Tanpa sedar, Rafizi sedang meletak dirinya hampir setaraf dengan Mahathir dari segi menukar pemimpin sedia ada apabila Langkah Kajangnya sebelum ini berjaya memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Cuma keputusan akhir Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi, tidak menjadi seperti yang diharapkan bila Wan Azizah tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, sebaliknya Azmin Ali pulak yang tak pasal merasa.
Apa pun kira dahsyatlah Rafizi tu - budak yang dikira mentah berbanding Mahathir yang dikaitkan dengan perletakkan jawatan 3 Perdana Menteri dari 6 yang kita pernah/masih ada.