Bekas rakan kongsi anak Mahathir Mokhzani dalam Kencana Petroleum, Yeow Kheng Chew hari ini didakwa dan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan 'insider trading' sejumlah saham Kencana sekitar tahun 2011.
Mokhzani keluar dari Kencana Group pada tahun 2015 tapi masih mengekalkan sejumlah saham yang besar dalam syarikat tersebut. Dipercayai, Mokhzani juga hanya menunggu masa untuk dikaitkan dengan perkara ini.
Pertuduhan ini membuat kita tertanya-tanya, adakah ini sebabnya kenapa Mahathir melobi agar DoJ Amerika Syarikat membuat pengumuman untuk menyaman sivil 4 individu kerana didakwa menggelapkan wang 1MDB, bila mana 1MDB tak tahu pun wangnya digelapkan?
Hubungan Mahathir dengan pelobi Amerika Syarikat kukuh berikutan dia pernah menggunakan khidmat mereka dan membayar berjuta US dollar pada tahun 2001 unutk berjumpa dengan Presiden Amerika ketika itu, George Bush.