Thursday, October 27, 2016

Hospital Di Johor Terbakar, Muhyiddin Sibuk Bermonolog


Tak dapat dikirakan entah berapa banyak kali Muhyiddin menggunakan nama rakyat, rakyat Johor terutamanya untuk menjustifikasikan 'perjuangannya' menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nampak macam 'rakyat' sangatlah Muhyiddin ni - bakal Perdana Menteri yang dinamakan Mahathir kalau pembangkang menang dalam PRU14 (kalau).

Semalam bagaimanapun membuktikan takdelah Muhyiddin ni prihatin rakyat mana pun, terutama di Johor sebab dalam Johor dilanda beberapa musibah, Muhyiddin sibuk bermonolog di Parlimen, melampiaskan amarahnya kepada Najib - atas arahan Mahathirlah tentunya.

Mahathir Di Belakang Husni, Shafie & Muhyiddin


Kita semua rakyat janganlah  melompat sangat dengan tindakan Husni, Shafie dan Muhyiddin membuat pelbagai kenyataan menyerang Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini.

Husni dan Shafie kelmarin, Muhyiddin pulak dapat peluang semalam.

Menurut beberapa sumber, kenyataan itu disediakan oleh Mahathir dan 3 ekor ini hanya membacakannya saja bagi pihak Mahathir.

Fikir logik, takkanlah orang macam Husni tu yang satu ketika dulu jadi jurucakap rasmi kerajaan dalam isu 1MDB, boleh tak tahu tujuan asal kenapa 1MDB ini ditubuhkan?  Dia jugak yang beberapa kali memberi penjelasan di TV mengenai perkara itu dulu dan sekarang dia jugak yang bertanya balik?

Monday, October 24, 2016

Muhyiddin Sokong Bersih Sebab Politik, Bukan Merit


Tahun pertama penganjurannya, 2007 dulu, mungkinlah ada merit penganjuran Bersih ini kepada rakyat, tapi setelah dihijack Anwar dan Mahathir, tidak ada apa yang rakyat mengenai Bersih ini melainkan politik semata-mata.

Maka tak hairan kenapa Muhyiddin yang ada peluang untuk menyokong Bersih sejak 2007 (tapi tidak melakukannya), sekarang pulak baru terhegeh-hegeh nak menyokong, adalah kerana kiblat politiknya yang sudah berubah, itu saja.

Rakyat justeru, janganlah terperdaya atau termakan gula-gula kononnya Muhyiddin menyokong Bersih kerana rakyat.  Tidak ada apa yang benar mengenai itu, ini semua sebab politik semata-mata.

Sunday, October 23, 2016

Pembangkang Makin Takut Dengan Najib



Tahun lepas lagi dah pembangkang mula buat hal dalam Dewan semasa Bajet dibentangkan.  Ketika itu dengan beraninya mereka mengeluarkan placard bertanya dimana dana RM 2.6 billion sebaik Datuk Sri Najib Tun Razak selesai membentangkan Baget 2016 ketika itu.

Berbeza dengan tahun ini, masih guna placard tapi placard itu ditunjukkan selepas sebahagian besar mereka (tak termasuk MP Pas) beramai-ramai keluar dewan semasa Najib sedang membentangkan Bajet 2017.

Itu menunjukkan mereka semakin takut dengan Najib dan sememangnya mereka perlu ada sebab berbuat demikian.

PRU14 akan datang ini, pembangkang akan bermasalah besar apabila pertandingan 3 penjuru (atau lebih) di semua tempat hampir tidak dapat dielakkan.  Pribumi, PAS dan PAN hampir pasti akan bertanding sesama sendiri menentang UMNO di semua kawasan Melayu dan statistik menunjukkan, bila keadaan ini berlaku, pembangkang akan tewas dengan teruk.

MO1: Antara Tunjuk Berani Dengan Takut Kena Saman



Isu siapa MO1 ni pembangkang dah main sejak kes itu mula difailkan di Amerika Syarikat 20 Julai lepas - semua orang tahu

Persoalannya, kenapa pembangkang masih tidak berani menjelaskan dengan terang siapa yang dimaksudkan mereka dengan MO1 ini sekalipun secara persepsinya mereka mahu rakyat percaya bahawa MO1 itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tapi itu persepsi, yang mereka sendiri tak berani nak kata MO1 itu adalah Najib dan penulis yakin ini adalah kerana mereka takut kena saman.

Setakat suruh macai-macai tak sekolah ini sajalah yang main persepsi begitu, kelompok ini sekalipun Najib saman, hanya membuang masa, bukan dapat apa habuan.

Yang diharapkan ialah pimpinan pembangkang macam Muhyiddin, Azizah dan sebagainya ini mengisytiharkan siapa MO1, kenapa tak berani pulak?  Isytihar secara jelas dan terang, nanti Najib saman, bolehlah tinggal seluar dalam saja pakai pagi membawak ke malam.

Tuesday, October 18, 2016

Akhirnya Husam Mengaku Pakatan Pembangkang Dikuasai Parti Dominan Cina


Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa akhirnya mengakui pakatan pembangkang pada ketika ini dikuasai oleh parti dominan Cina.

Adun Salor itu ketika menyampaikan ceramah sempena ulangtahun pertama Parti Amanah Negara di Shah Alam, Ahad lalu menzahirkan kebimbangan masyarakat Melayu terhadap gerakan pembangkang ekoran penguasaan DAP dalam pakatan.

Mat Sabu Mengemis Bantuan Kewangan, Elak Kaki Fitnah Muflis

 
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu merayu agar orang ramai khususnya masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) segera tampil menghulurkan bantuan kewangan bagi membayar saman yang dikenakan.

Mat Sabu hari ini dilaporkan berkata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah Felda.

Selepas Mahathir, Shafie Pun Tubuh Parti Mirip UMNO/BN


Bekas Menteri yang bakal terpalit dengan satu skandal di Sabah, Shafie, selamat mendaftarkan parti barunya yang diambil alih dari sebuah parti tempatan yang lain serta menamakan parti tersebut sebagai Warisan dengan menggunakan lambang kapal layar.

Kapal layar adalah lambang yang pernah digunakan parti Perikatan yang kemudian diubah menjadi Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.

Malah, nama Warisan itu sendiri meniru lagu Allahyarham Datuk Sudirman dengan tajuk yang sama  serta sering dilagukan dalam perhimpunan Agung UMNO.  

Sekalipun parti ini adalah parti berbilang kaum tapi 2 ciri-ciri ini saja sudah cukup untuk mengatakan ia adalah satu peniruan yang jelas dan nyata.

Friday, October 14, 2016

SIC: Kalau Isunya Keturunan, CEO Tu Pun Kena Letak Jawatan Sekali


Dalam perbincangan kedai kopi, ramai yakin bahawa perletakkan jawatan Pengerusi SIC yang juga anak Mahathir, Mokhzani, ada politiknya sendiri - bukan sebab ditekan kerajaan seperti mana yang nak dianggap kepada semua orang.

Ini semua tidak lain, nak beri gambaran kepada rakyat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menekan Mahathir dan keluarganya setelah kesemua mereka berubah menjadi pembangkang sepenuhnya.

Buktinya, 'cerita' letak jawatan ini sesuai pulak dengan tulisan Mahathir dalam blognya kelmarin dimana dia merungut Najib cuba menggantikan tukang masaknya, kawan-kawannya diganggu Lembaga Hasil dan tak lama lepas itu, Mokhzani lepas jawatan.

Takda angin pun, takde ribut pun, sepoi-sepoi bahasa pun tak ada tau tau letak jawatan.

Thursday, October 13, 2016

Tukang Masak Mahathir Pun Kerajaan Bayarkan Gaji, Hasmah Tak Tau Masak Ka?


Dalam satu posting di blognya sebelum ini, Mahathir mengakui bahawa semasa jadi Perdana Menteri, segala perbelanjaannya ditanggung oleh kerajaan dan dengan itu dia boleh menyimpan wang gajinya untuk tujuan lain bila bersara.

Bukan juga rahsia bahawa anak-anak Mahathir hampir kesemuanya bergelar jutawan belaka, bermula dari Mirzan, Mokhzani termasuk Mukhriz sendiri yang penglibatan mereka dalam syarikat-syarikat besar tertentu dalam negara kita, bukanlah satu rahsia macam dulu.

Tapi tak pulak kita sangka, selepas 13 tahun bersara sebagai sebagai Perdana Menteri dan kini menjadi pemimpin pembangkang, hidup Mahathir masih lagi sebahagiannya ditanggung oleh kerajaan - yang siang malam dituduhnya sebagai zalim dan korup. 

Ini merujuk kepada rungutan Mahathir dalam posting terbarunya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menukar tukang masak dan pegawai-pegawainya.  Tidak ada cara lain Najib boleh menukar semua orang-orang ini melainkan gaji mereka dibayar kerajaan - itu logiknya.

Tuesday, October 11, 2016

Tak Lama Untuk Mahathir Kencing Muhyiddin


Rakyat tidak seharusnya terkejut dengan tindakan Mahathir mengubah sokongan dari Muhyiddin bakal Perdana Menteri kepada orang lain sebagai Perdana Menteri seperti disebut dalam interview dengan Malaysiakini.

Bahkan kita sepatutnya terkejut kalau Mahathir tak tukar kenyataan kerana kita sedang bercakap tentang Mahathir, sejak bila yang dia ni konsisten?  Banyak dah kalau nak dijadikan contoh, mula mula kata Soros penyebab krisis ekonomi 1997. lepas tu bukan pulak, Anwar (liwat), Kit Siang (rasis) dan sebagainya.

Terlalu banyak kalau nak disebutkan satu satu.

Padan dengan muka Muhyiddin.  Dia tu dah tentu-tentulah jadi Perdana Menteri 22 tahun, yang kau baru sebut-sebut jadi Perdana Menteri (kalau pembangkang menang), dah kena tarik balik oleh orang yang sama.

Tidak Ada Yang Menuduh Kenapa Shafie Terasa?


Penulis membaca kenyataan Menteri yang bertanggungjawab ke atas air dan infrastruktur lain di Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai penahanan 2 pegawai berkuasa air negeri berhubung satu pendakwaan rasuah.

Jelas disitu kenyataan tersebut adalah sangat adil dalam konteks apa yang berlaku sehingga menyebabkan perlakuan rasuah tersebut, tidak ada yang ganjil.  Yang kena tuduh dan bakal didakwa ialah pegawai kerajaan negeri, wajarlah pimpinan negeri sendiri yang menjawab, nanti kata apa pulak?

Yang ganjil ialah bila bekas Menteri Shafie Apdal melihat kenyataan itu seolah-olah Pairin menujukan kepada dirinya!!  Hanya sebab sebut kementerian yang pernah Shafie terajui disebut Pairin, tidak bermaksud kenyataan itu ditujukan kepada dia!!

Friday, October 7, 2016

Mahathir Membodohkan Mukhriz Lagi


Dalam satu kenyataan beberapa hari lepas, Mukhriz berkata DYMM Yang Dipertuan Agung tidak menolak Deklarasi Rakyat dan kenyataan yang mengatakan sedemikian (YDPA tolak Deklarasi Rakyat) dikeluarkan Perdana Menteri sebelumnya, adalah salah.

Mahathir pulak sebaliknya semalam mengesahkan bahawa YDPA menolak Deklarasi Rakyat cuma mendakwa YDPA mengakui bahawa tindakannya itu tidak berlawanan dengan perlembagaan.

Dah penyudahnya Mukhriz nampak bodoh - lagi, bukan orang lain tapi oleh Mahathir juga.

Lain daripada itu tak payah buang masa bertekaklah, yang pentingnya sekarang, ini entah berapa kali pun tak tahu dimana Mukhriz cakap lain, Mahathir cakap lain - mengulas isu yang sama.

Sebelum ini Mukhriz pernah kata tak mungkin Mahathir akan bekerjasama dengan pembangkang, kemudianya kita tahulah dia memang bekerjasama dengan pembangkang.  

Wednesday, October 5, 2016

Tak Strategik Dedah Semua Dosa Mahathir Sekarang, Tunggu Dekat PRU14


Mahathir selalu berbangga dia seorang suci kerana tidak pernah ada sebarang dakwaan dikenakan ke atasnya.  Itulah yang dia selalu ulang-ulang kat orang pun seolah-olah Datuk Sri Najib ini pernah didapati bersalah di mana-mana Mahkamah.

Dah selalu diulang-ulang Mahathir, orang pun naik meluat sampai ada desakan termasuk dari dalam BN sendiri supaya didedahkan semua salah laku yang dilakukan Mahathir ketika jadi Perdana Menteri dahulu supaya rakyat dapat mengetahui.

Bagaimanapun dicadangkan agar perkara ini ditangguhkan dulu atas beberapa sebab.

Kalau kita dedah awal-awal semua salah laku Mahathir masa jadi Perdana Menteri, selain Mahathir dan pemujanya mati-mati nafi sampai orang muak nak bertekak, ingat rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, sangat singkat, cepat lupa.

Jumlah Ahli PPBM, Siapa Yang Peduli?


Puak-puak yang mendewakan Mahathir ini diketahui memang taksub dengan angka - lagi tinggi angka, lagi bagus. Tak dapat tinggi, tinggikan lagi dengan apa cara pun.

Inilah halnya yang kita lihat dalam Deklarasi Rakyat dan inilah juga halnya yang bakal kita lihat dalam parti yang Mahathir tubuhkan - Pribumi.

Dalam hal Deklarasi Rakyat, jumlah sebenar yang menandatangani deklarasi itu berbeza sama sekali dengan jumlah yang diumumkan Mahathir, rupanya ada penipuan di belakang sekalipun mereka cuba menafikannya.

Sampai sekarang Mahathir tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas orang yang dedahkan perkara itu, kiranya betullah.

Terkini nak umum jumlah ahli Pribumi pulak.  Macamlah kita peduli, lebih-lebih lagi dengan track record yang sebegitu dalam hal Deklarasi Rakyat.  Atau mungkin budak Syed Saddiq ini tidak ada kerja lain yang nak dibuat?

Masuk UMNO: Annuar Menyindir, Dia Pulak Serius



Penulis tak tahulah pandir macam mana orangnya Mukhriz ni sehinggalah sekarang.  Tahulah dia tak berapa cerdik tapi tak sangka pulak pandir macam ini.

Ia berkenaan kejadian baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyindir tentang hanya UMNO tempat Mukhriz boleh jadi Perdana Menteri - menyindir kata kuncinya disitu, datangnya serius pulak membalas kenyataan tersebut.

Asal macam mana sindiran itu bermula tak penting tapi yang pentingnya disitu Annuar hanya menyindir, macam yang bapak Mukhriz selalu buat jugaklah, menyindir.

Yang dia pandang serius tu kenapa?  Siap buat sidang media untuk menjawab sindiran Annuar Musa tu saja, betul punya 'low'.