Wednesday, November 29, 2017

Diktator Mana Reti Buat Kerja Ikut Peraturan Ni, Apa Cakap Dia Saja


Kegagalan parti cap bunga Mahathir mengadakan mesyuarat cawangan sehingga kini sekadar mengesahkan bahawa Mahathir adalah seorang diktator.  Mahathir cuba nak lembutkan gelaran diktator ni dengan mengataan dia diktator yang resign tapi memang dia diktator yang sebenarnya.

Diktator mana tahu buat kerja ikut peraturan ni, ikut apa cakap dia saja, semua pun boleh langgar.

Tapi masa jadi Perdana Menteri dulu bolehlah, dah takda apa jawatan ni, kenalah ikut peraturan macam orang lan.  Tak hairan Mahathir guna pendekatan jumpa Menteri untuk menunjukkan seolah dia masih lagi berpengaruh.  

Nanti senanglah tunjuk pada RoS, aku dah jumpa Menteri, kau kena ikut cakap aku.  Nasib baik Menteri tak peduli, terpaksa Mahathir adakan juga mesyuarat cawangan sebelum adakan mesyuarat agung seperti mana yang tercatat dalam perlembagaan partinya sendiri.

Monday, November 27, 2017

Senyap Mahathir Bila Hasmah Dedah Aibnya


Sejak tersebar pengakuan Hasmah yang dia tak bertudung selama ini atas arahan Mahathir, orang tua tu tersenyap lama nampaknya.  Sudahlah bila jumpa orang muda asyik kena soal pasal kisah lama dia (Ops Lalang, skandal Forex, Anwar berjubor dan sebagainya), datang bini sendiri, bagi bola tanggung pulak.

Lama Hasmah jadi Penaung BAM dulu, bola tanggung pun tak faham apa maksud ke?

Tapi apa pun, Mahathir macam terkedu la kejap.  Tak berani agaknya dia untuk berjumpa dan mengadakan sesi soal jawab dengan rakyat lagi dah, takut kena tanya dengan soalan ini pulak.

Soalan pasal kelemahan pentadbiran dia dulu pun banyak tak mampu dijawab, masuk pulak cerita baru macam ini, lagilah kacau jadinya.  Sat lagi jawab ya, nampak dia buruk, jawab tak, nampak Hasmah buruk, mana-mana pun kenalah senang kata.

Friday, November 24, 2017

Jangan Silap, Ops Lalang Bukan Masalah BN Tapi Masalah Mahathir


Semua perjumpaan Mahathir dengan golongan muda di negara ini, dipenuhi dengan soalan-soalan mengenai kegagalan dia sewaktu menjadi Perdana Menteri dulu.  Ops Lalang, Tragedi Memali, Skandal Forex dan sebagainya.

Mahathir nampak kecewa dengan perkara ini sehingga dia meluahkannya kepada sebuah portal pro Pakatan.  Mahathir mengakui orang muda tidak berminat dengan semua fitnah yang dia menjadi tulang belakangnya seperti 1MDB dan sebagainya.

Soal 1MDB ini, semakin banyak dicakap, semakin jelas ia adalah masalah bisnes yang biasa, bukan skandal atau apa yang Mahathir mahu rakyat melihatnya mengikut pemahaman dia.

Wednesday, November 22, 2017

Gagal Buat Mesyuarat, Mungkin Mahathir Terasa Masih Presiden UMNO


Agak pelik bila Mahathir mendakwa Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menjalankan kerjanya dengan memaklumkan partinya mengenai apa yang perlu dibuat bagi mengelakkan pendaftaran dibatalkan.

Bekas Presiden UMNO yang mengendalikan lebih dari 22 kali mesyuarat agung UMNO sepanjang kariernya sebelum masuk Pakatan (sokong DAP), tapi boleh tak tahu parti politik kena ada mesyuarat setiap tahu sampai nak kena diberitahu oleh RoS pulak?  Dimana logiknya tu?

Takkan itupun nak tunggu RoS bagitau, benda rutin kot.  Setahun sekali memang kena buat mesyuarat setiap parti politik, apasal nak kena bagitau pulak?  Parti politik lain takde masalah apa pun.

Monday, November 20, 2017

Jumpa Zahid Hari Ini, Tanyakan Sekali Soal 'Kutty'


Sejak asal keturunan Kuttynya dibangkitkan, entah kenapa Mahathir menyasarkan Datuk Sri Najib Tun Razak untuk diserang balas, sekalipun yang mula-mula sekali membangkitkan perkara tersebut ialah Datuk Sri Zahid Hamidi.

Orang dapat melihat bagaimana sejak isu Kutty ini berbangkit, Mahathir mula menyerang arwah Tun Razak dalam banyak kenyataannya, seolah-olah balas dendam kerana Najib yang menerbitkan perkara tersebut.  Padahalnya bukan.

Justeru, pada perjumpaan dengan Zahid hari ini bagi membincangkan isu PPBM tidak mengadakan AGM sehingga berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan, harap Mahathir boleh membangkitkan isu Kutty ini dengan orang yang memulakannya.

Friday, November 17, 2017

Najib Jumpa Anwar, Mahathir Semakin Dilupakan


Datuk Sri Najib Tun Razak telah terlibat dalam politik selama lebih 40 tahun, bukan satu jangka masa yang singkat tu.  Walaupun terjebaknya beliau dalam politik ini secara bidan terjun, menggantikan arwah bapanya, Tun Razak yang meninggal dunia, tapi selepas 40 tahun, beliau adaah seorang 'master'.

Jangan main-main dengan Najib, Mahathir pun gagal menjatuhkan beliau.

Maka itu bila Najib melawat Anwar di hospital hari ini, banyak pihak terutama yang berkaitan pembangkang, mula melompat.  Masing-masing cuba menafsir maksud di sebalik lawatan tersebut kerana Mahathir sendiri pun tak datang jumpa Anwar di hospital.

Wednesday, November 15, 2017

Mahathir Sibuk Burukkan Najib, Parti Sendiri Berterabur Sehingga Nak Diharamkan


Parti PPBM yang Mahathir tubuhkan, berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan berikutan tidak mengadakan mesyuarat tahunan selepas setahun ditubuhkan.  Buat mesyuarat lepas setahun ni perkara asas kot, itu pun Mahathir boleh terlepas ke?

Selain itu, ada juga isu sayap parti Armada dan Srikandi yang tidak disebut langsung dalam perlembagaan parti tapi nama itu digunakan sewenang-wenangnya seolah sayap rasmi.

Mahathir sendiri mengakui pengurusan parti itu berterabur dengan banyak cawangan dan bahagian tidak mengadakan mesyuarat seperti mana sepatutnya.  Mahathir terlalu sibuk memfitnah Najib sana sini sehingga perkara berkaitan pengurusan parti baru setahun jagung itu, diabaikan.

Monday, November 13, 2017

Umum Malaysia Negara Islam, Cucu Sendiri Peluk Anjing


Rakyat mempertikaikan sejauh mana Mahathir dan keluarganya beramal dengan ajaran Islam setelah gambar-gambar cucunya tidur bersama anjing dan berposing di tepi botol arak, tersebar di media sosial.

Cakap orang bukan main, keluarga terdekat sendiri tak serupa orang beriman.

Tapi dari banyak sumber mengesahkan, Mahathir bukanlah beragama mana sangat pun melainkan ada untung politik kepada dia, atau tak jadi macam ini keluarganya.

Sekalipun Mahathir adalah orang yang mengumumkan negara ini sebagai sebuah negara Islam pada tahun 2000, itu sebab ada kepentingan politik kerana ketika itu Mahathir sedang hebat diasak PAS yang nyaris mengalahkannya dalam PRU 1999.

Friday, November 10, 2017

Hidup Mahathir Senang Ditanggung Kerajaan, Anak Semua Jutawan - Melawat Mangsa Banjir Bawa Telur Saja?


Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan tidak ada kemudahan Mahathir yang ditarik balik.  Dah bersara pun, kerajaan (sebut rakyat) masih lagi menanggung kos kehidupannya, dari rumah, pejabat (Yayasan Kepimpinan Perdana - YPK), sehingga 21 kakitangan sepenuh masa.

Termasuklah bodyguard apa segala yang Mahathir dakwa ditarik balik darinya.  Konon disayangi rakyat tapi masih perlukan bodyguard yang kerajaan Najib bayarkan.  Nampak sangat banyak cipta musuh, dah tua-tua pun masih takut mati lagi.

Anak-anak Mahathir semua jutawan tapi biarkan hidup bapaknya ditanggung kerajaan.  Apa punya hina keturunan kutty ni pun kita tak tahu.  Silap-silap beli seluar dalam pun claim kerajaan.

Wednesday, November 8, 2017

#BugisLanun: Mahathir Nak Cetus Krisis Antarabangsa Ke?


Ketika Timbalan Perdana Meteri, Datuk Sri Zahid Hamidi mula menyampaikan rasa tidak puas hati Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla atas kenyataan Mahathir yang menghinakan orang Bugis sebagai lanun, ramai tidak mengambil berat perkara tersebut.

Maklumlah, ia hanya kenyataan Jusof kepada Zahid, tidak ada rasmi dimana-mana.

Tapi setelah media Indonesia sendiri mengulangi kenyataan yang sama, banyak pihak mula buka mata dan memikirkan kesannya ke atas Malaysia.  Ini adalah Naib Presiden Indonesia yang marah ni, bukan calang-calang orang.

Sebagai negara berjiran, sudah tentu Malaysia dan Indonesia saling memerlukan antara satu sama lain, kalau tidak pun memang kita perlu berbaik dengan jiran kita.  Datang orang macam Mahathir, mencetuskan rasa tidak puas hati pulak antara negara tetangga.

Monday, November 6, 2017

Banding Mahathir Maki, Apalah Sangat Kepala Bapak Tu?


Penyokong Pakatan dan Bersatu sangat terkesan bila Datuk Sri Najib Tun Razak memaki penipu yang mendakwa beliau menjual negara kepada China dengan panggilan "kepala bapak kau".  Mungkin kumpulan beruk ini terasa kepala bapak Mahathir yang dimaksudkan YAB, itu yang angin satu badan tu ya.

Hakikat bahawa YAB Perdana Menteri meminta maaf selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, tidak dipedulikan oleh macai Pakatan yang jarang guna otak ini.  YAB adalah juga manusia biasa dan ini perlu diterima oleh semua macai Pakatan.

Tapi bandingkan segala kata kesat yang pernah dikeluarkan Mahathir, ungkapan kepala bapak kau oleh Perdana Menteri ni, nampak kecik sangat.  Minta maaf pulak lagi lepas tu, lagilah "tak bermakna" makiannya.

YAB adalah orang yang dididik dengan baik, akhlaknya menghampiri sempurna maka tak hairan minta maaf.

Friday, November 3, 2017

Masa "Melayu Mudah Lupa", Mahathir Bersajak Juga Tapi Apa Pun Tak Ada


Setelah beberapa hari sajak Mahathir "Akukan Pergi" dihasilkan, tidak banyak impak yang boleh dilihat di kalangan rakyat, nampak tak siapa peduli.  Sebaliknya di laman Facebook terutamanya, sajak itu ditroll netizen yang akhirnya ke ke muka Mahathir semula.

Mahathir kalau nak tunjuk sedih dan cari simpati, memang biasa menggunakan sajak.  Dulu masa nak tutup kegagalan menaikkan ekuiti bumiputera kepada 30% diakhir 22 tahun pemerintahannya, dia bersajak juga, tajuknya "Melayu Mudah Lupa".

Tapi siapa yang sebenarnya mudah lupa, bukan kita, tapi Mahathir.  Siapa yang hina Melayu seperti disebut dalam sajak itu, Mahathir, bukan kita.

Wednesday, November 1, 2017

Gula-Gula: Takkan Buat Bajet Nak Bagi Tahi Pada Rakyat Pulak?


Mahathir terkesan dengan kemampuan Datuk Sri Najib Tun Razak melaksanakan banyak perkara yang disifatkan sebagai mustahil pada zamannya - seperti menghapuskan tol.

Rizab dan pendapatan negara yang semakin bertambah juga menambahkan lagi kegusaran Mahathir.  Jelas Najib 100 kali lebih bijak darinya dalam hal menguruskan ekonomi tanpa perlu mencipta sistem kroni.

Maka itu Mahathir berkata bajet 2018 ialah bajet gula-gula.  Apa yang dimaksudkan dengan itu?  Takkan nak buat bajet bagi najis pada rakyat pulak.  Zaman Mahathir, apa buat bajet bagi najis pada rakyat ke?