Tujuan utama Mahathir berkonspirasi sehingga ke tahap membayar kepada pelobi di Amerika Syarikat ini sebenar, mahu mengajak pihak yang tidak ada kaitan untuk masuk campur dalam usahanya menumbangkan Datuk Sri Najib Tun Razak.
Yang disasarkan Mahathir ialah golongan selebriti Hollywood yang ada kaitan dengan Riza atau Jho Low kerana mereka ini ada pengaruh besar terutama dalam media sosial. Dalam saman DoJ yang pertama, selebriti Leonardo Di Caprio disasarkan sementara dalam saman DoJ yang kedua ini, Merinda Kerr pula.
Mahathir mahu pengikut Leonardo dan Merinda Kerr bercakap tentang isu ini, secara tidak langsung memberinya peluang untuk berkata "lihat, isu 1MDB ini telah memalukan negara"!! Tak sedar, dialah sebenarnya punca kepada segalanya.