Sunday, November 30, 2014

Perhimpunan Agung UMNO Bukan Setakat Bincang Untung Nasib Melayu


Salah tanggapan tu bila kata perhimpunan agung UMNO hanya bincang hal untung nasib kaum Melayu. Sebagai parti teras BN, perhimpunan Agung UMNO turut bincang hal-hal lain seperti agama, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Cuma sebab  dah namanya parti Melayu, sudah tentu perbincangannya membabitkan hak-hak Melayu juga.

Malah perhimpunan agung UMNO pun menjadi platform untuk membaiki hubungan baik antara kaum seperti dalam ucapan penggulungan Perdana Menteri semalam yang menyentuh tentang kepentingan undi kaum lain untuk memastikan BN menang.

Saturday, November 29, 2014

Ucapan Ketua Puteri Punca Rakyat Benci UMNO


Bila mendengar ucapan penggulungan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebentar tadi, penulis fahamlah kenapa ada orang boleh benci dengan UMNO tanpa alasan dan sebab yang munasabah.

Ucapan yang panjang lebar itu rupanya 40% menceduk ucapan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kita juga jadi keliru ucapan itu sebenarnya mewakili Puteri atau wanita UMNO.  Dua-duanya spesis yang sama tapi mewakili kelainan yang mengasingkan mereka kepada 2 entiti berbeza.  Itu sebab ada pemisahan sayap antara wanita dan Puteri.

Friday, November 28, 2014

Hanya Zainudin Maidin Sahaja Yang Tepuk Tapi Tak Sokong


Kita semua tahu tidak ada satu manusia di dunia ini yang bijak semua, tahu semua dan yang seperti itu.  Pangkal nama boleh jadi macam-macam tapi kepintaran bukan diikut pada apa yang berpangkal di depan.

Datuk, Dr, Ir,, malah Tan Sri sekali pun, bukan jaminan ada satu masa dalam hidupnya, dia tidak akan buat benda-benda bodoh.

Penulis sepanjang hidup, sudah jumpa macam-macam jenis bodoh, begitupun tepuk tangan dan bagi standing ovation kepada orang yang DIA TIDAK SOKONG - itu adalah jenis bodoh yang baru, dipelopori pula oleh bekas wartawan nama Zainudin Maidin.

Kalau dah tepuk dan bagi standing ovation tu maksudnya sokonglah, kenapa pulak tidak sokong?  Ini logik dan pemahaman biasa semua orang.  Mana ada orang tepuk dan bagi standing ovation pada benda yang dia tidak setuju?

Thursday, November 27, 2014

Akta Hasutan: Pembangkang Jangan Hipokrit


Pembangkang di negara ini tergolong dalam mana-mana satu kelompok ini.  Satu yang memang faham asas negara ini (seperti kontrak sosial, institusi beraja dan sebagainya) tapi membuat keputusan untuk buat bodoh demi kepentingan politik masing-masing.

Kedua, yang memang tak faham tapi taknak pulak bertanya dan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat menghasut.  Jenis inilah yang ramai masuk ke dalam sebab buat kenyataan menghasut.

Bila dah ramai yang kena, itu yang timbul gerakan supaya Akta ini dimansuhkan.  Bukan sebab rakyat sama sekalipun, tapi sebab nak keluarkan orang-orang dia dari lokap.  Kes yang sama dalam soal penghapusan ISA dulu.

Tuesday, November 25, 2014

PAU2014: Muhyiddin Tempelak Siapa?


SESIAPA yang mendengar dan menghayati ucapan perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebentar tadi oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pasti dapat mengesan sindiran tajam yang disasarkan entah kepada siapa di dalam dewan tersebut.

Beberapa 'quotation' di luar konteks seperti "siapa boleh jawab saya bagi RM10", "tak faham takpe (mengapa), dengar saja","tak perlu tepuk", "yang ini boleh tepuk" dan sebagainya, semua ini adalah kenyataan yang sifatnya  'di luar kebiasaan' pemimpin veteran itu.

Penulis lebih cenderung untuk percaya bahawa Muhyiddin cuba menyindir Pemuda UMNO yang kelihatan sambil lewa sepanjang beliau memberikan ucapan itu.  Sebagai sebuah organisasi yang agak besar dalam UMNO tapi kurang memberi kesan berbanding Wanita dan Puteri, Pemuda memang sasaran mudah.

Kenderaan Rasmi Ketua Pembangkang Selangor Bukan Keputusan Azmin


AZMIN Ali sejak mengambil alih teraju kerajaan Selangor, gemar mengambil kredit atas apa yang sebenarnya telah diluluskan oleh orang lain.

Contohnya bila semalam Azmin mengumumkan ketua pembangkang DUN Selangor akan menerima kenderaan rasmi yang disediakan kerajaan negeri.  Pengumuman itu disambut secara besar-besaran termasuk di kalangan ADUN Pakatan sendiri.

Tak sedar rupa-rupanya perkara tersebut telah diluluskan sejak zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar lagi.

FELDA ABAI JANJI PERDANA MENTERI KEPADA ANAK PENEROKA?


PERDANA MENTERI JANJI RUMAH HARGA RM 70 RIBU SEUNIT UNTUK GENERASI BAHARU FELDA! 

FELDA BINA RUMAH RM 120 RIBU SEUNIT! BERAPA MAHU JUAL? 

ADAKAH JANJI PM BERTARAF PARIAH DI MATA FELDA?


Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengenal pasti antara masalah utama Felda ialah perumahan generasi kedua yang masih tinggal di Felda sekaligus mengumumkan rancangan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).

JUSTERU pada 2012, PM sebanyak dua kali mengumumkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF). Kali Pertama diumumkan di dalam Bajet 2013. 

Kali kedua ketika merasmikan Himpunan Generasi Baharu Felda 2012.  Dalam kedua-dua pengumuman jelas PM nyatakan projek ini: 

1. akan membina sebanyak 20,000 buah rumah mampu untuk generasi kedua Felda.
2. Setiap unit akan dijual pada harga sekitar RM70,000 seunit.
3. Dibina atas tanah Felda.
4. Ambil masa 5 tahun untuk siap sepenuhnya.

Dasar ini bertujuan untuk menyediakan rumah yang selesa serta menaiktaraf hidup generasi baru FELDA. 

Namun apa yang mengejutkan ialah selepas hampir dua tahun pelaksanaan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) ini, jumlah kos pembinaan sebenar yang diketahui ialah sekitar RM 100 - 120 ribu seunit. 


B
agaimana Felda boleh memenuhi janji Perdana Menteri kepada generasi baharu Felda terutamanya generasi kedua untuk memiliki rumah sendiri dengan harga RM70,000.00 setiap unit.

Benarkah  Felda meluluskan kos projek perumahan ini melampaui janji Perdana Menteri hanya kerana ia dicadangkan oleh seorang Ahli Lembaga Pengarah yang tiada kuasa eksekutif pun? 

Alasan kos semakin tinggi tidak masuk akal kerana ada kerajaan negeri berupaya membina dan menjual rumah dengan harga yang lebih murah daripada itu.


Sunday, November 23, 2014

Ada Orang Kecewa Tun M Tak Hadir, 'Bom' Tak Jadi Meletup!!


Diwar-warkan hari ini mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad akan menghadiri dan merasmikan sebuah forum berkaitan perpaduan Nasional/Melayu anjuran sebuah pertubuhan pro Melayu juga di Kuala Lumpur.

Maklumat mengenainya telah dihebahkan sejak awal minggu sudah, kononnya Mahathir akan datang dan 'melepaskan bom' terhadap kepimpinan negara dalam majlis tersebut.  Apakah bendanya 'bom' itu, kita tidak pasti, tapi dikatakan boleh menggegar persada politik tanah air dan membawa kepada permulaan yang berkenaan untuk menentang kerajaan.

Bagaimanapun sebentar tadi, ternyata hebahan itu palsu dan hanya bertujuan menarik orang untuk datang ke forum tersebut sahaja bila Mahathir tidak pun menjengahkan diri, sama ada memang tidak terlibat, tidak setuju dengan tujuan program ataupun kurang sihat.

Saturday, November 22, 2014

Penghapusan Subsidi: Langkah Berani, Risiko Tinggi

KEPUTUSAN kerajaan untuk menghapuskan subsidi minyak yang mula diperkenalkan pada tahun 1983, adalah satu keputusan yang berani tapi penuh dengan risiko.

Sementara keputusan ini boleh mendidik rakyat untuk menerima mekanisme baru minyak yang diperkenalkan kerajaan, dalam masa yang sama ia turut boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan terutama bila berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi nanti.

Asas kepada kebimbangan ini ada kerana negara-negara OPEC akan bermesyuarat minggu depan untuk menentukan kaedah bagaimana nak memastikan harga minyak tidak terus turun seperti sekarang.  Antara lain ialah mengurangkan bekalan yang kita bimbang boleh menyebabkan kenaikan harga yang tinggi.


Sebagai komoditi yang didagangkan di pasaran dunia, negara ini tidak ada pilihan melainkan mengikut ketetapan yang akan dibuat OPEC nanti.

Negara-negara OPEC bergantung sepenuhnya kepada harga minyak dunia kerana dari situlah mereka menjana pendapatan untuk negara masing-masing.  Kepentingan negara-negara ini sudah tentu mengatasi yang lain, paling tidak mereka tidak mahu rugi kalau harga minyak dunia terus turun.

Kerajaan bagaimanapun penulis yakin sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dari perkembangan-perkembangan ini.  

Walaupun pengeluaran minyak semasa negara tidak cukup untuk memenuhi keperluan domestik, tapi hubungan baik dengan negara-negara pengeluar yang lain sudah cukup untuk meletakkan negara kita dalam keadaan bersiap sedia.

Thursday, November 20, 2014

Hargai Pemimpin Tetapi Jangan Taksub

Jangan percaya sepenuhnya ahli politik!

Masa, keadaan dan keperluan membolehkan mereka berubah sekelip mata. Jika kita memberi kesetiaan buta tanpa langsung bertanya agenda disebaliknya dan meneliti fakta yang ada, kita mungkin akan tertipu.

Pengkritik bawahan mungkin melakukan dengan niat yang ikhlas, jika salah pun kritikan tersebut kerana mereka tidak mengetahui fakta dan maklumat.

Namun bila ahli politik mengkritik, jika kritikan mereka tersebut tidak mengambarkan keadaan sebenar, ia mungkin ada udang sebalik batu.

Ada beza besar menghormati dan menghargai jasa dengan menyokong membuta tuli.



Perpaduan Melayu: Jangan Ada Pihak Cuba Jadi Batu Api


Telah sampai ke pengetahuan penulis bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam sebuah pertubuhan yang mahu menggunakan seorang mantan Perdana Menteri untuk menggangu gugat pentadbiran UMNO yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejauh mana ini benar penulis tidak pasti, tapi dikatakan penganjuran satu forum oleh pertubuhan itu Ahad ini ('kebetulan' hampir dengan perhimpunan agung UMNO), bakal dijadikan platform untuk menghentam kepinpinan negara.

Perbezaan pandangan antara mantan Perdana Menteri tersebut dengan beberapa polisi yang diperkenalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kalau dibincangkan secara ilmiah, nampak lebih kepada pertentangan profesional dan gaya kepimpinan semata-mata, bakal dipusing terbalikkan supaya ternampak seperti permulaan gerakan orang Melayu untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

Ini bukan kali pertama, pada pemilihan UMNO yang lepas, seorang  pemimpin pertubuhan ini dikatakan bercadang untuk mencabar kerusi Presiden UMNO tapi atas sebab tidak ada sambutan, dia membatalkan cadangan tersebut pada saat-saat akhir.

Tuesday, November 18, 2014

Minyak: Antara Jumlah Subsidi & Harga Pasaran Dunia


Joko Widodo atau Jokowi, sebelum menang pemilihan Presiden Indonesia, dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat.  Untuk menyokong gambaran itu dalam kempen, dipotretlah fotonya dalam keadaan paling marhaen seperti menyampu sampah di luar rumah, pakai baju kotak-kotak dan sebagainya.

Imej-imej ini menjadi kerana berbanding dengan pesaing dalam merebut jawatan Presiden Indonesia, Prabowo yang terkait rapat dengan legasi mewah bekas Presiden Allahyarham Suharto (Prabowo adalah bekas menantunya), imej marhaen Jokowi sudah tentu lebih memikat rakyat Indonesia.

Akhirnya Jokowi menang dan Prabowo kalah, kita semua tahu ini.

Monday, November 17, 2014

Menjelang PAU2014: UMNO Patut Diperkuat, Bukan Dihambat Isu Remeh Temeh


Sabtu lepas, bermulalah pelbagai aturcara berkaitan dengan perhimpunan agung UMNO 2014 (PAU2014) yang akan diadakan minggu depan.

Dalam masa yang sama, perdebatan megenai isu-isu yang wajar dibawa perwakilan dalam sesi perbahasan nanti, turut menjadi hangat, terutama di kem pemuda.  Ada antara isu tersebut penulis lihat yang relevan, ada yang bersifat mencari populariti semata-mata dan ada juga yang sengaja ditimbulkan untuk melemahkan UMNO.

Sementelah, ada pulak pihak yang cuba melobi perwakilan UMNO tertentu untuk mengenengahkan isu-isu yang dijuarai mereka melalui medium perantaraan masing-masing sejak beberapa minggu lepas.

Sunday, November 16, 2014

Salah Faham Tentang BR1M Hanya Pada Yang Tak Dapat

Penulis tidak begitu bimbang dengan pelbagai salah faham tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disebarkan beberapa pihak lanjutan dari teguran-teguran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Hakikatnya pandangan Mahathir lebih kepada kebimbangan akan wujud kesan dari pemberian BR1M terhadap ekonomi dan produktiviti (tak berkaitan) negara, sedangkan tukang tambah yang terkemudian, membayangkan bahawa BR1M adalah satu skim yang tidak baik.

Ada 7 juta penerima BR1M di seluruh negara sekarang, setakat ini tak seorang pun yang mengeluh bila dapat wang itu. Kalau tak kita sudah mendengar penubuhan NGO dengan nama seperti Gerakan Anti BR1M dan yang seperti itu, tapi tidak ada.

Friday, November 14, 2014

BR1M, Kebimbangan Mahathir Ada Asas Tapi...


Tun Mahathir Mohamad mempunyai asas beliau tersendiri apabila mempersoalkan sistem BR1M yang diperkenalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Bagaimanapun, tanpa Mahathir sedari, BR1M sebenarnya tidak banyak beza dengan subsidi minyak, gula, tepung dan sebagainya yang diperkenalkan pada zaman beliau - cuma bezanya kali ini, ia ditukar kepada bentuk tunai untuk golongan sasar yang layak.

Senang kata, duit kerajaan juga, cuma dulu 'wang' ini diterima semua rakyat dalam bentuk subsidi barangan, sekarang wang yang sama (tapi jumlah yang lebih rendah dan terarah) dibayar secara tunai mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Perubahan pada corak pengagihan - dari bentuk subsidi dalam bentuk barangan kepada wang tunai ini, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan berikutan jumlah subsidi yang semakin meningkat setiap tahun berbanding dulu.

Ini ada logiknya kerana kualiti hidup yang meningkat di Malaysia telah menyebabkan semakin ramai orang berkemampuan berbanding pada masa dahulu.  Jangan kata itu, rakyat Malaysia juga semakin meningkat dari 15 juta ketika Mahathir mula-mula memerintah, kepada 30 juta sekarang.

Tak campur pendatang asing dengan izin dan tanpa izin yang turut menikmati subsidi barangan yang sama.  Kalau petrol boleh kawal dari nombor plat kenderaan, tepung dan susu umpamanya, nak kawal dengan apa?

Semua inilah yang memaksa kerajaan dibawah pentadbiran Najib membuat perubahan bersesuaian agar kerajaan tidak berterusan menampung subsidi yang tinggi dan dalam masa yang sama, golongan sasar juga menerima hasil penjimatan ini melalui pemberian BR1M.

Itu penjelasan yang pertama.

Penjelasan yang kedua, BR1M tidak sama seperti skim elaun pencari kerja (penggangurlah tu) yang diberikan oleh beberapa negara maju seperti Jerman dan Britain.  BR1M hanya menumpukan kepada golongan sasar yang rekod kewangan mereka telah disahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai penerima yang layak.

Dari pembayaran setahun sekali ketika mula-mula diperkenalkan, skim BR1M sudah mencapai tahap dimana pembayaran perlu dibuat pada kadar 3 kali setahun - juga dengan alasan ekonomi bukan main hentam keromo.

BR1M juga tidak langsung berkaitan dengan produktiviti seperti mana yang terdapat dalam kebimbangan Mahathir kerana wang ini hasil penjimatan kerajaan dari pengurangan subsidi yang diberikan kepada semua rakyat sebelumnya.

Ia tidak mengambil dari sumber lain sehingga nak dikaitkan dengan produktiviti tapi semata-mata dari penjimatan subsidi yang dikurang/dihapuskan dari masa ke semasa.

Kesimpulannya, Mahathir perlu menerima hakikat bahawa setiap pentadbir mempunyai gaya pentadbiran yang berbeza, Najib juga tidak terkecuali. 

BR1M telah berjaya mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi yang dulunya mencecah 54% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada hanya 10% pada tahun lepas.  Bukankah itu satu kejayaan yang perlu diraikan, bukan dikritik dan dihentam?

Thursday, November 13, 2014

Pendapatan Tinggi & Rumah, Teguran Daim Pra Matang


Antara agenda utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009, ialah meninggikan pendapatan perkapita rakyat negara kita.  

Kerajaan tahu sukar untuk mengawal kenaikan harga barang yang 90% ditentukan oleh permintaan dan tawaran dalam pasaran, alternatif yang difikirkan sesuai ialah meninggikan pendapatan per kapita rakyat kita.

Hasilnya, sejak mula diterapkan pada tahun 2009, pendapatan perkapita rakyat negara ini telah meningkat dari RM 24,879 kepada RM 34,126 pada tahun 2013 - peningkatan sebanyak 37%.  Dijangka pada tahun 2020, pendapatan perkapita rakyat negara kita akan meningkat sebanyak RM 46,500 seterus memenuhi salah satu kriteria yang diperlukan untuk menjadi negara maju.

Wednesday, November 12, 2014

1MDB, Bloggers Penipu, dan Salah Faham Tun Mahathir

Tengok saja blog ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Out Syed The Box (OSTB) semalam membuatkan aku hendak termuntah. Kata OSTB atau nama realnya Syed Akbar Ali, 1MDB akan rugi RM 25 billion tahun hadapan.

Selain Syed Akbar, beberapa tukang canang media sosial pro UMNO juga sibuk membincangkan kewangan 1MDB walaupun antara mereka aku tahu hendak baca laporan tahunan syarikat pun tak faham.

Senang cerita macam ini ajalah, 1MDB ini berniaga duit sendiri. Kerajaan bagi RM 1 juta sahaja. Jadi bila berniaga duit sendiri hendak berkembang kena pinjam baru ada hutang.

Dalam masa 5 tahun 1MDB boleh ada asset RM 51.4 Bilion, hutang (termasuk bon) RM 41.9 billion, pendapatan RM 4.3 billion, kerugian RM 665 juta. Jika tutup hari ini pun 1MDB masih untung RM 7-8 billion.

Kita tahu Tun Dr Mahathir turut menegur 1MDB. Masalahnya Tun Mahathir tidak berada dalam pengurusan 1MDB lalu sukar untuk beliau menilai sepenuhnya.

Tun Mahathir pun hanya memberi pandangan seperti mahu jawapan mengenai 1MDB dan 1MDB tidak wujud pun tiada masalah.

Pengurusan 1MDB perlu berjumpa Tun Mahathir memberi penjelasan mengenai scenario kewujudan 1MDB jika perlu.

Kita percaya kenyataan Tun Mahathir banyak bergantung kepada maklumat orang sekelilingnya yang sebahagian mereka merupakan tokoh korporat yang merasa tercabar dengan kemunculan 1MDB.

Manusia-manusia seperti YTL, AK, TSMA, Tun Daim Zainuddin, Halim Saad dan ramai lagi pemain utama perniagaan tentu tidak berpuas hati dengan tindakan 1MDB memasuki bidang ekonomi mereka seperti pembangunan projek hartanah secara besar-besaran dan pengambil alihan beberapa janakuasa bebas.

Tun Mahathir juga sering bertemu dan mendapat maklumat dari jurublog-jurublog bercakap bahasa inggeris berabuk tapi tak pernah Berjaya pun dalam perniagaan.

Mereka ini mereka tidak puas hati kerana Najib Razak tidak mahu ikut cakap mereka dan tidak mahu memberi dana kepada mereka. Siapa mereka ini? Perdana Menteri? bukan!, Ahli UMNO? Bukan!

Rakyat mahu kerajaan menstabilkan pasaran hartanah, dan elektrik. Inilah yang akan dilakukan oleh 1MDB pada masa akan datang, malangnya syarikat yang baru bertatih mencari kekuatan ini sudah diserang oleh pelbagai pelusuk.

Jika ia datang dari kaum cina atau pakatan rakyat kita mudah fahami. Tapi bila datang dari orang melayu dan UMNO ia sukar dimengerti.

Kita percaya jika Tun Mahathir mendapat penjelasan wajar dari 1MDB beliau akan faham.

Dulu Tun Mahathir juga pernah berkata berniaga bukan mudah. Beliau buka keda roti Loaf pun sampai sekarang belum dapat pulangan modal.

Hutang besar bukan masalah kerana Tun Mahathir juga pernah beli MV Augusta dengan harga RM 90 juta atas syarikat mempunyai hutang beratus juta dan asset pun tidak sampai RM 1 billion.

Tun Mahathir juga pernah bantah pelupusan MV Augusta ketika itu kerana percaya syarikat terbabit mempunyai nilai tinggi walaupun rugi RM 500 juta dan asset hanya sekitar 100 juta Euro sahaja.

Tentulah jika dibandingkan 1MDB dengan MV Augusta, 1MDB lebih sihat dan wajar dipertahankan.

Tun Mahathir juga tentu faham dalam perniagaan membabitkan entity kerajaan, yang paling penting ialah matlamat akhir dipenuhi bukannya pencapaian setahun dua.

Jika tidak masakan Tun Mahathir meneruskan Perwaja biarpun kerugian berbilion ringgit.

Jika tidak masakan Tun Mahathir berkali-kali menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan kos berbilion ringgit setiap kali lingkup biarpun secara teori perniagaannya, syarikat seperti ini wajar ditutup sahaja.


Hakikatnya kritikan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah kerana beliau telah diberi maklumat yang salah oleh orang-orang sekeliling beliau yang tidak berpuas hati kerana Mohd Najib memberi ruang kepada ahli perniagaan baru, konglomerat baru dan pentadbir baru menunjukkan kebolehan mereka.

Yang sudah kaya-kaya itu cukuplah bergantung kepada kerajaan. Bergerak ke hadapan cari perniagaan di luar Negara dan bawa pulang kekayaan kepada Negara.

Malaysia dan BN telah memberi anda banyak ruang dan peluang, berilah peluang dan ruang kepada orang lain pula.

Kepada para pengkritik, juru blog dan facebookers, sedarlah anda boleh mengkritik dan memberi cadangan tapi janganlah harap Perdana Menteri mengikut cakap anda. Jika demikian lebih baik anda jadi Perdana Menteri sahaja.

Kepada Syed Akbar Ali dan rakan-rakan, marah kepada Perdana Menteri kerana isu-isu lain janganlah sampai perlu berbohong dan memfitnah.

Tuesday, November 11, 2014

Penubuhan 1MDB Bukan Amalan Luar Biasa Kerajaan;


Isu berkaitan 1MDB ini nampaknya masih diperkatakan walaupun sudah berjela-jela penjelasan diberikan oleh pihak kerajaan, lepas satu, satu. Luar kerajaan, dalam kerajaan, dalam UMNO, luar UMNO, semua ada, mentang-mentang perhimpunan agung nak dekat.

Semuanya tentang bon RM 5 billion yang dijamin kerajaan untuk membolehkan 1MDB memulakan operasinya selain modal perniagaan sebanyak RM 1 juta.

Walaupun risikonya kita tahu, kerajaan akan hilang RM 5 billion itu kalau 1MDB mengalami kerugian, tapi aset 1MDB yang bernilai RM 51 billion (berbanding liabiliti RM 41 billion), mampu menampung 'kerugian' tersebut (jika ia berlaku).

Monday, November 10, 2014

Subsidi Minyak: Cadangan Mahathir Perlu Diberi Perhatian


Cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad agar semua rakyat membayar pada harga penuh bahan api seperti petrol dan diesel sebelum menuntut semula jumlah subsidi yang layak untuk mereka dari kerajaan, adalah satu cadangan yang wajib diberi perhatian.

Dalam keadaan sekarang, semua cadangan adalah baik dan perlu diberi penelitian sepenuhnya.  Malah, penulis melihat cadangan ini lebih praktikal berbanding beberapa cadangan lain seperti kad diskaun, MyKad dan sebagainya yang banyak diperkatakan sebelum ini.

Perlu diakui, bukan mudah nak menukar sistem sedia ada sekarang kepada sistem baru, jadi bila cadangan seumpama ini dilontarkan oleh seorang negarawan seperti Mahathir, maka ia mempunyai merit yang memerlukan penelitian mendalam oleh pihak kerajaan.

#Flashback MEI 2014: Tun M Akui Najib Sukar Bertindak Kerana Majoriti Yang Lemah

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, telah melakukan yang terbaik dalam kemampuannya untuk mengekang ketegangan agama dan perkauman.

Namun ia sukar bertindak dengan tegas kerana mandat yang lemah dalam pilihan raya lalu.

Menurut Malaysiakini.com, Dr Mahathir berkata demikian sewaktu ditanya sama ada suasana semasa mencerminkan kepimpinan Najib yang lemah, dan sama ada beliau wajar terus memimpin negara.

“Ia terpulang kepada orang ramai, mereka yang mengundi dia. Najib cuba bekerja dengan baik namun beliau dalam situasi yang sukar,” katanya kepada wartawan hari ini.

“Anda (pengundi) tidak memberikan beliau mandat yang kuat,” tambahnya merujuk kepada keputusan pilihan raya yang lalu.

Kebelakangan ini banyak pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan Mohd Najib yang dilihat gagal mengekang pelbagai usaha mencabar perpaduan nasional menerusi isu agama, kaum dan ekonomi.

Sunday, November 9, 2014

Tak Perlu Bubar, Tapi Berubah


Cadangan sesetengah pihak yang mahu UMNO Selangor dibubarkan pada penulis nampak agak keterlaluan. Memang kegagalan dalam PRU13 yang lepas nampak nyata tapi pembubaran UMNO negeri bukan jalan terbaik.

Umpama marah seekor nyamuk, bakar rumah, tak bakar kelambu.

Pun begitu mesej yang cuba disampaikan dari cadangan pembubaran tersebut jelas - UMNO Selangor perlu membuat perubahan drastik untuk mengubah nasib mereka sekarang ke arah yang lebih baik dalam persediaan menghadapi PRU14.

Saturday, November 8, 2014

Badminton: 'Positif' Yang Negatif


<div align="justify">
Kita semua tahu hampir 90% perkara positif dalam dunia ini adalah berkaitan dengan kebaikan.
Pun begitu, dalam keadaan-keadaan tertentu, ada sebilangan kecil perkara-perkara positif ini yang boleh jadi berita buruk kepada yang terlibat.

Antaranya, seperti yang menimpa seorang pemain badminton negara yang didapati positif dadah untuk kedua-dua sampel A dan B nya.

Kita bagaimanapun bersimpati lah dengan nasib yang menimpa pemain tersebut. Dalam pada itu, kita kagum dengan susah payah Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merahsiakan nama pemain berkenaan bila satu dunia dah tahu siapa dia.

Friday, November 7, 2014

Pukul Paku Di Keranda, Anwar Nak Marah Apa?

sumber: Agenda Daily
Anwar dikatakan berang dengan Tan Sri Shafee Abdullah keranan kononnya tak professional bila mengeluarkan kenyataan ingin memukul paku di kerandanya.  Apa yang dia marah sangat dengan kenyataan itu pun kita tak tahu kerana bukannya pertuduhan yang dikenakan ke atasnya tu boleh bawa hukum mati.

Bagaimanapun, pedulikanlah, Anwar nak berang ke nak apa sekalipun, ada kita kisah?

Penulis sebenarnya lebih tertarik dengan dakwaan Anwar yang mengatakan Shafee tak professional.  Penulis rasa ketika mengucapkan itu, Anwar berada dalam keadaan mamai, mabuk karipap agaknya.

Daim: PR Leaders Just As Unscrupulous As BN’s

KUALA LUMPUR: Former finance minister Daim Zainuddin said the public should not get too influenced by the “indoctrination” of many “Pakatan-sympathetic” online news portals as Pakatan Rakyat leaders were every bit as unscrupulous as Barisan Nasional’s.
He said that despite the reality being what it is, the general perception was that “political cronyism only existed in Malaysia and in BN-controlled states, but not in the states controlled by Pakatan.”
Saying PR leaders were “quick to pick out the speck in BN or UMNO’s eye but always forget the log that is in front of their own eyes”, he attributed this mentality to their proficiency in “disguising or hiding their own cosy relationships with businessmen, developers and other tycoons”.

Thursday, November 6, 2014

Bogel Pencuri: Inilah Akibat Bila Rakyat Hakim Negara

Satu kejadian pukul dan bogel seorang pemuda yang berlaku baru-baru ini seperti tersebar di media sosial kerana didakwa cuba mencuri sebuah motorsikal, membuktikan bahawa tak semua orang layak jadi hakim.

Pemahaman mengenai undang-undang dan keadilan ini memerlukan pengetahuan, ilmu dan penelitian hasil latihan bertubi-tubi dan pengalaman bertahun-tahun, bukan boleh kutip entah orang mana letak jadi hakim atau inilah jadinya.

Sementara ramai yang setuju pemuda berkenaan memang layak di ajar sebelum dihantar ke balai polis, tapi tahap mana kena ajar tu perlu ada garis panduan, bukan boleh buat ikut 'dan'.

Wednesday, November 5, 2014

Tun Mahathir Saran 3 Perkara Pulihkan UMNO Selangor

1. Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur.

2. Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru. Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.

3. Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor.

4. Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran UMNO termasuk dan Bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat UMNO untuk agenda peribadi mereka.

5. Yang kedua ialah tumpuan kepada Gen-Y. Pada PRU 14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi.

6. Gen-Y tidak berminat dengan UMNO. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat. Bagi ramai dari mereka penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka tidak ada.

7. Jika disebut akan jasa parti UMNO kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi Kerajaan akan membuat perkara yang sama.

8. Pandangan cetek ini disebabkan mereka tidak membuat bandingan antara Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dengan Kerajaan-Kerajaan negara-negara lain. Jika bandingan dibuat oleh mereka, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia.

9. UMNO Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai UMNO dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang UMNO. Untuk ini kepimpinan UMNO harus tahu sejarah UMNO dengan mendalam. Pemimpin yang mampu menjelas kedudukan orang Melayu dahulu dan sekarang tidak ramai. Mereka juga perlu diberi kursus.

10. Ketiga, kikis imej UMNO sebagai parti rasuah. Cara hidup pemimpin UMNO perlu lebih sederhana. Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli UMNO. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung.

11. Sesungguhnya banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO Selangor. Tetapi jika yang tiga ini dibuat sokongan rakyat akan lebih kuat.

www.chedet.cc

Tahukah Anda, Semua Projek Penswastaan Zaman Mahathir Gagal!!


Generasi muda hari ini mungkin tidak mendengar lagi nama-nama seperti LLN (Lembaga Letrik Negara) atau STM (Syarikat Telekom Malaysia).  Ini tidak mengejutkan kerana kedua-dua syarikat tersebut yang dulu terletak dibawah kerajaan, telah diswastakan dibawah dasar penswastaan yang diperkenalkan pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Tun Mahathir Mohammad.

LLN kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan STM sebagai Telekom.

Syarikat penerbangan nasional negara, MAS juga tidak terlepas dari diswastakan cuma namanya tidak bertukar seperti mana LLN dan STM.

Tuesday, November 4, 2014

Tan Sri Mohamad Nor Yaakub, Wira Sebenar Krisis Ekonomi 1997


Berlawanan dengan tanggapan sesetengah pihak, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bukanlah orangnya yang menyelesaikan krisis ekonomi 1997. Mahathir mungkin seorang pemimpin politik yang hebat, tapi bab ekonomi, itu ada masalah sikit.

Sepanjang 22 tahun pemerintahannya, Malaysia dilanda 2 krisis ekonomi terburuk, tahun 1986 dan 1997.

Baiklah, balik pada cerita krisis ekonomi 1997 tadi.

Monday, November 3, 2014

Liwat II: Makin Hari Makin Suram Ni Apahal?

Suramnya bangunan Istana Keadilan dari riuh rendah kera-kera belaan Anwar Ibrahim, bolehlah dengan selamatnya dikaitkan dengan perpecahan banyak penjuru yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Banyak penjuru macam mana? PAS sedang berkerat rotan dengan PKR (isu MB Selangor), DAP sedang berkerat rotan dengan PAS (hubungan PAS-DAP dan putus di Sarawak) dan yang seperti itu.

Kepetahan dan kebolehan menipu tahap tinggi Anwar bagaimanapun, berjaya melindungkan semua ini dari dilihat oleh penyokong mereka dan rakyat Malaysia.  Bab mengalihkan perhatian ni memang Anwarlah juaranya di negara ini.

Pengurusan Komunikasi Korporat: Kepakaran Asing Memang Diperlukan


KITA perlu mengakui bahawa dalam dunia yang serba mencabar hari ini, Malaysia perlu bergantung kepada kepakaran asing untuk memastikan imej negara ini berada dalam keadaan yang baik pada sepanjang masa.

Malaysia tidak kurang kepakaran, tapi dalam keadaan-keadaan tertentu, kepakaran asing masih diperlukan untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam bidang pengkhususan tertentu juga.

Samalah halnya bila negara asing memerlukan kepakaran orang kita dalam hal-hal tertentu yang tidak tercapai oleh mereka kerana faktor-faktor yang tidak memihak mereka tapi memihak kita.

Amerika Syarikat sebagai contoh, melihat tentera darat kita dan bentuk muka bumi negara ini sebagai rakan serta platform latihan sesuai untuk mendapat pendedahan taktik peperangan dalam hutan berikutan kegagalan dalam Perang Vietnam.

Sebab itulah negara tersebut mengadakan beberapa siri eksasais dengan tentera negara ini pada setiap tahun.

Persoalannya, apakah tindakan menimba ilmu berkaitan peperangan hutan di Malaysia ini, menurunkan walau sedikit status Amerika Syarikat sebagai negara terkuat dunia?  Sudah tentu tidak.

Dalam soal komunikasi di peringkat antarabangsa pun negara kita tidak terkecuali.  Benar kita ada sejarah menguruskan soal media yang panjang tapi berapa ramai dari kita yang punya hubungan baik dengan kepala-kepala media antarabangsa?

Tak bolehlah dikatakan menggunakan perkhidmatan orang ini sebagai mewujudkan kolonial era baru.  Pemimpin pembangkang seperti Anwar sendiri menggunakan khidmat perunding luar untuk menguruskan komunikasi antarabangsa dan mendapat akses kepada media berpengaruh seperti CNN, Wall Street Journal dan sebagainya.

Dalam banyak keadaan, untuk menyerang imej kerajaan di peringkat antarabangsa.

Maka itu, penggunaan kepakaran asing dalam bidang komunikasi antarabangsa ini perlu kerana kita memang kekurangan dari segi itu.  Kepala-kepala media kita, hampir kesemuanya hanya setakat mempunyai pengaruh dalam negara sahaja, tidak lebih dari itu.