Monday, November 28, 2016

Anwar 40,000 Bangla, Mahathir Up Lagi 700,000 China



Memang betullah kata DAP, menjelang PRU14 ini lebih banyak berita palsu akan muncul.  Sudah pasti DAP bercakap tentang pengalaman mereka sendiri, kononnya 40,000 bangla akan mengundi memenangkan BN dalam PRU13 yang lepas serta kononnya berlaku blackout dalam proses pengiraan undi.

Tanya dia, memang tak mengakulah.

Sekarang Mahathir pula up jumlah itu kepada 700,000, kali ini dari China.  Dalam satu ceramah parti Pribumi cap bunga raya yang dia tubuhkan di Melaka kelmarin, Mahathir buat dakwaan tidak masuk akal ini.

Bukti jangan tanyalah, Mahathir mana reti tuduh ada bukti. Entah siapa bodoh yang akan percaya tak tahulah tapi mengenali Mahathir bukan dia peduli, asal anak dia dapat jadi Perdana Menteri saja cukuplah.

Friday, November 25, 2016

"With Me Or Be My Enemy" - Itulah Bahagian Mahathir Yg Tak Berubah


Sebetulnya politik zaman Mahathir sangat mudah "with me or be my enemy" (bersama aku atau jadi musuh aku").  Masa dia dalam UMNO macam itu, masa dia dalam pembangkang pun sekarang itu.

Maka tak hairan kenapa Mahathir hari ini pukul keliling, siapa yang tak ikut dia, semua makan dedak.  DAP yang sanggup ikut dia, dianggap suci dan tidak pernah berbuat dosa.  Dulu yang dia kutuk dan gelar DAP macam-macam, buat lupa.

Itulah nasib yang menerima Ibrahim Ali.  Ya, sesetengah ada yang menganggap perbalahan antara mereka berdua ini hanya satu sandiwara. tapi dari satu sudut, ia menyerlahkan siapa Mahathir yang sebenarnya dan bagaimana dia berpolitik.

Takde class langsung.

DAP Tak Jemput Mahathir, Bukti Pakatan Pura-Pura


DAP akan mengadakan konvensyen nasional mereka tidak lama lagi.  Bagaimanapun telah diumumkan bahawa parti itu tidak akan menjemput Pengerusi Pribumi, Mahathir ke konvensyen tersebut kerana kononnya bukan sebahagian dari Pakatan lagi.

DAP bagaimanapun akan menjemput beberapa perwakilan luar menghadiri konvensyen mereka sebagai pemerhati, seolahnya semua perwakilan luar ini sudah menyertai Pakatan.

Justeru nampak sangat tidak menjemput Mahathir ini hanyalah satu alasan DAP.  Hakikatnya orang DAP memang ramai masih menyampah dengan Mahathir, tak hairan kenapa 'kemesraan' yang ditunjukkan setakat ini hanyalah setakat Lim Kit Siang dan Mahathir sahaja, yang lain semua pakat jauh diri.

Tuesday, November 22, 2016

Hadap Lilin Pun Mahathir Sanggup Demi Maria, Penyokong Setia Mati, Dia Buat Tak Peduli


Malam tadi Mahathir datang memberikan sokongan kepada perhimpunan tak sampa seratus orang mendesak pembebasan Maria Chin di Bukit Aman.  Sanggup duduk atas batu tepi longkang tu sebab fizikalnya dah tak berdaya tapi dipaksanya juga sebab nak menunjuk kepada Najib betapa kuatnya dia melawan - macamlah Najib peduli.

Dalam katanya tak boleh kena hujan, Mahathir tetap juga datang.  Tak tahulah Maria ini dah berapa  koyan jasa dia buat untuk Mahathir tapi besar maknanya kepada dia tu bila Mahathir hadir dalam demo tersebut.

Begitu pun hairannya, sehari sebelum semalam, seorang penyokong setia Mahathir yang juga aktivis media sosial antara tersohor, meninggal dunia di Terengganu.  Jangan kata nak menjenguk, difahamkan tanya khabar atau hantar orang pun tidak.

Sedangkan arwah tu menyokong Mahathir sampai ke sudah, buktinya, hari meninggal dunia, artikel dalam blognya adalah tentang memuji Bersih 5 yang dihijack Mahathir.

Monday, November 21, 2016

Bersih 5: Mahathir Datang, Orang Lagi Kurang


Beza dengan tahun lepas, tahun ini Mahathir hijack habis Bersih 5 jadi program dia.  Dengan pemimpin pembankang lain-lain segan nak tunjuk muka sebab taknak dikaitkan nanti Bersih dengan politik (non-partisan la konon), Mahathir tidak peduli semua itu

Sama seperti program Nothing To Hide dulu, ini pun si tua tak sedar diri ini hijack juga.  Hitam betul hatinya.

Begitupun ada baiknya juga, nampak jelas orang-orang Pribumi ini berharap kepada Mahathir.  Muhyiddin, Kadir dan Mukhriz, awal-awal lagi dah datang, tapi bersembunyi entah di hotel mewah mana, bila Mahathir turun saja, baru mereka berani tunjuk muka.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kehadiran Mahathir - Pengerusi parti dominasi Melayu, tidak meningkatkan pun jumlah orang Melayu yang datang ke Bersih.  Cina masih lagi majoriti dan kelibat mereka hampir boleh dilihat di setiap penjuru dengan Melayu dan India sesekali ternampak.

Thursday, November 17, 2016

Tahu Takde Sambutan, Mahathir Tinggalkan Bersih 5 Siang-Siang


Amat tidak logik Mahathir memberikan alasan tak dapat hadir Bersih 5 kerana terikat dengan urusan lain di luar negara.  

Perhimpunan haram itu bukan dirancang 2 minggu awal tapi hampir 3 bulan lamanya.  Pertengahan bulan Ogos lagi sudah diwar-warkan perhimpunan itu akan diadakan pada bulan November - dan Mahathir masih tidak dapat datang?

Sungguh tak masuk akal.

Adakah sebetulnya Mahathir sudah dapat membayangkan perhimpunan ini tidak akan dapat sambutan. maka itu dia tidak datang?  Kita tahu Mahathir gilakan publisiti dan tidak mungkin dia meninggalkan Bersih 5 melainkan ia tidak menguntungkan dirinya saja.

Tuesday, November 15, 2016

Mahathit - Anwar: Dahulu Pecat Sekarang Sokong


Ramai yang seakan tidak percaya dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mula memberikan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.

Malah ada dikalangan penyokong tegarnya turut dilihat terperanjat sehinga terpaksa mengosok mata dua kali apabila melihat Mahathir turut memakai lencana 'Bebaskan Anwar' sebagai sokongan terhadap kempen yang dijalankan.

PKR Mengaku Ramai Orang Kaya Dalam Parti Itu



Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini berkata isu rumah mewah miliknya tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan fenomena biasa ketika ini.

Adam ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh pihak media hari ini menjelaskan adalah perkara biasa untuk seorang anak muda seperti beliau mempunyai rumah mewah seperti itu.

Mahathir Mati? Silap-Silap Taktik Nak Raih Simpati


KECOH pagi ini apabila media asing yang menjadi tulang belakang perjuangan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ini, melaporkan konon si tua itu sudah meninggal dunia.

Mula nak juga rasa gembira tapi sebab bukan style kita percaya berita asing bulat-bulat, maka kecewa jugaklah bila di dapati berita itu tidak benar.  Kalau betul, paling tidak, public holiday satu hari.

Apa pun, motif disebalik berita tersebut masih menjadi tanda tanya.  Kalau tahun 80-an dulu mungkinlah, sekarang dengan sistem komunikasi canggih dan sebagainya, bukan susah nak dapat pengesahan terlebih dulu.

Sebab itu penulis cenderung untuk percaya bahawa perkara ini sengaja direka.  2 sebab yang penulis agak, pertama nak raih simpati, kedua nak divert perhatian rakyat dari segala pelik yang Mahathir buat baru-baru ni.

Thursday, November 10, 2016

Hari Ini Pakatan Menang, Esok Sudah Berebut Jawatan


Dari segi perang politik, tidak ada bezanya antara parti Republikan dengan parti Demokrat.  Masing-masing guna semua teknik yang ada dalam buku.  Maki, serangan peribadi, dedah mendedah dan sebagainya.

Tapi bila menang, yang kalah terima hakikat dan teruskan hidup dari situ, siap nak bekerjasama pula lagi - demi negara.

Beza pulak dengan negara.  Pakatan Harapan dipimpin DAP ini sampai sekarang belum ada jawapan siapa akan jadi Perdana Menteri jika mereka menang, tak mustahil rakyat dan negara akan terperangkap dalam perebutan jawatan tak habis-habis.

Anwar dulu, dia suka guna pendekatan bersetuju untuk tidak bersetuju bila memperkatakan tentang perbezaan dalam Pakatan Rakyat yang dia pimpin.  Setelah Anwar masuk penjara, DAP ambil alih segala dan pendekatan itu (bersetuju untuk tidak bersetuju) gagal dipertahankan.

Suara Anak Muda Mati Dalam Pribumi


Seringkali dilaungkan ialah generasi muda akan mengambil alih generasi yang lebih tua.  Hampir semua parti politik berebut-rebut meletakkan ikon anak muda sebagai jaminan kepimpinan masa hadapan.

Tapi, berlainan pulak dengan parti Pribumi cap bunga raya yang dipimpin Mahathir ini.

Bukan sangat mengenai berapa ramai 'orang muda' yang dilantik/dipilih dalam Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut ( hanya 3 dari keseluruhan 25 ahli) tapi lebih kepada hala tuju parti itu yang segala segi kabur melainkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Apa dia aspirasi golongan muda yang diperjuangkan parti ini?  Takda.  

Yang lebih penting parti ini ditubuhkan untuk apa dari segi prinsipnya - itupun takda.  Selalu kita tahu asal nama Bersatu atau PPBM ini disebut, pastinya halnya tak lari dari berkaitan semua yang buruk tentang Najib, nak jatuhkan Najib, pemimpin selain Najib dan seperti itu.

Wednesday, November 9, 2016

Husni Gelabah, Bila Raja Petra Dedah Banyak Kes Wanita Kena Raba


Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berada dalam ketakutan apabila penulis politik Raja Petra Kamarudin mendedahkan mengenai sikapnya yang suka meraba wanita.

Menurut Raja Petra ekoran pendedahan tersebut, Husni telah mengarahkan 2 orang kakitangannya untuk menghubungi semua wanita yang pernah menjadi mangsanya dengan menawarkan mereka wang tunai untuk menutup mulut.

Mahathir Jual Hasmah, Untuk Pujuk Azizah



Ramai yang terkejut apabila melihat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail duduk di sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Ini kerana umum mengetahui Wan Azizah masih tidak dapat bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah melalui pelbagai jerit payah ekoran pelbagai tindakan kejam bekas perdana menteri itu.

Tuesday, November 8, 2016

Kadir Dah Jadi Pembangkang, Apa Diharap Tulis Baik Pasal Kerajaan 


Dalam barisan kepimpinan parti Pribumi cap bunga raya yang baru, nama Kadir Jasin disebut sebagai salah seorang dari Naib Presiden parti itu - nak tunjuk bahawa dia adalah pembangkang sekarang ni.  

Sengaja disebut sebab, parti Pribumi ini cuba meniru segala segi tentang UMNO (melainkan bab bukan Melayu/bumiputera sebagai ahli bersekutu @ kelas kedua), hingga ramai yang terlupa hakikat tu bahawa Pribumi ini adalah parti pembangkang, bukan team B dalam UMNO yang menggelar puak mereka sebagai puak bunga raya.

Balik pada  si Kadir ini tadi.

Jadi, memandangkan Kadir adalah orang pembangkang, apa diharap dia menulis yang baik baik pasal kerajaan? Ini merujuk kepada tulisan Kadir di sebuah akhbar tentang pelaburan China dalam  projek pembinaan keretapi laju bernilai RM 55 billion.  Kata Kadir, kerajaan dah 'berhutang'!!

Hutang dengan pelaburan pun tak boleh nak beza, faham ekonomi macam mana dia ni?

"Nasihat" Syed Saddiq Atas Restu Muhyiddin?


Tindakan budak mentah bernama Syed Saddiq cuba 'menasihatkan' DYMM Sultan Johor tentang hak berhimpun, mendapat reaksi negatif masyarakat.  Majoriti (kalau tidak semua) begitu marah dengan tindakan tersebut kerana disifatkan sebagai kurang ajar.

Begitupun sehingga ke saat artikel ini ditulis, tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari kepimpinan Pribumi yang lain mengenai tindakan Syed Saddiq ini terutama Presidennya, Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor.

Seolah-olah mendapat restu pulak.

Thursday, November 3, 2016

Sahlah Mahathir Nak Mukhriz Jadi PM


Mahathir sebelum ini mati-mati menafikan ada hasrat untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, walaupun ramai orang tahu, itulah pun hasrat sebenarnya - dengan Muhyiddin jadi PM sementara saja.

Sebaliknya kata Mahathir, dia melawan Najib ni kerana rakyat dan negara.

Untuk mengukuhkan lagi penafian itu, bila parti cap bunga raya ini ditubuhkan, Mukhriz diletak sebagai Naib Presiden, sementara jawatan Timbalan Presiden sengaja dikosongkan.  Jadi tak nampak sangatlah dia  nak menjadikan Mukhriz sebagai PM tu.

Tapi semalam, segalanya terbongkar bila Mukhriz secara rasmi dilantik Mahathir sendiri sebagai Timbalan Presiden dibawah Muhyiddin.  Perlantikan itu secara langsung membuktikan apa yang semua orang cakap bahawa Mahathir melawan Najib, bukan sebab rakyat, tapi sebab ada kepentingan sendiri.

Wednesday, November 2, 2016

Bila Pemilihan Pribumi Diadakan?


Senarai penuh kepimpinan Pribumi yang diasaskan Mahathir, keluar hari ini.  Tidak ada apa yang menarik melainkan beberapa nama yang baru kita kenal seperti mantan Pengerusi SPR yang menyertai parti tersebut sebagai Naib Presiden.

Tapi lantaklah yang itu, bukan penting sangat pun.

Yang pentingnya disini ialah, terlihat pada senarai itu ada yang 'dipilih', dan ada yang 'dilantik'.  Dilantik ni kita faham sebab dia parti baru tapi dipilih, bila yang Pribumi buat pemilihan?

Berapa perwakilan datang, macam mana pemilihan dibuat, ada cawangan ke, ada ranting ke, ada dahan ke, kelopak dan apa yang patut membuat pemilihan itu?

Tak tahu, yang tahu-tahu, dah ada yang dipilih saja, macam mana pilih entah.

Rasanya memang ada pemilihan, tapi bukan macam pemilihan yang kita semua sangkakan.  Ini parti individu, parti anak beranak, mesti Mahathir saja yang pilih siapa nak jadi apa.

Demokrasi?  Mahathir mana percaya demokrasi.

Eh, baru perasan pulak, mana Majlis Penasihat atau Council of Elders?  Dulu kata nak kena ada majlis ni, apa Mahathir sorang saja Elders yang nampak?

Tuesday, November 1, 2016

Bayarlah Tukang Masak Sendiri, Takkan Semua Rakyat Nak Tanggung?


Mahathir baru-baru ini mengarahkan balaci di Facebook untuk masukkan gambar konon kerajaan menamatkan kontrak tukang masaknya yang telah berkhidmat untuk Mahathir selama 35 tahun.

Sedih benar nampaknya tu seolah-olah Mahathir - dengan gaji yang tidak pernah disentuh sepanjang jadi Perdana Menteri kerana semuanya ditanggung kerajaan, 'dianiaya' kerajaan apabila perkhidmatan tukang masaknya diberhentikan kerana tamat kontrak.

Penulis tidak pastilah sama ada betul atau tidak perkhidmatan makcik itu diberhentikan kerajaan.  Tapi kalau benar pun, dengan perkhidmatan mencecah 35 tahun, penulis tidak rasa ia ada kena mengena dengan penganiayaan seperti yang Mahathir mahu rakyat lihat.

35 tahun, penulis yakin dah cecah umur persaraan.  Tak tahulah kalau dia masak untuk Mahathir dari umur 15 tahun, yang ada baki 10 tahun lagi perkhidmatan kalau ikut had persaraan 60 tahun.  Ini kira-kira bodoh sajalah, dengan andaian umur makcik tu 25 tahun ketika mula memasak untuk Mahathir.