Tuduhan Mukhriz konon UMNO akan menyerahkan negeri Kedah kepada PAS, adalah satu tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih serta didorong rasa kecewa kerana dipecat dari UMNO minggu sudah.
Mana dia bukti untuk tuduhan itu selain seakan menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan. Boleh main serah-serah negeri macam tu saja, ingat ni wayang Nujum Pak Belalang ke?
Lebih baik Mukhriz berdoa kepada tuhan minta nyawa bapanya panjang lagi sehingga PRU14 kerana nanti bila kempen pilihanraya itu bermula, siapa yang Mukhriz nak seret untuk bantunya berkempen lagi dah?
Ya betul, jaguh-jaguh Mukhriz, cerdik pandai Mukhriz tapi dia adalah satu-satunya wakil rakyat dalam negara ini yang berkempen bawak bapak sekali.