana Menteri.

Monday, October 9, 2017

Bagi Peluang Budak Mahathir Tunjuk Belang


Perhimpunan Tolak Kleptrokrasi yang dirancang Sabtu ini, nampak sangat kurang sambutan berbanding perhimpunan-perhimpunan yang diadakan Pakatan sebelum ini.

Melainkan budak-budak Mahathir dan PAN yang begitu bersungguh, kurang sekali nampaknya penglibatan orang-orang dari PKR dan DAP.  PKR sejak sekian lama memang kepala demonstrasi, sementara DAP hanya baru-baru ini sahaja aktif penglibatan mereka.

Tidak hairanlah kenapa cerita tolak kleptokrasi ini nampak sangat suam, tidak hebat seperti yang dulu-dulu, seperti Bersih.  Mungkin sebab Mahathir kepalanya, maka tidaklah orang beria-ia.  Kleptokrat itu sendiri pun orang tak tahu apa kejadahnya.

Friday, October 6, 2017

Senyap Cerita RM 5 Juta, Cerita Ugut Saja Dah


Nampaknya semakin pasti dakwaan Syed Saddick konon ditawar RM 5 juta oleh individu bernama 'H' ini, hanyalah satu pembohongan semata-mata.

Sejak beberapa hari didedahkan, tidak lagi kedengaran dakwaan itu, sebaliknya hanya ada cerita ugut.  Satu laporan polis yang dibuat pun mengenai ugutan juga, bukan cubaan sogok.

Kenyataan bahawa dakwaan itu satu penipuan semakin kukuh bila Syed Saddiq meminta individu bernama 'H' ini mengambil tindakan undang-undang ke atasnya - permintaan yang mengundang gelak ketawa ramai orang.

Apa pun, ini pengajaranlah kepada semua pihak agar tidak lagi mempercayai Syed Saddick khasnya dan Pakatan amnya.

Wednesday, October 4, 2017

Apa Hebat Syed Saddick Sehingga Ditawar RM 5 Juta Oleh Orang Yg Dia Tidak Pernah Jumpa?


Keputusan pilihanraya kampus baru-baru ini menyaksikan mahasiswa pro kerajaan menang dengan menguasai 265 kerusi berbanding pro pembangkang, 19 kerusi

Sedangkan kalau ikut gebang, dah takde dah anak muda hari ini yang cenderung menyokong kerajaan, semuanya nak bangkang, tapi di Universiti, pro kerajaan jugak menang.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddick harus merasa malu dengan keputusan ini.  Nampak sangat dia tak buat kerja sehingga mahasiswa pro Pakatan boleh kalah begitu rupa.  

Bukan itu saja kegagalan dia. Satu-satunya majlis yang dianjurkannya atas kapasiti sebagai ketua armada (dilantik bukan dipilih), berakhir dengan kerusi terbang melayang, yang menyaksikan Mahathir terpaksa diiring keluar seperti lembu.

Tuesday, October 3, 2017

Betul Ke Tawaran Dari Oxford Tu?


Sejak sidang media yang diadakannya semalam, satu-satu kisah mengenai Syed Saddiq ini terbongkar.  Sementara ramai bercakap mengenai kebenaran di sebalik dakwaan RM 5 juta yang konon ditawarkan untuk dia meninggalkan parti itu, ada kisah lain yang tidak kurang menariknya.

Dalam sidang media yang sama, Syed Saddiq turut mengumumkan untuk tidak menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Oxford kononnya demi negara.  Yang kelakarnya, kalau diikutkan kepada surat tawaran yang ditunjukkan tu, banyak yang tak kena dengannya.

Antara lain tarikh surat berkenaan ialah 17 Mei 2017, dia kena bagi jawapan terima atau tidak tawaran itu pada 11 Mei bulan yang sama, tapi surat itupun dia hanya terima pada 15hb Jun 2017.

Berdasarkan surat itu sendiri pun tawaran itu sebenarnya sudah expired sebelum surat berkenaan diterima.  Kalau nak dikatakan tersilap, takkanlah pusat pengajian terkemuka dunia boleh tersilap macam itu sekali?

Hati penulis kuat berkata surat itu surat itu tidak asli dan ia adalah sebahagian daripada plot untuk menunjukkan Syed Saddiq seperti hero, sanggup menolak tawaran belajar dari Universtiti terkemuka untuk kononnya berbakti kepada negara.

Tapi itu hanya penulislah.


Monday, October 2, 2017

Kalau Saddiq Resign, Adakah Ini Kes Habis Madu Sepah Dibuang?


Hari ini khabarnya pemuja Mahathir Saddiq Sigaraga akan memutuskan sama ada kekal sebagai Ketua Armada atau melepaskan jawatan untuk menyambung pelajaran di Oxford.

Perkara ini sudah beberapa bulan diwar-warkan, dah berapa kali dateline diberikan dan kot-kot hari ini akan ada keputusan.

Mana-mana satu pun tidak menjejaskan BN dan Datuk Sri Najib sangat sebab Saddiq ini hanya pakar memecah belah sesama dalam partinya sendiri, dari bekas Naib Presiden sampailah kepada Exco-Exco Armadanya.