Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengagihkan peruntukkan sebanyak RM 80 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan pusat pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara.
Dengan adanya peruntukkan yang besar ini, dapatlah semua sekolah agama rakyat yang terbabit menjalankan aktiviti mereka dengan mudah dan tidak mengambil jalan senang dengan mengarahkan pelajar-pelajar dibawah pengurusan sekolah masing-masing mengutip derma dan sebagainya untuk membiayai aktiviti masing-masing.
Bagaimanapun yang lebih penting lagi, peristiwa ini mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana inilah pertama kali dalam ingatan penulis dimana kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan yang begitu besar untuk institusi sekolah pondok dan sealiran dengannya.