Wednesday, September 27, 2017

MAS Macam Itu 1MDB Pun Macam Itu - Mahathir Tak Mahu Tanya Sendiri, Tahu Nak Fitnah Saja


CEO MAS mengesahkan semua dakwaan Mahathir dalam soal pembelian pesawat Boeing oleh syarikat tersebut adalah tidak tepat.

Peter Bellew mengesahkan juga tidak ada siapa menghubunginya atau syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan perkara tersebut.

Ya, Peter Bellew bercakap sebagai orang korporat.  Kesahihan maklumat memang penting dalam bidang korporat.  Beli 10, tak boleh kata beli 20, rugi RM 32 billion, tak boleh kata rugi RM 5.7 billion - contohlah.

Tapi ini politik, bidang yang Bellew tidak tahu, ada Mahathir pulak, lagilah.  Monyet pun berhenti bernyawa bila kelibat Mahathir ada.

Dalam politik, politik Mahathir pulak lagi, mendapatkan kesahihan maklumat terus dari sumber, adalah suatu yang sebenarnya mudah tapi tidak dilakukan kerana ia bermaksud isu itu tidak boleh dipolitikkan.

Monday, September 25, 2017

Sukan SEA Pun Ada Nak Attack, Inikan Pulak Pesta Arak!!


Polis mengesahkan ada cubaan kumpulan pengganas Daesh dan Isis untuk menyerang majlis pembukaan dan penutup Sukan SEA KL 2017 yang lepas.

Itu sukan SEA, bukan kacau orang pun, ada jugak pengganas menyasarkan untuk di serang.

Sekarang Pakatan memperlekehkan amaran polis mengenai risiko keselamatan  kalau Festival Beer diteruskan.  Hanya kerana ia tidak berlaku sebelum ini, bukan bermaksud ia tidak akan berlaku selepas ini.

Bukan kata tak pernah berlaku langsung, sebelum ini pun ada sebuah kelab malam di Puchong yang di serang dengan bom tangan oleh kumpulan militan.  

Friday, September 22, 2017

Hasil Lawatan Mahathir Ke USA 1984, Tentera Dapat 'Keranda Terbang'


Mahathir sekarang sudah macam budak-budak.  Najib dapat sambutan meriah dari Rumah Putih, dia pun nak kata masa dia lawat Rumah Putih dulu, sambutannya lebih meriah lagi.

Bukan sedikit punya dulu, 1984 - 33 tahun lepas dan Mahathir cukup ingat segala perinciannya, termasuk kereta dan pesawat yang dia ada guna.  Bab RM 32.5 billion lesap pulak Mahathir dakwa tak tahu segalanya - tapi ini cerita lainlah.

Kenapa Mahathir perlu mengulang sejauh 33 tahun?  Sebab lawatan terakhir Mahathir ke Rumah Putih pada tahun 2002, tidak mendatangkan sebarang hasil melainkan menghabiskann duit rakyat berjuta-juta ringgit untuk membayar pelobi.

Itulah dikatakan, Mahathir ikut untung dia.  Kalau takda untung, benda lepas semua jadi cerita lama, ada untung, 33 tahun punya cerita pun macam berlaku semalam.

Diringkaskan, sementara Mahathir mengatakan lawatan Najib ke USA baru-baru ini berbentuk rasuah kerana ada perjanjian beli pesawat Boeing untuk MAS, dia terlupa lawatan 1984 tu kalau diperincikan adalah sebenarnya rasuah - yang turut memberi kesan kepada nyawa juruterbang tentera kita.

Thursday, September 21, 2017

Adakah Cadangan Beli PLUS, Akal Untuk Bawa Masuk Duit Mahathir?


Pelaburan KWSP dalam PLUS selama hari ini memberikan banyak keuntungan kepada pencarumnya hasil pulangan dividen yang baik.

Selain itu, 2 entiti yang memiliki PLUS sekarang ini (KWSP dan UEM) adalah berkaitan kerajaan sepenuhnya dan tidak boleh sewenang-wenang membuat keputusan mengenai kenaikan kadar tol yang dulu ditetapkan zaman Mahathir mesti naik setiap 3 tahun sekali, no matter what!!

Atau kerajaan kena bayar pampasan.

Sekarang ini ada pulak cadangan sebuah syarikat (dipercayai milik kroni Mahathir) untuk membeli PLUS sebanyak RM 32 billion dengan janji tidak akan menaik kadar tol sehingga perjanjian tamat.  Namun tidak ada jaminan saham ini tidak akan dijual kepada pihak lain yang berminat setelah mereka berjaya memilikinya nanti.

Monday, September 18, 2017

Dari Dulu Memang Mat Taib Tak Menambah Pun, Baru Sedar Ke?


Pakatan seperti diramal, mula meremeh-remehkan kemasukan semula Tan Sri Mohd Mohammad Taib ke dalam UMNO, kononnnya Mat Taib ini ada tak menambah, takde tak mengurang.  

Itu yang muda sikit, yang tua sangat pun sampai hati menyifatkan Mat Taib macam benda buruk, tak sedar dia tu sendiri dah 92 tahun.  Apa yang 'indah' lagi pasal tua umur 92 tahun ni?

Sebetulnya dari dulu pun memang Mat Taib ini seperti yang mereka cakap - tak menambah dan tak mengurang.  Itu yang kita hairan kenapa pergerakan masuk Mat Taib dari satu parti ke satu parti yang lain berkaitan Pakatan dianggap macam benda besar yang perlu diraikan.  Masuk PAS pun macam itu, masuk PKR pun macam itu.  Segala kata-kata baik dilemparkan kepadanya.

UMNO mengadakan sidang media ringkas (live pun tak dibenarkan) mengenai kemasukan semula Mat Taib ada kepentingan politik di dalamnya.  Nak menunjukkan bahawa keputusan membawa masuk bekas pengkhianat parti ini adalah dipersetujui sebulat suarat oleh Majlis Tertinggi dan kepimpinan UMNO Selangor sendiri - bukan keputusan Datuk Seri Najib Abd Razak seorang.

Friday, September 15, 2017

Najib: Tidak Logik Semua Orang Dalam Dunia Salah, Mahathir Saja Betul


Kalau dikirakan dengan tangan sekarang, dah ramai pemimpin utama dunia yang Datuk Seri Najib berjumpa - dalam tempoh  setahun kebelakangan ini sahaja.

Raja Arab Saudi, Presiden Russia, Presiden China, Perdana Menteri India, Presiden Perancis, Perdana Menteri Britain dan sebagainya.  Terbaru Presiden Amerika Syarikat pulak.  Ada yang datang sini, ada yang Najib datang berjumpa mengikut kepada keperluan halnya.

Semua ini bukan calang-calang orang ni.  Mereka mewakili negara yang bukan sahaja kuat dari segi ekonomi malah ketenteraan juga.  Bercakap tentang ketenteraan ni, termasuklah rangkaian perisikan dan sebagainya.

Wednesday, September 13, 2017

Najib Jelaskan Isu 1MDB Adalah Satu Pembohongan Mahathir/Pakatan


Siasatan DoJ mengenai dana berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat adalah lanjutan dari laporan yang dibuat sendiri oleh operatif-operatif Mahathir, Khairudin dan Mathias.

Laporan mendakwa US dijadikan tempat melaburkan wang haram, memanglah DoJ ambil serius.  Keseriusan inilah yang menjadi kecoh di negara kita seolah-olah dakwaan itu benar-benar berlaku.

Tapi diakhirnya, tidak ada apa yang berlaku sehingga sekarang.  Saman yang kononnya telah difailkan, masih tidak ada tarikh perbicaraan dan diakhirnya kes itu dibekukan - konon untuk menantikan siasatan selanjutnya.

Siasatan apa lagi, bukan kata dah siasat semua ke?  Sebetulnya tidak ada benda yang nak disiasat sebab laporan itu semua bohong, guna dokumen antara lain yang dicuri dari Petro Saudi dan kemudian diubahsuai.

Monday, September 11, 2017

Najib Ditangkap FBI? Pembohongan Mahathir Terus Terbongkar


Mahathir adalah seorang penipu.  Dia didakwa menipu keturunan bapanya, dia disahkan menipu punca sebenar kegawatan ekonomi 1997, berdasar fakta RCI dia menipu kerugian sebenar skandal Forex 89-94 dan pelbagai penipuan lagi didakwa dilakukan demi untuk menyelamatkan dirinya.

Mahathir juga terang-terang menipu tentang 'skandal' 1MDB.  Selepas siasaran rasmi selesai, tidak ada skandal, tidak ada wang yang hilang di udara nipis dan siasatan yang dilancarkan oleh beberapa negara ke atas syarikat tersebut adalah kerana Mahathir menghantar orangnya sendiri membuat laporan ke atas 1MDB di 7 negara asing.

Bila siasatan dilancarkan semua negara terbabit, Mahathir menuduh 1MDB telah mencemarkan nama negara walhal dia yang memalukan negara dengan menghantar orang sendiri membuat laporan agar 1MDB disiasat.  Diakhirnya, tiada satu pun yang melekat, setelah siasatan dijalankan, 1MDB tidak didakwa dimana-mana Mahkamah dalam dunia.

Friday, September 8, 2017

Mahathir Sendiri Belum Rasa Selamat


Para penyembah Mahathir berkokok bila Tan Sri Nor Mohamed Yaakob memberi kenyataan bertanggungjawab atas kerugian RM 32 billion wang rakyat dalam perjudian Forex antara 1989-1993.

Kononnya nama Mahathir sudah dibersihkan dan beliau tidak terlibat.

Tapi dalam masa yang sama, Mahathir sendiri tak merasa yang dia sudah diselamatkan dengan kenyataan Nor Mohamad Yaakob itu.  Perkara ini dibuktikan bila Mahathir datang untuk mendengar sendiri apa yang Anwar katakan dalam prosiding  berkenaan.


Kalau dah selamat, nak buat apa sibuk-sibuk lagi ye tak?

Wednesday, September 6, 2017

KLCC Boleh Kait Dgn Mahathir, MRT Tak Boleh Kait Dgn Najib? Nak Carut Boleh?


Semua orang tahun KLCC dibina dengan duit Petronas dan Petronas bukanlah harta peninggalan Iskandar Kutty kepada anaknya Mahathir.  Petronas adalah hak rakyat sepenuhnya, sebab itu Petronas tak masuk dalam Bursa Saham pun kerana itu bermaksud ia menjadi pemegang saham yang boleh jadi sesiapa saja.

Tapi itu tidak menghalang pemuja Mahathir mengaitkan bangunan itu dengan tua kutuk tersebut hanya kerana ia dibina ketika Mahathir masih jadi Perdana Menteri.

KLCC tu tak menguntungkan rakyat banyak mana pun.  1000 kali pandang KLCC tu tak pernahnya yang rakyat rasa kenyang. Sebagai perbandingan BR1M, dapat sekali pun dah boleh makan sampai terbongkang.

Monday, September 4, 2017

Mahathir Tunjuk Marhaen Di Tempat Yg Salah


Mahathir diperangkap oleh penyokongnya yang tolol.  Semalam gambar Mahathir menunggang kuda baka mahal dan memandu kenderaan mewah, menjadi troll di kalangan netizen.  Cubaan nak mendewakan Mahathir, bertukar jadi sesi cakap tak serupa bikin.

Untuk membaiki kerosakan itu, hari ini gambar Mahathir menjadi seolah rakyat marhaen dengan menaiki MRT pula disebarkan.  Konon untuk merasai 'penderitaan' rakyat marhaen.  Tak payah cakap pun tau.

Persoalannya, kenapa naik MRT untuk merasa penderitaan rakyat marhaen?  Tidakkah Mahathir sedar bahawa MRT yang dibina hasil visi Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah lebih luas dan selesa berbanding LRT - projek yang diserahkan kepada kroninya, hanya untuk dibail out oleh kerajaan kemudiannya

Ketaksuban Begini Memang Benar


Kegilaan manusia ke atas manusia yang lain memang berlaku di kalangan penyokong Mahathir.  Ia bukan atas alasan bahasa, pemahaman atau yang seperti itu tapi ketaksuban dalam erti kata yang sebenarnya.

Seperti posting seorang pentaksub Mahathir di FB yang menilai pahala Mahathir lebih banyak dari dosanya yang viral minggu lepas.  Itu bukan main-main, memang di kalangan puak-puak ini Mahathir dipandang seperti itu - suci dan tidak berdosa.

Jika nak dikirakan dengan fakta, siapa yang nak sokong Mahathir?