Friday, January 30, 2015

Bagaimana Perodua Boleh Maju Tanpa Mahathir?


Menurut seorang pemerhati politik yang enggan namanya dikenali, beliau berpendapat punca sebenar kenapa Tun Mahathir menyerang keputusan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan 1MDB, adalah kerana Proton.

Proton, projek kereta nasional yang dimulakan dibawah pentadbiran Mahathir dulu dan menjadi kebanggaannya sehingga sekarang, dikatakan menghadapi masalah kewangan dan memerlukan suntingan dana dari kerajaan sebanyak RM 1.5 billion, menurut pemerhati berkenaan

Dikatakan, kerajaan dibawah pimpinan Najib enggan membantu Proton sebab tak adil kepada syarikat-syarikat swasta lain yang setaraf Proton, nanti kalau mereka juga minta duit dari kerajaan, apa tinggal untuk rakyat? 

Tapi kerana dibawah pentadbiran Mahathir dulu Proton sentiasa berada dibawah perlindungan kerajaan, Mahathir tidak berpuas hati kerana beliau tahu kerajaan boleh membantu Proton kalau mahu.  

Thursday, January 29, 2015

Kalau Audit Luar Baik, Kewangan 1MDB Tak Patut Dipersoal


Cadangan seorang bekas Perdana Menteri nak membawa pihak ketiga (firma audit luar) untuk mengaudit akaun kerajaan ini, kononnya nak meningkatkan ketelusan, dari satu sudut memang baik, tapi dari satu sudut lain, tapi dari banyak sudut yang lain, banyak lagi tak baik.

Ia boleh menjurus kepada pendedahan maklumat perbelanjaan kerajaan kepada pihak luar, yang kemudiannya boleh dijadikan isu untuk menghentam kerajaan semula.

Adalah sebab kenapa sejak dari merdeka, kerajaan ini tidak membuka perincian kewangannya kepada pihak ketiga kerana perbelanjaan kerajaan tak sama macam perbelanjaan individu atau syarikat.

Termasuk ketika bekas Perdana Menteri berkenaan masih berkhidmat lagipun.  Nak kata sepanjang 22 tahun dia memerintah negara ini miskin, tak juga. Dekad 90-an (sebelum krisis ekonomi 1997), negara kita mewah, KDNK lebih 8% beberapa tahun berturut-turut.

Wednesday, January 28, 2015

Campur Tangan Daim, Setakat Mana Rakyat Bersetuju?


Banyak diperkatakan orang tentang 'teguran' bekas-bekas pemimpin negara seperti Daim terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.  Yang jadi persoalan sekarang, kenapa ia dipanggil 'teguran', bukan campur tangan?

Teguran bermaksud, yang kena tegur ada hak menerima teguran itu atau tidak, tapi campur tangan, kalau tak ikut, siaplah kena kritik memanjang, dan inilah yang terjadi sekarang.

Bila permintaan Daim banyak tak dipenuhi Perdana Menteri, maka dia menubuhkan kumpulan penulis upahan (BUTUD) untuk menyerang pentadbiran Najib.  Jumlahnya tak ramai, Kadir Jasin, Gunalan, Syed Akhbar Ali dan sesekali Zam Maidin tapi bila dibantu akhbar batu api, Sinar Harian, nampaklah macam besar.

Nak bagi panas keadaan, nama Tun Mahathir dibabitkan sekali, sedangkan Najib tidak ada masalah langsung dengan Mahathir atau Mukhriz dah kena buang dari jadi Menteri Besar Kedah.  Najib pun tak ada masalah dengan Daim, tapi Daim sahaja yang cari masalah dengan Najib kerana kepentingan perniagaannya terjejas.

Tuesday, January 27, 2015

Kenyataan Shahidan Atau Rumusan Editorial Sinar Harian?



Tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim bila beliau dipetik sebagai meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir berdamai.

Persoalannya, bila mereka berdua bergaduh?

Tambah tidak faham bila baca keseluruhan artikel dibawah, tak satu pun yang membawa maksud Shahidan berkata Najib dan Mahathir bergaduh.

Jadi siapa yang sebenarnya nak rakyat nampak seakan Najib dan Mahathir bergaduh, Shahidan atau Sinar Harian?

Kalau tak faham isu, lebih baik jangan jadi pelaga.  Nak untung jual suratkhabar pun bukan dengan cara macam itu, melagakan orang.

Apakah bila Daim menubuhkan pasukan kecil untuk menyerang karekter Najib, itu dimaksudkan sebagai Mahathir turut terlibat sama bergaduh dengan Najib?

Kisah Dongeng Penting Untuk Ganti Apa Yang Nik Aziz Tak Ada


Pelbagai cerita dongeng disebarkan mengenai kejadian luarbiasa yang berlaku ke atas Nik Aziz semasa sakit sekarang, sekadar menunjukkan bahawa sepanjang masa ini, Nik Aziz ada lebih ramai pentaksub dari orang yang betul admire dengan kerjanya ketika menjadi Menteri Besar Kelantan dulu dan Mursyidul Am PAS sekarang.

Lumrah bila bercakap tentang pencapaian seorang Menteri Besar, kita tak kata berapa kali dan dalam keadaan apa dia sembahyang, tapi sumbangannya kepada pembangunan negeri dan yang berkaitan selama berkuasa.

Bukan kata sembahyang tak penting, penting, tapi dalam konteks seorang Menteri Besar kita cerita ni, bukan nak cari calon menantu.

Tapi dalam itu pun, penulis kagum dengan pentaksub Nik Aziz yang bersungguh percaya walaupun 'asas' kepada kepercayaan itu nampak terlalu longgar - hanya audio bunyi orang bercakap sahaja.

Sekali imbas, perbandingan ini mungkin nampak tak berkaitan tapi bandingkan satu kes dimana seorang pemuda mendakwa diliwat oleh Anwar, DNA dijumpai 4cm dalam salur rektum pemuda berkenaan dan sebagainya tapi tidak ada dikalangan macai yang nak percaya dan kata itu fitnah.

Ditanya, dia kata benda tak nampak, maka itu tak boleh percaya.

Sebaliknya bila seorang sepupu Nik Aziz keluar rakaman audio dalam Youtube, mendakwa tentang segala 'keluarbiasaan' yang kononnya berlaku kepada Nik Aziz, para pentaksubnya menerima dakwaan itu tanpa ada dakwa dakwi sama sekali.

Monday, January 26, 2015

Apa Pun Keputusan Perbicaraan Anwar Nanti, Tidak Ada Kena Mengena Dengan PM


Penyokong-penyokong puak yang tengah-tengah tu sudah main gendang kata akan ada kompromi dicapai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim agar Anwar dilepaskan dari hukuman penjara untuk menyerang Tun Mahathir dan Tun Daim.

Ini setelah ada ura-ura Anwar akan dibebaskan 10 Februari nanti (bila keputusan disampaikan), entah rujuk dari mana, kita pun tak pasti.

Ura-ura sama pernah disebut-sebut bila Anwar bebas kali pertama tahun 2004 dulu, cuma komprominya pada waktu itu ialah agar Anwar tidak ganggu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sejauh mana benarnya dakwaan itu, kita tidak pasti tapi yang nyata sememangnya Anwar tidak ganggu Abdullah, sehingga dia nak meletakkan jawatan pada tahun 2008 pun, Anwar cadang untuk kemukakan usul percaya terhadap pentadbiran Abdullah di Parlimen.

Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, pembangkang kemuka usul untuk Perdana Menteri dari UMNO/Barisan Nasional kekal dalam jawatannya.

Saturday, January 24, 2015

Demokrasi Hanya Kalau Kritik Najib, Kritik Daim Itu Cerita Lain?


Dalam temuramah dengan China Press seperti di petik Sinar Harian semalam, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin antara lain berkata, Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri, berhak mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ini negara demokrasi.

Betullah tu, kita terima.

Yang anehnya, kenyataan ini keluar dari mulut orang yang baru sahaja ni yang seakan memberi amaran kepada media arus perdana seperti Utusan, NST, TV3 dan Bernama kerana mengkritiknya - termasuk menggunakan orang macam Kadir Jasin untuk menghentam pengkritiknya di media sosial.

Soalannya sekarang, dah mana hilang demokrasi?

Apakah kalau kritik Najib sahaja demokrasi, tapi kalau kritik Daim itu tak demokrasi?  Ini falsafah politik mana, ke falsampah?

Kenapa penulis lihat perkara ini sama bodoh macam bila Najib saman Malaysiakini, itu dikatakan menyekat kebebasan media tapi bila Anwar saman Utusan, itu dikatakan hak dia disisi undang-undang untuk saman sesiapa saja yang dia mahu.

Dalam bahasa slangnyanya, "lu buat salah, gua buat ok".  Rendah macam itu ke taraf Daim?

Thursday, January 22, 2015

1MDB: Blogger Upahan Daim Tak Terfikir Pasal IPO?


Sebelum sesiapa alih perhatian, penulis suka nak sebutkan disini bahawa kumpulan blogger upahan yang diwujudkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin (BUTUD) untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempolitikkan isu 1MDB ini kerana dakwaan syarikat ini bakal membankrapkan negara akibat hutang yang besar.

Hutang besar dia sebut, aset lagi besar dari hutang, dia tak sebut.

Semalam Perdana Menteri dalam rancangan soal jawab di TV3 dah sebutkan bahawa 1MDB akan menerbitkan tawaran saham permulaan (IPO) berjumlah USD$12 billion untuk mengurangkan hutang syarikat tersebut.  

Kalau ikut kadar tukaran  sekarang yang bersamaan RM 3.62 untuk 1 dollar, ia berjumlah lebih RM 43billion!!  Hutang 1MDB keseluruhannya hanya berjumlah RM 41 billion.  Silap-silap bukan mengurangkan hutang, tapi menghapuskan terus hutang.

Tuesday, January 20, 2015

Biar Sejarah Membuktikan Keputusan Najib Hari Ini Betul Atau Salah



RAKYAT perlu menerima hakikat bahawa tak semua keputusan kerajaan dibuat pada hari ini, boleh diterima oleh semua.  Kadang-kadang ada keputusan yang pada masa ia dibuat, dikritik hebat tapi diakhirnya, ia terbukti menguntungkan rakyat.

Penulis dah lihat banyak kes macam ini, antaranya membabitkan Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Putrajaya dan sebagainya.  Semua keputusan ini, pada  ketika ia mula dibuat dulu, mendapat kritikan hebat, membazirlah, itulah, inilah, tapi hari ini, cuba habaq mai siapa yang berani bangkang lagi semua projek yang di atas?

Cakap pasal Putrajaya, dulu siap nak dilelong kalau pembangkang menang, hari ini, dah dia berebut pulak siapa yang patut rampas Putrajaya dan sebagainya.

Samalah keadaannya dengan banyak keputusan dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, rakyat perlu menerima keputusan yang dibuat itu dengan baik kerana percayalah beliau tahu apa yang dilakukannya.

Beza Dengan Paklah, Serangan Ke Atas Najib Bermotifkan Perniagaan


Tak tahulah kat mana silap, tapi ada pihak menyamakan serangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan serangan untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Paklah) dahulu.

Dengan apa dan bagaimana 2 serangan itu boleh dikatakan sama pun penulis tidak tahu.

Kes Paklah berbeza, Waktu itu beliau memang betul-betul hilang fokus dan buktinya, dari menang lebih 90% kerusi parlimen pada tahun 2004, kepada hilang 2/3 majoriti di Dewan Rakyat buat kali pertama sejak 1969, termasuk terlepas 4 negeri (tak masuk Kelantan) kepada pembangkang

Jika dibiarkan Paklah menjadi Perdana Menteri lagi, BN boleh hilang kuasa dalam PRU13 yang lepas dan Anwar akan jadi Perdana Menteri.

Daim Perlu Berhenti Berkonspirasi Menjatuhkan Najib Razak

Semua ahli UMNO tertanya-tanya apakah motif TV3 sejak kebelakangan ini menyiarkan pandangan-pandangan pemimpin Pakatan Rakyat dan Pas yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Kita yang di luar ruang lingkup politik atasan tentulah tidak mengetahui apakah makna atau masalah kedua-dua pemimpin besar negara ini. Cuma apabila TV3 yang diketahui mesra kerajaan mula menyiarkan kenyataan-kenyataan sedemikian tentulah ia disebabkan konflik yang serius.

Mohd Najib Razak dianggap oleh banyak pemerhati politik sebagai pemimpin yang paling kurang daya juang, menggunakan politik lemah lembut dan jarang sekali memilih pertandingan atau pertikaian secara terbuka sesama dalam parti.

Sepanjang ranjau politik beliau Mohd Najib menyusur akar tanpa menganiaya rakan-rakan politik beliau secara semberono. Ketika pergaduhan Abdullah Ahmad Badawi dan Mahathir Mohamad pun, Najib Razak mengambil jalan tengah membiarkan kedua-duanya menyelesaikan pertikaian antara mereka.

Apabila didesak untuk menentang Abdullah dalam Pemilihan UMNO beliau tetap menolak walaupun sudah pasti menang selesa. Beliau mahu peralihan kuasa dijalankan secara harmoni dan dalam persaudaraan UMNO. Beliau hanya mengumumkan untuk bertanding Presiden UMNO apabila Abdullah mengumumkan persaraannya.

Monday, January 19, 2015

Saiful Bukhari Naif Politik Atau Alat Daim Zainuddin?

Tindakan mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Mohd Azlan mendedahkan mesej Ketua Pengarang TV3 kepada wartawan TV3, yang juga isterinya,, Nik Suryani Megat Deraman  adalah tidak profesional.

Malah tulisan Saiful Bukhari yang membuat komentar mengherdik pengurusan media massa mesra kerajaan menimbulkan tanda tanya apa motif sebenar Saiful Bukhari?

Daim Bukan Lembu Suci


Penulis tidak pasti sama ada wujud atau tidak gerakan untuk menjatuhkan imej Daim menggunakan media arus perdana seperti yang di dakwa beberapa pihak sebelum ini.

Tapi kalau gerakan itu wujud sekalipun, apa yang masalahnya?  Daim boleh wujud gerakan nak jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenapa kumpulan penyokong Najib atau Najib sendiri tak boleh nak adakan gerakan menjatuhkan imej Daim?

Lebih celaka bila Daim menggunakan media sosial pro pembangkang untuk melempiaskan rasa tidak puas hati kerana kononnya diserang media pro kerajaan.  Kenapa dia guna media pro pembangkang boleh, Najib guna media pro kerajaan tak boleh?

Ini logiknya, bukan mengesahkan sama sekali bahawa wujud gerakan oleh pihak Najib untuk menjatuhkan imej Daim.  Daim sama seperti Mahathir, dia percaya apa yang dia nak percaya saja, betul atau tidak belakang kira.

Penulis melihatnya begitu.  

Sunday, January 18, 2015

Bila Bidak Perasan Jeneral


Penulis percaya, Daim ialah teraju utama disebalik gerakan nak menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan mengunakan cara selain dari pilihanraya.  Dalam usaha itu orang-orang macam Kadir Jasin, Syed Akhbar dan lain-lain digunakan.

Ada bayar takde bayar, itu tidak pasti dan bukan persoalan pun, cuma nak disebutkan bahawa gerakan itu, kita sudah tahu siapa dalang di belakang.  Sebelum ini kita kurang pasti, tapi bila Kadir 'sentap' setelah Daim diserang media arus perdana, ia ibarat sudah terang lagi bersuluh.

Tapi itu bukan isunya, isunya sekarang ialah, dengan perkembangan semasa ini, selamat untuk dikatakan bahawa, Daim adalah jeneral yang mencatur gerakan, sementara yang lain-lain itu hanyalah bidak-bidaknya sahaja.

Justeru amat lucu rasanya bila Kadir dalam entry terbaru di blognya menganggap dia setaraf dengan Daim (Jeneral) cuba mencabar Najib.  Bukan nak menghina, tapi semua orang pun tahu Daim pun bukan setaraf dengan Najib dari segi politik, apatah lagi Kadir, lagilah jauh tarafnya.
Kurang-kurang Daim pun, dia pernah rasa jerih perit bertanding dalam pilihanraya, yang Kadir apa pengalaman seumpamanya dia ada?  3 suku hidupnya adalah dari hasil dibayar untuk mempertahankan kerajaan di media arus perdana.

Pandai cakap pasal politik tapi dia sendiri tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya.  Kalau bertanding sebagai calon BN itu mungkin nampak susah, tapi Kadir boleh saja bertanding sebagai calon bebas.  Lagi cantik kalau menentang Najib di Pekan.

Nak tahu juga sejauh mana handalnya, sama taraf atau tidak dengan orang yang dia selalu kondem.  Yang penting orang macam Kadir hanya layak mengulas apa yang dah terjadi, bukan apa yang akan terjadi.

Contohnya, nak bercakap kenapa calon itu menang dan calon ini kalah, Kadir memang terer, bukan nak kata calon ini akan menang atau calon ini akan kalah, itu belum taraf Kadir lagi.  Selera politik rakyat Malaysia bukan senang nak dijangka.

Saturday, January 17, 2015

Dinasti: Tahniah Tun Mahathir Tak Tuju Pada Najib


Kita semua lega bila Tun Mahathir menulis dalam Blog nya, mengesahkan bahawa beliau tidak mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bila menulis tentang dinasti dalam UMNO baru-baru ini.

Lega lah sebab Mahathir akan berada dalam kedudukan paling pelik kalau cuba mengaitkan Najib dalam tulisannya mengenai dinasti itu kerana kita tahu salah seorang anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyambung legasinya dalam politik - ketika beliau masih hidup, walaupun Mukhriz dilantik ketika Mahathir sudah bersara dari politik dan kerajaan.

Najib, seperti yang kita semua tahu hanya menceburkan diri dalam politik setelah ayahanda beliau, Tun Abdul Razak meninggal dunia akibat leukimia pada tahun 1976. Dengan itu tak siapa boleh mendakwa naiknya Najib dalam politik kerana pengaruh bapanya seperti mana yang mungkin orang melihat dalam soal perlantikan Mukhriz.

Betul atau tidak  (pengaruh Mahathir dalam soal perlantikan Mukhriz) bukan isunya di sini,  tapi persepsi umum. Lagipun tidak ada sebab untuk mempersoalkan Mukhriz kerana beliau memang terbukti layak kerana berjaya memimpin BN menawan semula Kedah dari PAS dalam PRU13 yang lalu.

Wednesday, January 14, 2015

Menjawab Kadir Jasin Sambil Lap Hingus Siri 2 - Harga Minyak Dunia & Banjir


Bagi seorang yang tidak mampu menyelesaikan hutang Berita Publishing berjumlah lebih kurang RM 4 juta, agak menarik perhatian kita semua bila Kadir Jasin bercakap tentang soal turun naik harga minyak dunia yang ditentukan oleh pasaran antarabangsa.

Obama pun tidak ada kuasa untuk menentukan berapa harga minyak dunia sepatutnya berada (sekurang-kurangnya secara langsung), inikan pula pemimpin negara kecil Malaysia seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kurang-kurang sejak 2009, kerajaan Malaysia yang Najib terajui sudah mengurangkan kebergantungan pendapatan kerajaan kepada hasil minyak dari 40% kepada sekitar 25 - 20%, sementara Kadir, kita tak tahu apa sumbangannya dalam hal ini.

Tapi cakap macam bagus.

Hujung tahun lepas, kerajaan Najib juga telah membuat pengumuman menghapuskan subsidi minyak berikutan penurunan harga minyak dan bagi budak sekolah menengah pun tahu bahawa penghapusan ini membawa maksud ada lebihan pada wang kerajaan yang dulu diperuntukkan untuk subsidi bahan bakar berkenaan.

Pentadbiran Najib juga akan melihat kembali kemungkinan untuk menstruktur semua bajet 2015 berikutan penurunan harga minyak dan perkara-perkara lain seperti bencana banjir serta penyusutan nilai wang.  

Tuesday, January 13, 2015

Menjawab Kadir Jasin Sambil Lap Hingus Siri 1 - Menyambung Lidah PR


Untuk makluman, ketika Kadir Jasin dapat gaji lumayan sebagai Ketua Pengarang NST dan beberapa jawatan lain lewat 90-an dan awal abad ke-21 dulu, penulis berkhidmat secara percuma mempertahankan kerajaan di Internet yang ketika itu masih baru dan dilihat tidak berpotensi oleh orang-orang macam Kadir Jasin.

Rugi-rugi Berita Publishing yang diserahkan kepada Kadir untuk diuruskan pun, ketika itu ia masih ada business jangka panjang yang lumayan dengan MAS dan beberapa syarikat lain. Senang kata perkhidmatan Kadir mempertahankan kerajaan dulu bukan percuma, ada masyuk jugak.

Jadi jangan ceramah dengan penulis soal perjuangan mempertahankan kerajaan dibayar atau tidak, Kadir pun tak pernah melakukannya secara percuma seperti golongan macam penulis ketika kami bermula dulu.

Walaupun 'hingus' Kadir sudah lama kering dan handal macam mana pun dia kononnya, satu yang pasti, penulis dah teroka dunia penulisan maya yang jadi medium Kadir menghentam kerajaan hari ini, jauh lebih lama dari Kadir.

Oleh yang demikian, sementara penulis 'kalah' kalau perbandingan dalam media cetak dijadikan asas, dalam soal media sosial dan penulisan maya, penulis rasa tak jauh di belakang Kadir - kalau setaraf atau lebih baik tu mungkin nampak keterlaluan.

Saturday, January 10, 2015

Nasib Ketua Pengarang Harakah Berbanding Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin

Sungguhpun Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas, namun hakikatnya PAs akan mencari jalan menyingkirkan beliau dari syarikat akhbar terbabit.

Ahmad Lutfi diminta meletak jawatan tanpa sebarang faedah lain kecuali pencen ilat yang tidak seberapa. Itulah harga sebuah perjuangan bagi seorang pengarang kepada parti Pas.

Kesetiaan Ahmad Lutifi kepada Pas tidak mungkin boleh dipersoalkan sejak beliau mengendalikan akhbar MEMO dan laman web Detik Daily lagi.

Pas boleh memberi kawasan balak kepada pemimpin DAP Perak, namun hanya menawarkan pencen ilat kepada Ahmad Lutfi yang telah berbakti kepada perjuangan parti sejak puluhan tahun lalu.

Dari zaman Pas miskin sehingga Pas kaya, Lutfi adalah satu nama besar pengarang sebelah sana selepas Subky Latiff.

Ini berbeza sekali dengan bekas-bekas Ketua Pengarang akhbar yang pro-UMNO. Datuk Kadir Jasin misalnya yang bukan sahaja menerima gaji belasan ribu ringgit ketika itu tetapi juga  diberi pampasan yang lumayan. ini termasuk membenarkan beliau mengambil alih Berita Publishing, anak syarikat Kumpulan The New Straits Times Press dengan harga RM 1. 

Sungguhpun Kadir mengambil alih Berita Publishing dalam keadaan rugi dan mempunyai hutang jutaan ringgit, namun ia masih satu imbuhan yang lumayan kerana syarikat terbabit mempunyai kontrak dengan MAS dan juga beberapa penerbitan menguntungkan.

Zainuddin Maidin pula menerima banyak imbuhan dalam bentuk saham, dan pampasan pemberhentian yang lumayan. Utusan juga menerbitkan beberapa bukunya yang membolehkan beliau meraih pendapatan lumayan. Tidak cukup itu, ZAM turut dilantik menjadi senator dan Menteri.

Bayangkan jika Ahmad Lutfi berada di pihak UMNO dan mendapat imbuhan seperti itu, nescaya beliau masih tetap menyokong dan membantu kerajaan Barisan Nasional ini, bukannya menjadi seperti ZAM dan Kadir yang sentiasa mahu menunjukkan mereka lebih hebat dari parti yang mereka terima begitu banyak habuan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN MALAYSIAKINI.COM

NILAI AHMAD LUTFI DI MATA PAS.
Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu permintaan ahli lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu supaya beliau meletakkan jawatan, katanya kepadaMalaysiakini.

Katanya, soal mengenai keperluan beliau untuk meletak jawatan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah yang akan diadakan pada pertengahan Februari depan.

"Saya tak nak keruhkan lagi suasana. Saya cuma nak beritahu yang  saya masih lagi berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan Harakah.

"Selepas perkara ini timbul, saya ada buat pertemuan dengan Pengarah UrusanHarakah Dr Rosli Yaakob untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Lutfi memberitahu, tawaran 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh dilaksanakan kerana kriterianya tidak mencukupi.

Ini kerana, doktor yang merawatnya memberitahu, penyakit yang dihidapinya mempunyai tanda positif untuk pulih memandangkan pencen illat hanya boleh diberikan kepada individu yang mempunyai cacat kekal.

"Apabila berjumpa dengan Dr Rosli, dia maklumkan pada saya, sekiranya tak cukup kriteria, saya akan terus bertugas. Harakah dan Dr Rosli memberi jaminan akan memberi keutamaan dan perhatian dari segi kebajikan saya.

"Kes saya berbeza dengan dua pengarang (Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid) kerana saya kakitangan tetap. Mereka bekerja secara kontrak," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya kini dan adakah beliau boleh bertugas, Lutfi berkata keadaannya kini bertambah baik.

Namun, Lutfi berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya di letakkan jawatan yang bersesuaian sekiranya tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

"Saya amat memahami sekiranya kesihatan saya tak mengizinkan. Saya pun tak akan gagahi juga. Walaupun komitmen nak beri sumbangan pada parti tinggi, tapi saya tak akan sama sekali meletakkan diri saya ke peringkat meyusahkan Harakahdan parti.

"Sekiranya tak mampu, saya rasa tak ada masalah kalau nak diletak dalam post yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya adakah isu perletakan jawatan ini ada kaitan dengan penyiaran artikel Che Samsudin Othman atau Dinsman yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS, Lutfi berkata perkara itu di luar pengetahuannya.

"Saya tak bertugas masa itu. Saya tak boleh nak kaitkan permintaan berhenti dengan pergolakan parti atau dengan artikel Dinsman atau apa-apa.

"Saya merasakan isu ini boleh selesai secara kekeluargaan," tambahnya lagi.

Friday, January 9, 2015

Kuil Di Putrajaya, Pemfitnah Najib Perlu Minta Maaf


Ketika belum dibangunkan, Putrajaya adalah kawasan ladang kelapa sawit dan getah yang besar.  Sudah tentu, ladang ini dimiliki oleh syarikat perladangan yang membuka Estet-Estet disitu.

Seperti mana Estet-Estet yang lain, majoriti pekerja mereka adalah terdiri dari orang India, dengan ramai diantara mereka yang beragama Hindu (sebelum dimonopoli pekerja asing).  Mereka membina rumah-rumah ibadat untuk memudahkan urusan keagamaan dijalankan tanpa perlu keluar ke tempat lain.

Bila kerajaan persekutuan mengambil alih kawasan berkenaan untuk dijadikan Putrajaya, semua rumah ibadat ini terpaksa dirobohkan dan sebagai ganti, satu kawasan di Precinct 20 telah diwartakan sebagai kawasan rumah ibadat penganut agama Hindu.

Ini bukan keputusan baru, tapi keputusan lama yang telah dibuat semasa Anwar Ibrahim masih Timbalan Perdana Menteri lagi iaitu pada tahun 1997.

Wednesday, January 7, 2015

CEO Baru 1MDB Perlu Saman Semua Pemfitnah Syarikat Tersebut


Penulis percaya, rakyat tidak begitu mengambil tahu hal 1MDB, tak seperti yang cuba digambarkan oleh puak-puak pembangkang dan puak penulis upahan yang dibiayai oleh Tun D*** (BUTUD).

Inilah sebabnya kenapa isu penggantian CEO/Presiden syarikat tersebut baru-baru ini kurang mendapat perhatian rakyat walaupun pembangkang cuba menarik perhatian rakyat dengan mengaitkan penggantian itu dengan kegagalan membayar pinjaman sebanyak RM 2 billion.

Dakwaan itu lenyap begitu sahaja kerana tidak dipetik dari sumber yang sah, selain ia adalah hal lumrah dalam apa-apa perniagaan pun (kalau benar berlaku seperti di dakwa).

Selain negara juga sedang sibuk mengendalikan masalah banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur.  Peduli apa siapa jadi CEO 1MDB, yang penting bantuan yang diperlukan seperti makanan dan sebaganya, sampai kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Walaupun begitu, bukan bermaksud 1MDB perlu mengambil pendekatan berdiam diri seperti dibawah CEO sebelum ini, 1MDB dibawah pentadbiran baru perlu pro aktif dengan mula mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang cuba memfitnah syarikat tersebut.

Tuesday, January 6, 2015

FlightRadar24 Hanya Tunjuk Lokasi Pesawat Bukan Siapa Ada Atas Tu


Pembangkang cuba menjadikan data dari laman web yang merekod lokasi pesawat di seluruh dunia, FlightRadar24 sebagai petunjuk untuk memfitnah Datin Seri Rosmah menggunakan harta kerajaan ketika Datuk Seri Najib sudah berada di Malaysia melawat mangsa banjir.

Ini sebenarnya satu pembohongan kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, Datin Seri Rosmah tidak pulang ke Malaysia selepas percutian di Hawaii dengan menaiki jet kerajaan, sebaliknya pesawat komersial.

Pesawat itu seperti yang dijelaskan sebelum ini, perlu menjalani pemeriksaan teknikal di Amerika Syarikat. 

Selain itu, data dari FlightRadar24 tidak semestinya tepat kerana mereka bergantung kepada feed (suapan) dari sumber-sumber yang antara lain tidak boleh dipercayai.  Semua suapan ini bergantung kepada maklumat dari ADS-B transponder - dimana tidak semua menara kawalan di dunia bergantung kepadanya.

Pendekkan cerita, banyak pasal FlightRadar24 ini yang boleh diragui, tak masuk fakta bahawa penerbangan sebuah pesawat rasmi kerajaan yang antara lain membawa pemimpin penting sesebuah negara, dalam keadaan tertentu perlu dijalankan dalam kerahsiaan bagi tujuan keselamatan.

Monday, January 5, 2015

1MDB: Perlantikan & Pertukaran Jawatan Amalan Korporat Biasa


Tidak ada apa yang pelik di atas perlantikan Arul Kanda Kandasamy sebagai Presiden dan CEO baru syarikat 1MDB menggantikan Mohd Hazem Rahman yang meletakkan jawatan.

Mengikut amalan korporat yang biasa, penggantian pegawai atasan seperti ini adalah perkara lumrah, setiap syarikat pernah melakukannya.

Kita tidak pasti alasan sebenar di sebalik penggantian ini tapi apa pun alasannya tidak penting kerana yang utama entiti, bukan individu.  CEO hanyalah menjalankan tugas dari hala tuju yang ditetapkan oleh lembaga Pengarah.

Ini bukan syarikat cap ABC dimana satu orang buat semua benda.

Saturday, January 3, 2015

Kadir Jasin & Endless Stupidity


One would have thought Kadir Jasin would ease up in his attack on the Prime Minister after the many statements, photographic evidence, and comments on social media. On the contrary, he seems to have a knack of proving Einstein’s statement that insanity is doing the same thing repeatedly and expecting different results.

In his recent blog posting, he politicized the flood issue to the max by stirring Malaysians against the establishment instead of reporting objectively about what the government has done for victims and what detractors have refused to do.

Kadir Jasin really needs to take a Patriotism 101 at university or perhaps Civics at PT3 level.

His illogical reasoning in using ONE commenter’s response to justify how that SINGULAR comment “typifies the dissatisfaction of many Malaysians with the leadership of Prime Minister, 
Mohd Najib Abdul Razak and his merry men and women – not all but many” is evidence that dementia is possibly setting in for this once-upon-a-time media man.

Syabas Briged Kesatria Muda, Saman Saja Blogger Mabuk Itu

Dalam keterujaan nak memfitnah Perdana Menteri, salah seorang blogger dalam kumpulan Blogger Upahan Tun D*** (BUTUD), telah tersasar memanipulasi sebuah gambar sehingga menimbulkan persepsi tidak baik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akibat dari tindakan tersebut, individu dalam gambar itu, Naib Presiden Briged Kesatria Muda, Mohd Eddy Casmady akan mengambil tindakan ke atas Malaysiakini dan seorang Blogger bernama 'Syed' kerana memanipulasi gambar tersebut tanpa kebenaran dan penjelasan terlebih dahulu.

Berikut adalah kenyataan Edry:-