Thursday, April 30, 2015

Mahathir Rupanya Setaraf Rani Kulop


Dari segi merapu, Mahathir kini setaraf dengan Abd Rani Kulop, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang bukan sahaja terkenal dengan 'raja' laporan polis, tapi juga dengan entah apa yang ditulis dalam fan pagenya yang kini melebihi 60 ribu likers.

Sama seperti Mahathir, sokongan Rani Kulop terhadap UMNO juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.  Nak kata dia sokong UMNO, dia troll UMNO banyak dalam fan pagenya, nak kata dia sokong Pakatan, dalam banyak kejadian, nampak dia tidak pro kepada Pakatan, terutama Anwar Ibrahim.

Politik yang penulis tahu (belajar dari Mahathir juga dulu) mana ada  banyak pilihan, 2 saja, sokong atau tidak.  

Kelompok atas pagar bukan sebahagian dari politik kerana mereka tidak berpihak.  Kedua-dua orang ini, Mahathir dan Rani Kulop selamat untuk dikatakan SETARAF dari sudut itu, sokong UMNO tapi lagak di media sosial macam nak tengok UMNO kalah dalam PRU14.

Wednesday, April 29, 2015

Sejak Bila Mahathir Jadi Penilai Hartanah Bertauliah?


Di kalangan penyembah Mahathir kini, mula bertanyakan tentang dakwaan orang tua itu Sabtu minggu lepas  bahawa kerajaan menjual tanah di Sungai Besi pada kadar RM 90 sekaki persegi berbanding nilai sebenarnya RM 2000 sekaki persegi kepada 1MDB.

Sudah tentulah dakwaan ini hanya dalam bentuk air liur sahaja, tidak ada dokumen atau apa bahan bukti yang lain dikemukakan.  Ini boleh dilakukan kerana penyokong Mahathir sama seperti penyokong Anwar juga, terima tanpa bantah cakap pemimpin, tak perlu bukti sama sekali.

Lagipun sejak bila yang Mahathir ini jadi jurunilai hartanah bertauliah sehingga dia dengan yakin mengatakan tanah yang nak dibuat Bandar Malaysia itu sepatutnya bernilai RM 2000 sekaki persegi?  Mahathir doktor, bukan penilai hartanah.

Wah, kalau semua benda pun dia boleh dan kelihatan hebat, tak layak Mahathir ni dipanggil manusia.  Patut panggil dewa atau apa yang setaraf macam itu dan sememangnya penyokong Mahathir dah nampak dia tu macam manusia yang patut disembah pun.

Tuesday, April 28, 2015

Mahathir Ibarat Meludah Ke Langit



 1.Program bicara negara Tun Mahathir pada mula disangkakan satu program untuk memperjuangkan kepentingan negara seperti mana yang dilaungkan beliau sejak awal tahum ini. Kita semua menyangka Tun Mahathir akan memperkatakan tentang dasar pentadbiran PM Najib Razak lebih jelas dengan pembuktian yang lebih kukuh susulan daripada beberapa dakwaan di dalam artikel di blog beliau.

Di antaranya pembuktian berkaitan RM 27 billion yang dikatakan lesap entah kemana setelah beliau membuat perkiraan sendiri bagaimana RM 42 billion yang dipinjam 1MDB digunakan.


Daim Bawa Lari Saham RM800 Juta Milik Umno



Dalam perhimpunan agung UMNO dia diberi jolokan ,"PM paling agung,juru cakap Dunia Ketiga,pemimpin yang menjadi contoh kepada dunia,arkitek pemodenan Malaysia" dan macam-macam lagi yang kita dengar sehingga pak cik makcik  yang tahu toreh getah dan tanam padi pun naik bangga.

Ketika Anwar Ibrahim membuat keputusan mahu menyiasat kes Perwaja,termasuk Eric Chia ,membuat beberapa orang terasa gerun antaranya Mahathir sendiri kerana pada masa itu dialah baju besi Eric Chia.

Hampir RM100 Billion Lesap Di Bawah Pentadbiran Mahathir



Najib Razak, sebagai Perdana Menteri Malaysia kini sedang dikepung oleh bekas orang kuat Umno, Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menggulingkan beliau daripada jawatannya.

Mahathir menegaskan kemelut 1MDB, cukai tidak popular Cukai Barangan dan Perkhidmatan, BR1M, jambatan bengkok yang belum dibina ke Singapura adalah semua kegagalan pentadbiran Najib serta senarai panjang aduan terhadap kerajaan BN sekarang.


Monday, April 27, 2015

RM42B Kepada RM 27B, Sekarang Dah Jadi RM 42B Semula - Sah Gila


Mungkin ada sebab kenapa Tuhan jadikan Mahathir seorang doktor, bukan Hakim kerana dia terbukti gagal dari segi menjalankan keadilan seperti yang dituntut agama.

Dalam soal 1MDB 'menggelapkan' wang negara ini sahaja, sudah Mahathir beberapa kali menukar zikir angkanya.  Dari yang bertajuk RM 42 billion, kepada RM 27 billion dan Sabtu lepas Mahathir kembali kepada angkaRM 42 billion.

Setiap kali angka itu berubah, setiap kali itu juga wirid orang-orang yang mengangkatnya bak dewa, ikut bertukar mengikut angka baru yang disebutkan Mahathir.  Bukti, fakta, dokumen, tak payahlah, apa cakap Mahathir saja.

Mahathir Dari Muda Sampai Tua Jadi Hamba Kroninya


Sebetulnya tidak ada alasan lain kenapa Mahathir menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu-isu seperti 1MDB dan Jambatan Bengkok melainkan alasan bisnes untuk menyelamatkan kroni-kroninya semata-mata.

Bukti, 1MDB diserang Mahathir kerana ia dilihat menganggu bisnes kroni Mahathir, YTL dan Anandha dalam bidang pengeluaran tenaga elektrik (IPP) - perniagaan lumayan yang dicipta pada zaman Mahathir melalui kontrak jangka panjang antara TNB dengan semua syarikat terbabit.

Pengambil alihan syarikat seperti Jimah Power, Tanjung dan sebagainya oleh 1MDB, pada masa hadapan mampu mengawal beban rakyat dalam membayar kos eletrik dan mengelakkan manipulasi oleh syarikat-syarikat ini kerana mereka hanya berpaksi kepada keuntungan semata-mata.

Berbanding dengan 1MDB yang dimiliki kerajaan.  Sebagai syarikat kerajaan, 1MDB sudah tentu mengambil kira kepentingan nasional dalam apa juga keputusan perniagaan yang dibuatnya.

Friday, April 24, 2015

Benarkah Armand Azha Nak Penjarakan Najib?


Salah seorang dari kumpulan 5 pemimpin Pemuda UMNO yang dikaitkan dengan gerakan untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Armand Azha Haji Hanafiah telah berulang kali menafikan dia dan kumpulan itu ada membincangkan tentang perkara tersebut (nak guling Najib).

Kata dia, perbincangan itu adalah berkisar tentang strategi kempen di PRK Rompin dan penjelasan mengenai 1MDB.  

Ini yang buat kita sendiri pun tidak faham apa kaitan 1MDB dengan PRK Rompin kerana kalau nak diikutkan, isu GST lebih menonjol berbanding 1MDB. Buktinya, PAS pun guna pendekatan menyerang GST tapi Pemuda UMNO nak berkempen menjelaskan pasal 1MDB!!

Lagipun, setakat 2 hari kempen awal ini, belum lagi kita dengar PAS sentuh apa-apa tentang 1MDB, GST banyaklah.

Thursday, April 23, 2015

KJ Atau Zambry Biaya Gerakan Azwan Bro Tumbang Najib?


Setelah rancangan jahat untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro dan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO terdedah, timbul persoalan, pihak manakah yang membiayai gerakan tersebut, adakah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin atau Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir?

Dua nama ini dikaitkan kerana mereka adalah individu yang sangat rapat dengan Azwan Bro.  Zambry sebagai contoh menjadikan Azwan Bro sebagai Pengerusi di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan yang dibiayainya.

Zambry juga diketahui bukan penyokong Najib dan dikatakan pernah mengugut untuk keluar parti bersama penyokongnya jika tidak dikekalkan jawatan Menteri Besar Perak.  Sebab itulah, sekalipun Zambry dilihat gagal kerana hanya berjaya menjarakkan 2 kerusi DUN dengan pembangkang dalam PRU13, dia masih dikekalkan sebagai Menteri Besar, kerana ugutan itu.

Sementara Khairy pula sudah pastilah, dah Naib dia.

Yang biaya ini penting sebab ia menunjukkan siapa yang bertanggungjawab nak menggulingkan Najib.  Kepala ini kita cantas, barulah boleh selesaikan semua masalah.  Kita tidak rasa Azwan Bro mampu bergerak bersendirian tanpa ada yang membantu di atas.

Wednesday, April 22, 2015

Nur Jazlan, Jebat Atau Musibat?


Membaca tulisan Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk NurJazlan Rahmat disini membuatkan penulis terfikir dengan cara apakah syarikat 1MDB nak mendapat keadilan bila belum pun terima laporan audit, keputusan bersalah telah dibuat Pengerusi PAC ini?

Sudah tentu kalau ditanya Nur Jazlan esok atau lusa, dia akan kuntau sana sini agar tidak nampak dia begitu (berat sebelah), apatah lagi artikel itu sendiri berselirat, cuba menjustifikasikan tulisan itu hanya pandangan peribadi - tak kena mengena dengan jawatan di PAC. 

Tapi kita semua tahulah apa yang dia cuba sampaikan, apa dia cuba capai dalam keadaan sekarang - pada waktu dan ketika Perdana Menteri sedang berdepan 'kenyanyukan' Mahathir dengan soalan-soalannya.

Dari dulu pun kita dah nampak Nur Jazlan ini bermasalah.  Ada saja dimatanya yang tidak kena, mungkin dia mahu jawatan Menteri tapi dapat Pengerusi PAC - jawatan yang dikirakan kodi untuk anak bekas Menteri sepertinya.

Tapi memang dia ni tak berkemampuan, harap pada keturunan saja.  Semasa dilantik menjadi Pengerusi UDA, khabarnya begitu banyak aset strategik syarikat tersebut terlepas ke tangan bukan bumiputera sedangkan UDA ditubuh untuk membantu golongan tersebut (antara lain).

Mungkin sampai masa Datuk Seri Najib menunjuk kepada Nur Jazlan siapa ketua.  Yang terang, dia sebagai Pengerusi PAC tidak boleh diharap untuk memberi ulasan adil kepada 1MDB - berdasarkan tulisannya dalam artikel tersebut. 

Monday, April 20, 2015

Najib Dah Siapkan Landasan Berkembar, Minta Sesiapa Bisik Ke Telinga


MERUJUK kepada para 3 atau 4 (tak berapa penting) tulisan seorang negarawan mengenai pembatalan landasan berkembar  ke Padang Besar, sukacita dimaklumkan bahawa pembinaan tersebut telah pun selesai dengan ujian menggunakan tren jenis ETS sedang dijalankan. 

Jika semua lancar, mulai tahun depan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan bermula dengan mengambil masa hanya 4 jam (5 perhentian) di landasan tersebut.

Berita tentang siapnya landasan ini telah pun ditulis sejak 2014 - 2 tahun sebelum ini.

Maka itu agak mengelirukan bila dakwaan projek tersebut dihentikan dan negara rugi berbilion ringgit kerananya, masih dimainkan bila mana projek itu sebenarnya telah pun siap dan menanti untuk digunakan saja.  Kontraktor yang mendapat projek itu (kroni negarawan yang berkenaan) telah pun mengaup hasilnya.

Saturday, April 18, 2015

‘Tun M Pun Dulu Dikritik, Tapi Dia Tak Layan’




Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj disifatkan kerap juga menegur dan mengkritik kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal pentadbirannya khususnya ketika berdepan dengan beberapa isu termasuk krisis Perlembagaan, krisis Raja-Raja dan hakim, namun beliau tidak ambil pusing.

Demikian kata Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek sambil menegaskan, walaupun Dr Mahathir menerima teguran itu namun beliau tidak melayan kritikan tersebut.


Mahathir Antara Orang Jatuhkan Saya - Tunku Abdul Rahman



Oleh: Rakyat Marhaen

Ramai para pemuja Tun Mahathir yang merasakan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang yang maksum dari segala kesilapan.

Sehingga ada di kalangan mereka yang menjatuhkan hukum 'dosa dan haram' sekiranya ada yang mengeluarkan kenyataan mengkritik beliau.


Friday, April 17, 2015

Burungnya Itu Juga, Tapi Kenapa Sayap Lain-Lain?


Ketiga-tiga pergerakan UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri, harus tampil menjelaskan kenapa pendirian untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak diperingkat pusat, tidak diikuti oleh sayap-sayap di negeri Kedah?

Adakah pendirian untuk menyokong kepimpinan Presiden parti ini tidak dibawa berbincang terlebih dahulu dengan Kedah sebelum dimuktamadkan dalam bentuk sokongan di peringkat pusat, atau macam mana?

Kalau tidak menyokong atas sebab dan alasan tidak mahu memburukkan keadaan(memandangkan Mukriz adalah anak kepada Mahathir), sekurang-kurangnya kalau diadakan perbincangan terlebih dahulu, masalah ini akan diketahui awal-awal.

Rasanya tak perlu diingatkan bahawa semua Ketua sayap di peringkat negeri adalah dipilih oleh ketua-ketua sayap juga, itu bukan jawatan demokrasi. Jadi selamat dikatakan, 'orang' ketua-ketua sayap juga.

Titah Sultan Pahang, Ada Artis Merah Muka?


Bila Mahathir mula main kad simpati untuk dapat sokongan rakyat dalam soal dia menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah beberapa orang dari golongan artis ini yang cuba tunjuk pandai (walaupun tidak faham permainan politik Mahathir) dengan memberikan sokongan kepadanya.

Sokongan terbuka dalam akaun media sosial milik artis yang berkenaan, turut menarik simpati yang sama di kalangan peminatnya sehingga ternampak macam Datuk Seri Najib ini pulak yang menzalimi Mahathir, walhal sebaliknya.

Tapi bila Sultan Pahang sendiri bertitah meminta rakyat (terutama rakyat Pahang) menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah agaknya respon artis yang betul-betul termasuk dalam skop titah berkenaan?

Sebetulnya, titah Tuanku itu memang tepat pada masanya, terutama dalam keadaan sekarang dimana sokongan kepada Mahathir dari kelompok artis tertentu diberikan secara melulu, tanpa memahami latar belakang yang sebenar.

Penulis percaya Tuanku Sultan Pahang tidak berminat dengan politik, tapi meminta rakyat Pahang mematuhi ajaran Islam iaitu taat kepada pemimpin dengan meminta diberikan sokongan kepada kepimpinan semasa.

Thursday, April 16, 2015

Agenda Sulit Mahathir Bersama Anwar, Untuk Jatuhkan Najib



Kehadiran Mahathir dan Zahid Hamidi ke rumah bapa Anwar baru-baru ini untuk menziarahi jenazah allahyarham Pak Berahim mula diperkatakan orang. Ada yang menggangap ia hanya lawatan biasa dan satu kebetulan.

Malah Wan Azizah ketika ditanya memberi alasan kononnya kedatangan Mahathir itu kerana bekas perdana menteri itu kenalan lama bapa mertuanya. Tidak ada keterangan lanjut dari itu.

Persoalannya apakah sebelum ini Mahathir ada menziarahi Pak Brahim atas hubungan yang disebut Wan Azizah itu?


Wednesday, April 15, 2015

Ugut Memang Cara Mahathir Dari Dulu


Mungkin ramai perasan yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung antara tulisan Mahathir dalam blognya mengenai 1MDB dan Sirul Azhar, dengan permintaan dibelakang tabir agar Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan jambatan bengkok serta menamatkan BR1M.

Benar, ia tidak ada kaitan sebab begitulah cara Mahathir - ugut.

Dalam soal 1MDB, selain tidak dibangkitkan dalam perjumpaan dengan Najib, pengurusan kanan 1MDB sendiri pun telah berjumpa dengan Mahathir untuk menjelaskan beberapa perkara yang dia sengaja tidak mahu faham.

Sepatutnya tidak ada sebab kenapa Mahathir perlu membangkitkan lagi isu 1MDB ini kerana dia sendiri telah berjumpa dengan pengurusan 1MDB.  Duit duduk mana, duit dibelanjakan untuk apa, kenapa Cayman dan sebagainya, semuanya boleh ditanya sewaktu perjumpaan tersebut.

Tapi ia tetap dibangkitkan kerana Mahathir mahu tunjuk kepada Najib apa jadi bila Najib enggan mendengar cakapnya.  Cara dia memang macam itu.  22 tahun jadi Perdana Menteri, Mahathir sengaja biarkan rasuah berleluasa di kalangan pemimpin UMNO kerana dengan cara itu dia boleh pegang 'telur' mereka.

Mukhriz Berniat Menentang Najib?


Tindakan ketua-ketu cawangan UMNO dalam DUN Bukit Lada yang beramai-ramai mendesak ADUN kawasan itu, Datuk Ahmad Lebai Sudin menarik balik gesaan agar Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk meletakkan jawatan, dikhuatiri di dalangi oleh Mukhriz sendiri.

Ini setelah ada maklumat mengatakan Setiausaha Politik Mukhriz, Datuk Azimi Daim yang merancang perhimpunan tersebut.  Tidak mungkin Azimi berani kalau bukan dengan kebenaran Mukhriz.

Dimana salah Ahmad Lebai Sudin bila beliau hanya mendesak Mukhriz agar segera menyatakan pendirian untuk mengelak UMNO Kedah dilihat berpecah setelah Mahathir tak pasal-pasal menyerang kepimpinan Najib?

Maksud lain, Ahmad Lebai Sudin hanya mahu UMNO Kedah bersatu padu dengan menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib, apa yang salah dengan itu sehingga beliau nak didesak untuk meletak jawatan?

Selain itu, ada juga maklumat mengatakan Mukhriz sudah mula memberi peruntukkan kepada bahagian-bahagian UMNO seluruh Kedah sedangkan sejak mula dilantik menjadi Menteri Besar, Mukhriz seakan tidak mempedulikan semua bahagian ini (dari sudut kewangan) sehingga menyukarkan mereka untuk bergerak dan membantu rakyat.

Sunday, April 12, 2015

Selepas #PMJawab, Mahathir Akan Pura-Pura Sakit?


Kalau ikut kepada jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas fitnah tidak berasas yang dilemparkan kepada beliau oleh Mahathir, tidak ada ruang untuk Mahathir bertanya soalan lagi kerana semua nya telah diulas Perdana Menteri.

1MDB, Altantunya dan sebagainya, semua telah dijelaskan satu persatu.  Dalam kes 1MDB, audit sedang dijalankan dan dalam kes Altantunya, kes telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan, apa persoalan sila rujuk disitu.

Motif? Penjenayah tidak perlu motif dan ketika melakukan jenayah itu, Sirul dan Azilah bukan anggota polis tapi penjenayah.  Ramai tahanan yang mati semasa berada dalam lokap polis, adakah anggota terlibat yang melakukan kesalahan itu diarah untuk membunuh? Kalau tidak, dimana wujud persoalan motif?

Semudah itu.

Maka tidak hairanlah kenapa penulis mendapat laporan Mahathir akan berpura-pura sakit selepas ini. Berpura-pura sakit ini bukan sukar sangat untuk orang tua pada usia 90 tahun macam Mahathir, maklum sahajalah, faktor usia.

Saturday, April 11, 2015




Oleh: Abdul Rahman Malik
 
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudahpun menggunakan hak demokrasinya untuk membidas, mencabar dan juga mempersoalkan halatuju pemerintahan negara.

Hak ini diakui dan diiktiraf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengaku bersedia mendengar dan menghormati pandangan bekas presiden Umno itu -sama seperti hak setiap rakyat Malaysia yang lain.

Friday, April 10, 2015



Oleh: Rakyat Marhaen

Pasti ramai yang sedang ketawa apabila menbaca komen terbaru bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai krisis serangan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ini kerana, bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik sejak zaman Tun Mahathir hingga sekarang pasti mengenali makhluk yang bernama Daim Zainuddin ini.


Apa Selepas Ini? Mahathir Tanya, Najib Jawab Lagi, Bila Nak Habis?


Setelah Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kejutan dengan tampil menjawab semua persoalan yang dibangkitkan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad malam tadi, rakyat menantikan apakah yang akan berlaku selepas ini.

Yang nyata, Mahathir tidak akan berdiam diri, egonya bila dilihat sebagai 'rakyat biasa' oleh Najib, pasti dibalas, cara balas tu saja nak tahu, tanya soalan lagikah, buat-buat bodoh kah atau bagaimana?

Mahathir, tau sajalah, bukan boleh orang pandang kecil pada dia sikit, mesti nak membalas.  Dia ingat dunia ini dia yang punya agaknya.

Atau mungkinkah selepas ini seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah pulak tanya soalan dan sekali lagi Perdana Menteri terpaksa menjawab  dan Perdana Menteri terpaksa menjawab lagi?

Tak jawab tak boleh sebab kalau ikut prinsip keadilan, satu bekas tanya dan dijawab, satu bekas lagi kalau tanya pun, mesti nak kena jawab juga.  Persoalannya, kalau jadi macam itu, bila nak habis?

Thursday, April 9, 2015

Sekadar Soalan Atau Plot Menjatuhkan Najib



Oleh: Rakyat Marhaen


Nampaknya Tun Dr Mahathir bersunguh-sungguh mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Terbaru, penulis difahamkan, Mahathir melalui pegawainya Sufi Yussuf sedang mengaturkan perjumpaan tertutup para perwakilan UMNO untuk berjumpa dengan mantan Perdana Menteri itu.


Wednesday, April 8, 2015

Sufi Yusuff Dalang Di Sebalik Serangan Tun Mahathir ke atas Najib?


Oleh: Rakyat Marhaen

Umum mengetahui sejak kebelakangan ini, serangan Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bukan lagi bersifat dasar atau perkara-perkara yang melibatkan kepentingan umum.

Ini kerana kenyataan beliau akhir-akhirnya ini dilihat semakin melampau seperti ada dendam kesumat apabila ia mula melangkau di luar norma-norma kewarasan seorang negarawan.

Persoalannya apakah motif atau asas yang beliau mahukan? Mengapakah kritikan dan serangan Tun M itu menyentuh isu-isu bersifat peribadi sanggup sehingga mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, sedangkan Najib dipilih oleh beliau sendiri?

Ramai yang mula menyoal motif sebenar TunM, apakah ia dilakukan kerana sayangkan negara seperti yang didakwa atau hanya sekadar mahu memastikan kelangsung politik individu tertentu?

Tidak kurang juga ada yang mendakwa ia dilakukan bagi menjaga kepentingan 'taikun-taikun' besar yang mula terkesan atas dasar dan pendekatan yang dilakukan Najib. Hasil penelitian yang dilakukan, dalang sebenar di sebalik serangan ini ialah pegawai kepada Tun Mahathir, Sufi Yussuf.
Individi ini dikatakan menjadi orang tengah antara TunM dengan 'taikun-taikun' ini. Beliau menerima sejumlah duit yang dibayar oleh 'taikun-taikun' ini untuk memastikan TunM terus menyerang dan memberikan tekanan kepada Najib.

Penulis turut dimaklumkan, Sufi telah berjumpa dan meminta bayaran dari ahli-ahli perniagaan yang benci dan marah dengan pendekatan Najib bagi memastikan 'Gerakan Membuang Najib' berjalan lancar.

Sufi juga bertindak menyampaikan maklumat 'terpilih' kepada TunM sehingga menyebabkan Tun terkhilaf dalam memberikan pendapat dan kembali diserang oleh kawan dan lawan. Bagaimana inidvidu yang hebat seperti TunM boleh terlepas pandang dalam kes Altantuya?

Paling menarik apabila coretan terbaru yang dimuatnaik di dalam blog TunM juga agak berbeza. Ini kerana mereka yang selalu mengikuti penulisan Tun M sudah pasti dapat melihat perbezaan dari segi gaya bahasa yang digunakan di dalam tulisan tersebut. Benar, Tun M mungkin memberikan kebenaran agar tulisan tersebut dimuatnaik di dalam blog tersebut, tapi ia bukan ditulis oleh beliau sendiri seperti kebiasaanya. (...bersambung)

Dari Negarawan Dah Jadi Pekungwan


Nampak benarlah Mahathir dah dimamah usia sehinggakan pelbagai perbandingan yang dibuat untuk menjelaskan pelbagai dakwaan yang dilempar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, dibalas dengan jawapan yang hanya mendedahkan pekung nya sendiri.

Sesuai dengan tajuk, dari negarawan dah jadi pekungwan, nasib baik tak sawan.

Beberapa dekad lamanya penulis tidak percaya dakwaan Anwar Ibrahim dan pembangkang bahawa Mahathir menghilangkan puluhan billion wang negara dalam pelbagai urusan perniagaan yang merugikan, sekarang Mahathir sendiri sahkan bahawa semua dakwaan itu benar belaka.

Tak tahu nak letak muka di mana. Nasib baik penulis bukan penyokongnya lagi.

Pulak tu, penjelasan hanya diberi setelah 12 tahun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (ada kata, separuh dari persoalan itu dah dijawab dalam buku memoirnya tapi masih lagi setelah dia letak jawatan), kenapa tidak sewaktu semua wang itu hilang? Kenapa sekarang?

Lagi satu, siapa yang nak terima dakwaan Mahathir bahawa kehilangan puluhan billon wang negara itu semasa dia memang jadi Perdana Menteri sebagai 'tidak mengapa' kerana rakyat tahu ke mana wang itu hilang? Itu jawapan jenis apa?

Saturday, April 4, 2015

Sah!! Mahathir Memang Mahu Muhyiddin Ganti.


Penulis dihentam kerana menulis komplot antara Muhyiddin Yassin dengan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Kata mereka Muhyiddin tidak patut dilibatkan, yang salah itu Mahathir seorang, hentam Mahathir sajalah.

Hari ini dalam satu sidang media di Cyberjaya, Mahathir mengesahkan perkara tersebut.  Dia memang nak Najib turun sebab tak mematuhi 'harapannya'. Harapan apa?  Angkuh sungguh, seolah-olah cakap dia tu semua orang kena ikut.

Tak mengapalah, yang penting penulis betul, yang menuduh ni salah.

Sudah-sudahlah Mahathir.  Kalau Muhyiddin naik dan Najib turun, pun masalah tak selesai juga kalau impian nak lantik Mukhriz jadi Timbalan Perdana Menteri tak jadi kenyataan. 

Tak tahulah kalau Muhyiddin mahu jadi robot yang remote controlnya dikawal Mahathir dari jauh. Najib bukan robot, beliau bertanggungjawab kepada rakyat, bukan kepada Mahathir.

Friday, April 3, 2015

Kritikan Mahathir: Adakah Najib Dikhianati Timbalannya Sendiri?


Modus operandi Mahathir menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak sudah begitu jelas - dia sedang mencari bakal Perdana Menteri yang boleh memastikan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Dulu dia fikir Najib boleh diperalatkan untuk mencapai tujuan tersebut, tapi sebagai seorang yang telah terbiasa dengan pemerintahan ala kuku besi (nak apa pun dapat dengan cepat), Mahathir melihat Najib terlalu lambat dan Mukhriz sendiri pun terlalu lembab, maka inilah jalan singkat yang dia fikirkan boleh melaksanakan impian itu dengan segera ialah dengan mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Semua orang tahu hal ini.

Bagaimanapun, bercakap tentang itu (mencari bakal Perdana Menteri yang boleh diperalat untuk menaikkan Mukhriz), adakah orang yang Mahathir pilih ialah Timbalan Najib kini, Muhyiddin Yasin? 

Lagipun bukan rahsia yang Muhyiddin cuba mencabar Najib menggunakan isu pemansuhan Akta Hasutan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas, tapi gagal kerana Najib membuat keputusan yang tidak disangka Muhyiddin dengan mengekalkan akta tersebut.

Thursday, April 2, 2015

Mana Ada Orang Gila Mengaku Gila, Samalah Orang Nyanyuk


Setelah pelbagai dakwaan mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini tidak mendapat perhatian, guna surat layang hantar pada semua ketua cawangan pun tak berkesan, Mahathir hari ini menulis tentang Altantunya pula (disamping 1MDB dan isu-isu lapuk yang lain).

Ini nampaknya memang sengaja nak mencuit Najib untuk memberi perhatian kepadanya, sebab itu dibangkitkan isu-isu yang sama ada sudah dijawab, dalam siasatan/audit atau sudah dibawa ke Mahkamah dan diputuskan pengadilannya.

Cakap pasal Altantunya, mungkinkah Mahathir tahu apa yang kita semua tidak tahu?  Sebab  Sirul yang melarikan diri pun tidak pernah mengatakan dia diarah sesiapa untuk membunuh Altantunya, ibunya yang cakap tu (diarah membunuh Altantunya), bukan Sirul.

PAS menjejak Sirul sampai ke Australia pun tak dapat pengakuan yang mengatakan pembunuhan itu dilakukan kerana diarah sesiapa.

Itu sahaja membuktikan bahawa Mahathir seorang yang nyanyuk dan tidak peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.  Sekalipun diakhir para artikel itu dia mengaku tidak nyanyuk, tapi nyanyuk ni macam orang berak tengah jalan, siapa yang nak mengaku pun.

Wednesday, April 1, 2015

GST: Isunya Bukan 6% Tapi Sistem Cukai Tersebut


Kalau nak diikutkan, ramai di kalangan rakyat Malaysia ini membazir untuk banyak benda.  Kadang-kadang duit mengalir begitu saja untuk benda-benda yang kalau difikirkan tak lah mendatangkan faedah sangat.

Sebab itu penulis tak percaya, dengan tabiat mengalirkan duit begitu, ada orang begitu kisah nak bayar tambahan 6% untuk barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST.  6%, bukan RM 6.

Jadi apa yang isu sangat GST ni sehingga dimomokkan pembangkang sebagai satu benda yang jahat?  Penulis nak katakan disini bahawa isunya bukan sangat tentang 6% tu tapi lebih kepada sistem itu sendiri.

Sistem GST ini begitu efisien sekali sehinggakan kerajaan boleh tahu berapa banyak yang keuntungan yang peniaga ambil ke atas barangan atau perkhidmatan yang dikenakan mereka.