Friday, July 29, 2016

Kali Kedua Mahathir Terkait Isu Insider Trading


Bekas rakan kongsi anak Mahathir Mokhzani dalam Kencana Petroleum, Yeow Kheng Chew hari ini didakwa dan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan 'insider trading' sejumlah saham Kencana sekitar tahun 2011.

Mokhzani keluar dari Kencana Group pada tahun 2015 tapi masih mengekalkan sejumlah saham yang besar dalam syarikat tersebut.  Dipercayai, Mokhzani juga hanya menunggu masa untuk dikaitkan dengan perkara ini.

Pertuduhan ini membuat kita tertanya-tanya, adakah ini sebabnya kenapa Mahathir melobi agar DoJ Amerika Syarikat membuat pengumuman untuk menyaman sivil 4 individu kerana didakwa menggelapkan wang 1MDB, bila mana 1MDB tak tahu pun wangnya digelapkan?

Hubungan Mahathir dengan pelobi Amerika Syarikat kukuh berikutan dia pernah menggunakan khidmat mereka dan membayar berjuta US dollar pada tahun 2001 unutk berjumpa dengan Presiden Amerika ketika itu, George Bush.

Wednesday, July 27, 2016

Apa Yg Mahathir Bimbangkan LHDN Periksa Kroni-Kroninya?


Dalam 'rungutan' terbaru Mahathir, dia mendakwa keluarga dan kawan-kawannya di ganggu oleh pihak kerajaan, rekod cukai mereka diperiksa dan sebagainya.  Tidak pulak dinyatakan pihak mana satu yang dimaksudkan tapi sebab perkataan cukai disebut, besar kemungkinan LHDN la kot.

Takkan Kastam?  Tak tahulah kalau yang dimaksudkan tu syarikat.

Penulis tak pasti apa yang salah dengan pihak berkuasa seperti LHDN memeriksa rekod cukai kawan Mahathir, semua orang pun kena macam tu apa, nak hairan apanya?

Kalau bayar cukai ikut jadual semuanya, nak takut apa pulak rekod kena periksa?

Adakah ini bermaksud kawan-kawan Mahathir tidak bayar cukai dan dengan itu mengadu kepada orang tua ini minta perkara ini dibawa ketengah dan agensi yang berkenaan berhenti 'menganggu' mereka?

Kita yakin, agensi berkaitan menjalankan tugasnya seperti yang dinyatakan dibawah undang-undang, tidak ada apa yang salah dilakukan.

Memang Tugas Kerajaan Penjarakan Perasuah


Mahathir mendakwa kerajaan ada rancangan untuk memenjarakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng yang terpalit dengan dua skandal rasuah serta telah di dakwa di Mahkamah.

Apa punya bodoh statement itu?  

Bukankah memang tugas kerajaan untuk memenjarakan pesalah rasuah?  Sebab itu kerajaan tubuhkan SPRM, bayar gaji hakim dan pendakwaraya sebab nak pastikan pesalah rasuah (dan siapa juga yang langgar undang-undang) dibicarakan dan dihukum kalau didapati bersalah.

Takkan nak biarkan saja orang yang langgar undang-undang lepas bebas di negara ini?  Hanya sebab namanya Guan Eng, tak bermaksud dia bebas dari undang-undang dan apa tindakan ke atasnya dianggap sebagai satu rancangan?

Sunday, July 24, 2016

Di Kala Jabatan Kehakiman AS Sibuk Memburukkan Malaysia, Mukhriz Sibuk Menambahkan Kekayaan & Kepentingannya Dalam OPCOM Holding Berhad!



1. Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%.


2. Betullah kata orang walaupun Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik TM semasa Mahathir PM lagi tak mungkin menjadi miskin.

3.  Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz  menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani.

Friday, July 22, 2016

1MDB: Ingat, Mahathir Pernah Bersetuju Campur Tangan Asing Untuk Jatuhkan Najib


Menteri Komunikasi Salleh Keruak semalam membayangkan bahawa kes saman sivil di Amerika Syarikat terhadap 4 individu kerana dakwaan menggelapkan wang 1MDB, adalah didalangkan oleh Mahathir.

Ini berdasarkan fakta bagaimana Mahathir menghantar balaci suruhannya seperti Khairudin dan Mathias Chang ke beberapa negara asing untuk memfailkan laporan terhadap 1MDB berkaitan penggubahan wang haram - isu sama yang membawa kepada siasatan di Amerika Syarikat hari ini.

Sebagai tindak balas, keyboard warrior dedakan Mahathir, menafikan sepenuhnya bahawa Mahathir terlibat dan dia adalah seorang patriotik yang tidak membenarkan sebarang campur tangan asing, lebih-lebih lagi dari Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sudah banyak kali menipu dunia, paling besar apabila menuduh Saddam ada simpan WMD tapi sehingga sudah, taik atom pun tak jumpa di Iraq nun.

Tapi lupakakah kita bahawa April lepas ketika diwawancara wartawan Australia, Mahathir secara terbuka mengalu-ngalukan campur tangan asing dalam negara.  Kata Mahathir, "kebiasannya saya tidak suka campur tangan asing tapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah tertutup sepenuh (dan kerana itu campur tangan asing adalah wajar).

Wednesday, July 20, 2016

Hina Betul Mukhriz, Parti Bapak Dia Sendiri Tubuh Pun Layak Jadi Naib Presiden Saja


Mengikut senarai ahli majlis tertinggi parti baru yang Mahathir bakal tubuhkan, seperti tersebar Sabtu lepas, Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai salah seorang dari Naib Presiden parti tersebut.  Sementara Muhyiddin dilantik sebagai Presidennya.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, masih tidak ada sebarang penafian dari Mukhriz mahupun Muhyiddin, sehingga itu berlaku, anggap betul sajalah senarai tu.

Nampak sangat Muhkriz ni tak berguna, sehingga dalam parti yang bapak dia sendiri tubuhkan pun, dia hanya diletak sebagai Naib Presiden, Timbalan Presiden pun bukan. 

Sememangmya kita tahu Mukhriz ni kalau bukan sebab bapaknya, dia jadi tukang sapu pun tak layak.  Masa dalam UMNO, bertanding Ketua Pemuda (kalah) guna pengaruh bapak, bertanding Naib Presiden (kalah) guna pengaruh bapak.  

Penang Dah Nak Pilihanraya, Parti Mahathir Apa Khabar Berita?


Sejak diumumkan beberapa minggu yang lepas, masih tidak ada perkhabaran mengenai parti baru yang nak didaftarkan Mahathir.  Nama parti dah berkajang-kajang disenaraikan orang tapi partinya masih tidak nampak bayang.

Masalah nak memilih agaknya, maklumlah kan, banyak sangat.

Tapi rasanya elok dipercepatkan sebab hampir menjadi kenyataan tak lama lagi ni ialah pilihanraya negeri di Pulau Pinang - yang bakal diadakan gara-gara Lim Guan Eng di dakwa di Mahkamah kerana rasuah.

Masa inilah parti baru Mahathir nak tunjuk taring.  Kata banyak sangat sokongan sebab fan page kat Facebook ada berjuta likers, sana sini buat program berpusu orang datang dengar.  Jadi apa lagi, tubuhlah parti baru itu cepat-cepat dan bertanding di Pulau Pinang.

Kalau lambat sangat prosesnya, ambil alih saja mana-mana parti politik sedia ada yang tidak begitu berfungsi.  Parti macam KITA atau Parti Cinta Malaysia conothnya.  Tak pun di Sabah Sarawak ada banyak juga parti yang dorman, didaftarkan tapi tidak begitu aktif.

Tukar nama yang sesuai dan boleh masuk bertanding.

Friday, July 15, 2016

Cadangan Nama Parti Baru Mahathir


Dalam keadaan yang boleh ditafsirkan sama seperti rumah kata pergi, kubur kata mari, Mahathir rupanya masih bernafsu untuk terus kekal relevan dalam politik Malaysia dengan menubuhhkan sebuah parti baru.

Mahathir mahu mencari nama parti dan hendaklah kita beramai-ramai mendermakan idea untuk nama parti baru itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.  Biasalah, Mahathir kedekut.

Berikut adalah nama-nama yang dicadangkan:-

Thursday, July 14, 2016

Kesian Mukhriz, Macam Melukut Ditepi Gantang


Setakat artikel ini ditulis, dikalangan beberapa ahli UMNO yang telah dipecat seperti Mahathir, Muhyiddin dan Shafie Afdal, semuanya telah mendapat tawaran yang cukup bernilai dari pakatan pembangkang.

Mahathir saja setakat ini sudah dianggap sebagai de facto leader oleh media pembangkang, Muhyiddin pula ditawarkan untuk menjadi Ketua Pembangkang dan Shafie pada bila-bila masa dari sekarang khabarnya akan ditawar untuk menhetuai blok politik yang baru di Sabah.

Yang belum menerima apa-apa tawaran setakat ini hanya Mukhriz Mahathir.

Apalah malang nasib Mukhriz agaknya, tidak ada siapa yang tampil menawarkan apa-apa kedudukan yang sesuai untuknya selain dari menjadi ahli biasa.

Tuesday, July 12, 2016

Muhyiddin Sesuai Jadi Burung Kakak Tua, Bukan Manusia


Ketika mula berpakat dengan Mahathir untuk menyerang Datuk Sri Najib Tun Razak termasuk mendesak beliau untuk berundur, sehinggalah dipecat, isu surat Bank Negara kepada PAC berhubung 1MDB ini, tidak pernah ditimbulkan Muhyiddin.

Lagipun apa isunya Muhyiddin lawan Najib mula-mula dulu?  Konon ada penyelewengan dilakukan Perdana Menteri dalam isu 1MDB, apa surat dari Bank Negara itu tidak timbul.

Sekarang PAC (bi-partisan) sendiri sudah mendapati Najib tidak bersalah mahupun terlibat dengan sebarang salah laku dalam 1MDB, itu yang pentingnya.  Soal surat dan sebagainya ni, apa kena mengena pulak?

Macam main bolalah, yang penting berapa score goal, bukan sama ada budak kutip bola menjalankan tugasnya dengan betul atau tidak!!

Monday, July 11, 2016

Dah 91 Pun Masih Sibuk Hal Bila 'Jadi', Patut Bimbang Berapa 'Baki


Semalam Mahathir genap usianya 91 tahun - sebahagian besarnya (menurut pandangan ramai orang), dihabiskan dengan cara yang sia-sia.  Sama macam bulan Ramadhan yang baru lepas, peluang patut isi dengan amal, Mahathir isi penuh dengan fitnah dan adu domba.

Jatuh orang, hina orang, habiskan duit rakyat dan macam-macam dakyah lagi yang orang cakap dilakukan Mahathir sepanjang 91 tahun hidup (22 tahun sebagai PM).  Malah peristiwa Memali dimana 14 orang kampung mati pada 1986 itupun itupun, pernah dikaitkan dengan Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab sebab arahan untuk menyerang dikatakan datang dari dia.

Nak kata salah tak boleh pasal tak satu pun dari yang bercakap tu Mahathir pernah saman, kira betullah tu, kalau saman tu bolehlah cakap Mahathir betul.

Apa pun yang menjadi kehairanan kepada penulis ialah bila melihat Mahathir masih teruja untuk menyambut ulang tahun jadinya dia 91 tahun dulu seperti dalam laporan beberapa akhbar.

Shafie Fikir Semporna Dia Tu Besar Malaysia Ke?


Pengaruh, itu yang penulis maksudkan pada tajuk di atas, bukan pasal saiz kawasan Semporna banding dengan Malaysia.

Ini merujuk kepada amaran bekas ahli UMNO, Shafie Apdal kepada rakyat agar berhenti mengkritiknya kerana PRU14 sudah dekat.  Apa barang mau warning-warning sama orang, besar sangat ke kau?

Nak lawan pengaruh Musa Aman di Sabah pun tak lepas sampai terpaksa keluar dari UMNO, lagi mau warning-warning rakyat.  Malaysia adalah negara demokrasi, selagi tak langgar undang-undang, apa takut pulak nak bercakap?

Apa pun mintak Shafie jaga diri sendiri dan apa skandal yang patut-patut tu, usah risau pasal UMNO lah, bukan masalah lu lagi.  Keputusan keluar UMNO, bukan dipecat, kalau dipecat tu mungkinlah ada 'pasal' jugak nak merapu.

Thursday, July 7, 2016

Ramadhan Yang Sia-Sia Untuk Mahathir


Dikalangan orang Islam, ramai yang bimbang tidak sempat berjumpa dengan Ramadhan.  Bulan suci dan penuh keberkatan disamping istimewanya malam Lailatulkadar, menyumbang kepada keadaan itu.

Tapi agak malang bagi Mahathir, situa yang sudah 91 kali bertemu Ramadhan.  Masih dapat kesempatan pada usia yang agak jarang ini, Mahathir tidak menggunakan kelebihan itu malah mensia-siakannya dengan dosa terutama sekali yang berkaitan adu domba dan fitnah.

Inilah yang kita lihat aktviti Mahathir sepanjang Ramadhan.  Pantang jumpa mikrofon atau soalan wartawan, tidak ada apa yang baik keluar dari mulutnya, semua tentang penipuan, fitnah dan dendam tak berkesudahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kebetulan ada pulak 2 kempen pilihanraya kecil sepanjang Ramadhan yang lepas.  Dari menggunakan masa untuk menambah amal, Mahathir mensia-siakannya dengan membuat dosa.  Buat tuduhan saja, buktinya tidak ada.

Menang besar pulak lagi BN dalam kedua-dua kempen itu, bertentangan dengan kehendak Mahathir yang mahu BN kalah, menambahkan lagi kegilaan tua kutuk ini menyerang Najib.  Hajat tak sampai, yang dikatakan referendum menolak Najib itu rupanya jadi kejayaan yang gemilang buat beliau.

Seolah macam orang tidak ada agama atau sememangnya Mahathir bertuhankan fahaman Machiavelli seperti yang biasa orang kata.  Ucapan hari raya pun macam itu, habis semua rakyat dituduhnya makan rasuah.

Tuesday, July 5, 2016

Muhyiddin, Jangan Cakap Banyak, Saman JMM Kalau Tak Betul


Bagi seorang yang percaya dengan konsep kalau saman tak salah, tak saman, salah, agak pelik kenapa Muhyiddin banyak cakap dalam hal dia tidak hadir dalam program Nothing To Hide 2.0 yang dianjurkan sebuah NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Konon JMM dan Presidennya, Azwanddin Hamzah ni menipu, tak pernah jumpa dia pun, anjur program tanpa pengetahuan dia dan sengaja nak cemarkan maruahnya (sejak bila boneka Mahathir macam dia ada maruah?)

Eh, banyak cakap pulak, saman sajalah, susah apa?  Dia kata Azwan tipu, Azwan kata Muhyiddin tipu, apa lagi jalan paling baik kalau bukan saman?

Ini apa pun tak saman cakap saja banyak.  Suami orang tuduh Muhyiddin berhubungan dengan isterinya dalam akuan bersumpah, tak saman, anjur program untuk cemarkan maruahnya pun masih tak saman lagi.

Tapi jangan Najib kang.

Monday, July 4, 2016

Yang Terang Rasuah Taknak Pulak Mahathir Desak Berhenti


Untuk menjustifikasikan tindakannya  menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM 2.6 billion, Mahathir menjadikan alasan pemimpin yang terbabit rasuah tidak wajar menjadi Perdana Menteri.

Ini soal prinsip katanya, bukan peribadi.

Begitu juga ketika keluar dari UMNO, pun alasannya kerana Mahathir tidak mahu berada dalam parti yang dipimpin seorang 'perasuah' seperti Najib.

Walhal setelah siasatan dijalankan, tidak ada bukti sama sekali yang menunjukkan Najib ini terlibat dengan rasuah atau penyelewengan tapi bukan Mahathir peduli, dia percaya apa yang dia nak percaya saja.

Sebaliknya Mahathir mengadakan kerjasama dengan parti seperti DAP dan orang seperti Guan Eng yang pada pandangannya tidak rasuah dan bersih segala segi.  

Tapi sekarang, bila Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah kerana dakwaan rasuah dan seluruh parti DAP itu sendiri mempertahankan tertuduh rasuah ini dengan tidak berbelah bahagi, apa pulak pandangan Mahathir?

Friday, July 1, 2016

Perasaan Rosmah Hasmah Ada Fikir Tak?


Sedih dan terasa - itulah lebih kurang maksud rungutan bini Mahathir, Hasmah akan kononnya kecaman dan penghinaan yang didakwa dilemparkan Perdana Menteri Najib kepada suaminya.

Yang makan dedak dengan Mahathir inipun, sekalilah terlolong-lolong kesedihan, maklum sajalah, dewa pujaan kena kecam.

Bagaimanapun jangan sesiapa terpedaya, ini Mahathir guna bininya untuk raih simpati dari rakyat, seolah-olah semua ini Najib yang pula dan Mahathir hanya jadi mangsa.  Padahal kita semua tahu, Najib jadi mangsa fitnah Mahathir.

Hasmah ni dia macam Wan Azizah juga, setia buta tuli kepada suami masing-masing.  Padahal yang satu tu meliwat dubur anak jantan orang, yang satu lagi ni merata fitnah Najib hilangkan wang negara.

Kita boleh faham bila Hasmah membela suaminya, itu memang tugas seorang isteri, walaupun sebenarnya Mahathir memfitnah Najib.  Wan Azizah pun sama hal lah ni.