Wednesday, April 26, 2017

SAR: Zaman Mahathir Ditarik Peruntukkan, Zaman Najib Ditambah Peruntukkan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengagihkan peruntukkan sebanyak RM 80 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan pusat pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Dengan adanya peruntukkan yang besar ini, dapatlah semua sekolah agama rakyat yang terbabit menjalankan aktiviti mereka dengan mudah dan tidak mengambil jalan senang dengan mengarahkan pelajar-pelajar dibawah pengurusan sekolah masing-masing mengutip derma dan sebagainya untuk membiayai aktiviti masing-masing.

Bagaimanapun yang lebih penting lagi, peristiwa ini mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana inilah pertama kali dalam ingatan penulis dimana kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan yang begitu besar untuk institusi sekolah pondok dan sealiran dengannya.

Tuesday, April 25, 2017

Mahathir Yg Tinggal Hutang Untuk Ditanggung Anak Cucu Rakyat, Bukan Najib


Pertikaian antara 1MDB dan IPIC yang diselesaikan semalam, menutup terus fitnah dan dakwaan selama berbulan-bulan yang dilemparkan Mahathir kononnya rakyat negara ini akan menanggung hutang berpuluh billion ringgit lanjutan dari isu tersebut.

Tua kutuk itu pernah mendakwa rakyat akan menanggung kerugian lebih RM 25 billion kalau IPIC menang di Mahkamah Timbang Tara London!!  Orang bodoh kalau bercakap macam itulah, main petik saja nombor ikut suka dia.

Takkanlah 1MDB nak mendedahkan negara kepada risiko seperti besar?  Najib bukan Mahathir, berjudi Forex pun rugikan negara sampai RM 44 bilion.  Dahlah duit lesap, 3 tahun kemudian (1997), ekonomi negara runtuh disebabkan olehnya apabila krisis ekonomi melanda.

Friday, April 21, 2017

Budaya Berpuak-Puak Ni Mahathir Bawa Kemana Saja Dia Pergi


Agak menarik dalam sidang media pengumuman keluar parti oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti Bunga, Kamarulazman Habibur Rahman kelmarin, tak sekalipun nama Mahathir disentuh.

Membuktikan, ketika nak keluar parti pun, pendewaan terhadap Mahathir berkurang jangan.

Padahal, antara alasan keluar parti yang disebutkan Kamarul ialah budaya berpuak-puak ala-ala kasta yang diamalkan dalam parti bercapkan bunga itu sebenarnya sangat sinonim dengan Mahathir, malah tak keterlaluan - trademark Mahathir.

Wednesday, April 19, 2017

Apa Agaknya Alasan Mahathir Bila Kamarul Azman Keluar Parti?


Mahathir menerima tamparan yang Maha hebat hari ini bila seorang dari 7 pengasas parti tersebut, Kamarul Azman Habibur, mengumum keluar parti kerana mendakwa kabur dengan perjuangan parti Mahathir anak beranak tu.

Tujuan Mahathir menubuhkan Bersatu ialah untuk menyaingi UMNO, tapi sementara UMNO kekal teguh dan utuh dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Bersatu semakin 'lengang' dari masa ke semasa.

Lepas sorang, sorang keluar parti.

Monday, April 17, 2017

Hasmah Tak Pakai Tudung Pun Pakatan Kena Jawab Sekarang


Nampaknya kemasukan Mahathir ke dalam Pakatan Harapan, lebih banyak membawa bala dari membawa untung.

Tak usah lagi cakap pasal Perwaja, Memali, BMF, skandal Forex dan segala yang berkaitan, bininya Hasmah tak pakai tudung pun Pakatan kena menjawabnya sekarang.

Kasihan tengok cytro pembangkang terkial-kial menggunakan semula alasan yang pernah digunakan cytro BN dulu untuk mempertahankan rambut Hasmah.

Tidak kurang yang membandingkan Hasmah dengan isteri Perdana Menteri, sedangkan kita sedang bercakap tentang situasi yang berbeza.  Ajal maut tangan Tuhan tapi sekurang-kurangnya pada usia awal 60-an ini isteri Perdana Menteri masih ada masa untuk berubah sedangkan Hasmah?

Thursday, April 13, 2017

Kalau Ikut "Ramalan" Mahathir, Najib Tumbang Lama Dah


Mahathir keluar ramalan lagi, kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tumbang dalam PRU14 yang akan datang.  Ironinya keluar dari mulut Pengerusi kepada sebuah parti yang paling singkat usianya tapi sudah berpecah belah, ada parti serpihan, ahli keluar parti dan sebagainya.

Kena cakap banyak-banyak pasal Najib supaya orang tak nampak yang dia berlubang sana sini - lebih kurang macam itulah maksudnya.


Adalah lebih baik Mahathir fikirkan dirinya sendiri dari sibuk hal Najib.  Banyak cadangannya untuk Pakatan, ditolak bulat-bulat tak sempat bahas pun, lagi mau gebang pasal Najib nak tumbang ke tidak?

Monday, April 10, 2017

Kenapa Debat Tentang Kekayaan Anak2 Mahathir, Ada Soalan Tentang Riza Aziz?


Ramai orang bertanya, kenapa Mukhriz mahu bertanya tentang punca kekayaan anak Datin Sri Rosmah Mansor, Riza Aziz dalam debatnya dengan bekas pegawai khasnya, Harris Che Mat mengenai punca kekayaan dia adik beradik?
Malah Mukhriz juga seakan-akan meletakkan perkara itu sebagai syarat untuk perdebatan itu diteruskan.

Bagaimana Harris mahu menjawab soalan mengenai punca kekayaan Riza Aziz bila beliau bukan ada kaitan sama sekali pun dengan penerbit filem di Hollywood itu?

Sekurang-kurangnya Mukhriz ada kaitan dengan Mokhzani dan Mirzan - dua lagi anak Mahathir yang bergelar jutawan, bolehlah menjawab apa juga persoalan Harris mengenai punca kekayaan mereka dalam debat itu nanti, sedangkan Harris apa kaitannya dengan Riza Aziz?

Jadi nampak bodoh dan dipandang oleh ramai orang sebagai cubaan Mukhriz untuk mengelak debat itu dari diadakan.  Dia cakap besar saja tapi jauh di dalam hatinya, ada ketakutan yang amat sangat.

Sebab itu letak syarat yang bukan-bukan kepada Harris.  Debat sajalah Mukhriz, kata berani sangat.

Friday, April 7, 2017

Muhyiddin Ada Dalam Dewan Ketika Semua MP Pakatan Bantah RUU355


Buat pertama kali semalam, Ahli Parlimen tunggal Pribumi (itupun menang atas tiket BN), Muhyiddin Yassin hadir sebagai dengan status penyokong Pakatan Harapan.  Sebelum ini kedudukan Pribumi lebih kurang macam ahli bersekutu kepada Pakatan saja, sekarang sudah rasmi.

Ya, Muhyiddin ada dalam tu.

Walaupun Muhyiddin tidak mengganggu ahli parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dari membentangkan RUU355, tapi Muhyiddin juga tidak menghalang komrad komradnya seperti Lim Kit Siang dan lain-lain yang aktif cuba menghalang pembentangan tersebut.

Hanya selepas sidang berakhir, Muhyiddin membuat sidang media di luar dewan, masa dalam dewan, dia diam macam tikus, tak membantah apa pun.  Kit Siang dia tak bantah, Speaker tangguh perbahasan pun dia tak bantah.

Wednesday, April 5, 2017

Jack Ma Pun Sudi Berkongsi Rahsia Kejayaan, Mokhzani Pulak Lagi


Sejak isu kejayaan dan kekayaan luarbiasa anak-anak Mahathir ini mula menjadi perbualan, ramai yang kagum dan mahu anak-anaknya berkongsi rahsia kejayaan itu dengan rakyat Malaysia.

Dikatakan dari 6 anak-anak Mahathir, tak campur anak-anak angkat dan lain-lain, separuh darinya adalah bergelar jutawan, hartawan dan segala macam wan wan dibelakang.  Ada RM 1 billion atau tidak itu bukan persoalan tapi kaya dan jutawan.

Mirzan katanya sebelum 40 dah jutawan, Mokhzani sebelum cecah 50 pun senarai nama dah masuk 10 terkaya dan lain-lain lagi.

Justeru, wajar berkongsi rahsia kejayaan, bukan nak cari salah pun, berkongsi kejayaan saja.  Takkan itu pun salah?

Hartawan macam Jack Ma pun kehulu ke hilir menceritakan rahsia kejayaannya untuk dijadikan motivasi oleh generasi muda.  Anak-anak Mahathir yang tak berapa kaya macam Jack Ma pulak kedekut ilmu kenapa?

Monday, April 3, 2017

Antara 1MDB & Perwaja, Mana Satu Merugikan Rakyat?


Dalam banyak hal yang dibincangkan orang mengenai 1MDB ini, satu perkara yang ramai terlupa ialah, 1MDB ini bukan syarikat rugi, jauh lagi syarikat yang telah bankrap.  Dari mula ia ditubuhkan sehingga dijadikan isu oleh Mahathir, satu-satunya isu 1MDB ini ialah beberapa keputusan perniagaan tidak wajar oleh pengurusannya - bukan rugi atau bankrap.

Malah baru-baru ini didedahkan dalam parlimen bahawa 1MDB sudah tidak mempunyai hutang jangka pendek dengan bank bank tempatan, sebaliknya hutang jangka panjang dalam bentuk bon dan sebagainya.

Jadi kenapakah Mahathir masih berterusan mahu bersoal jawab tentang 1MDB bila syarikat tersebut tidak ditutup atau rugi?  Dah selesai hutang banyak pulak lagi, jadi apa masalahnya?