Saturday, February 27, 2016

Undang-Undang Menyekat TMI Digubal Pada Zaman Mahathir


Mahathi tidak perlu melatah dengan keputusan kerajaan menyekat akses ke laman The Malaysian Insider sebab undang-undang yang digunakan untuk menyekat laman web tersebut telah digubal pada tahun 1998 - ketika Mahathir masih Perdana Menteri.

Entah kenapa ia kurang dikuatkuasakan sebelum ini, sehingga bila kena pada TMI, nampak macam isu yang besar sangat.

Itu bagaimanapun masih kurang. Tak berapa lama sebelum ini Mahathir pernah kata akan sekat Internet kalau dia ada peluang jadi Perdana Menteri sekali lagi.  Jadi kita hairan bagaimana Mahathir kata sekat TMI maksud negara jadi macam Korea Utara, yang dia nak sekat Internet, tak jadi apa-apa?

Sama ada nyanyuk atau sudah gila.

Thursday, February 25, 2016

Mahathir Nak Masuk Penjara? Siapa Nak Penjarakan Dia?


Hanya orang gila sahaja yang akan percaya Mahathir ini benar-benar nak masuk dalam penjara.  Bagi seorang bekas Perdana Menteri, bapa kepada beberapa orang jutawan (dia pun sendiri jutawan?), duduk dalam penjara adalah antara benda yang tak akan dimasuk dalam senarai pun.

Mahathir pun tahu tidak ada hakim mana yang akan penjarakan dia, tua sangat dah nak dihumban ke dalam penjara pun.  Waima layak dipenjarakan sekalipun, Mahathir sendiri akan pastikan perkara itu tidak akan berlaku by hook or by crook.

Apa yang Mahathir sebut akan kesediaannya untuk masuk penjara (duduk sebelah Anwar pulak tu), hanyalah satu taktik meraih simpati rakyat dan menambah kebencian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak - yang langsung tidak ada kena mengena dengan apa pun kesalahan yang Mahathir mungkin lakukan sehingga nak dipenjarakan tu..

Najib bukan hakim boleh penjarakan orang dan paling penitng sekali, Najib bukan Mahathir suka penjarakan orang!!  Atikel itupun bukan Najib yang suruh Mahathir tulis, dia sendiri nak tulis kan.

Zaman Mahathir bolehlah, dia ada 'penjara peribadi' yang dipanggil sebagai kem Kamunting, banyak cakap tengok, masuklah ke dalam itu selama mana diperlukan Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri (dengan menggunakan ISA).

Tak payah Mahathir jadi hakim pun, tapi boleh tahan orang tanpa  bicara.

Tuesday, February 23, 2016

Bila Mahathir Nak Sumpah Al-Quran, Nak Tunggu Wahyu Ke?


Mahathir beberapa hari lepas dikatakan bersedia bersumpah menjunjung Al-Quran untuk membuktikan dakwaannya ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM 2.6 billion - jika diminta.

Siapa mintak, bagaimana nak mintak, dia tak pulak sebut, jadilah benda itu tergantung begitu sahaja, tapi junjung Al-Quran saja pun yang kita cakapkan ni.

Gamaknya susah nak bersumpah menjunjung Al-Quran tu ye, sebab sehingga sekarang masih tak nampak lagi Mahathir bersumpah menjunjung Al-Quran seperti yang dikatakkannya tu.

Apa yang Mahathir tunggu agaknya, wahyu dari langit ke?  Kalau isunya takde orang minta, sekarang penulis minta Mahathir teruskan junjung Al-Quran itu.

Monday, February 22, 2016

Exco Kedah Pro Mukhriz Tak Tahu Malu Ke?


Ketika diketahui bahawa 14 ketua bahagian UMNO di Kedah mahu perubahan dilakukan ke atas kepimpinan negeri itu pada 20 Januari 2016, Datuk Sri Najib Tun Razak teruk dihentam oleh pegawai-pegawai Exco yang kononnya setia dengan Menteri Besar ketika itu, Mukhriz Mahathir.

Macam-macam kata buruk dilempar kepada Najib sekalipun Najib tidak terlibat sama sekali, yang membantah itu adalah UMNO Kedah sendiri kerana Mukhriz di dakwa tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Turut terkena tempiasnya ialah Menteri Besar yang baru, Datuk Sri Ahmad Bashah.

Hari ini, semua 9 Exco dibawah pentadbiran Mukhriz, termasuk 2 yang begitu tegar meyokongnya seperti Aminudin Omar dan Suraya Yaakob, mengangkat sumpah semula sebagai Exco.

Persoalannya sekarang, dah kemana kesetiaan tak berbelah bahagi yang diberikan kepada Mukhriz dulu?  Sekalipun mungkin ada sebab-sebab lain kenapa semua Exco dikekalkan, tapi Exco yang terlibat itu sendiri boleh meletak jawatan kalau tak bersetuju dengan pilihan Ahmad Bashah.

Wednesday, February 17, 2016

Direkrut DAP: Muhyiddin Dicabar Saman Kit Siang


Muhyiddin bukanlah orang yang percaya dengan penafian mulut.  Pada dia, nafi guna air liur ini murah, takde nilai, kena ada siasatan, kena ada dokumen dan sebagainya, baru boleh diguna.

Itulah kesnya dalam soal 1MDB dan itu jugalah kes dalam dana politik RM 2.08 billion (pulang balik RM 2.03 billion).  Muhyiddin sampai ambik risiko dipecat dari jawatannya atas prinsip itu.

Tapi sekarang, bila Kit Siang mendakwa merekrut Muhyiddin untuk merampas Johor dari BN dalam PRU14, Muhyiddin boleh pulak nafi pakai air liur?

Siapa nak percaya.  Penafian Muhyiddin tidak ada makna sebab  Muhyiddin sebagai penentang Najib bukan benda baru, semua orang tahu dah.  Cuma dia tak kerjasama dengan pembangkang saja lagi, kias-kiasnya tu nampak dah.

Tapi dengan kenyataan Kit Siang ini, kias-kias mungkin dah jadi kenyataan, betulkah?  Kita tidak tahu sebab dalam politik, apa pun boleh jadi.

Justeru, Muhyiddin perlu ambil tindakan undang-undang ke atas Kit Siang kalau nak penafiannya itu diterima orang, lebih-lebih lagi orang UMNO.  Orang UMNO sensitif dengan DAP ni sebab parti itu dilihat ramai sebagai parti perkauman tegar

Tuesday, February 16, 2016

Mahathir Disiasat Kerana Salahnya Sendiri


Antara asas utama perundangan dalam negara ini ialah, tidak ada siapa pun berada di atas undang-undang. Dulu atas sebab tertentu, ada kekebalan, tapi setelah pindaan dibuat dalam perlembagaan negara, semua orang pun boleh dikenakan tindakan.

Jadi dalam soal Mahathir disiasat kerana kenyataan yang dibuat dalam  blognya ni, apa yang pengikutnya nak mengamuk?  Nak penjarakan Najib boleh, takkan nak siasat Mahathir tak boleh?

Apakah keadilan hanya kalau Najib saja yang kena, kalau Mahathir kena itu tanda tidak adil?

Sepatutnya jangan dikata apa-apa lagi, biarkan saja proses yang sepatutnya berjalan.  Belum tentu puin tindakan akan dikenakan ke atas Mahathir dan kalau ada pun, belum tentu masuk jail.

Monday, February 15, 2016

Kumpulan Mahathir Sebar SMS,, Gesa Rakyat Bangkit Untuk Jihad



Baru-baru ini, beberapa pimpinan NGO dan tokoh-tokoh aktivis mendakwa menerima pesanan ringkas (SMS) yang menyeru mereka untuk bersama bangkit untuk menyingkirkan Najib bagi menyelamatkan negara.

Menjadi Penaung GKCM, Merupakan Usaha Terdesak Mahathir



Walaupun pelbagai usaha dan perancangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir namun ternyata ia masih gagal untuk memaksa Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Hikmah Disebalik Perletakan Jawatan Mukhriz Sebagai MB



Para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini melihat perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menter Besar adalah merupakan satu lagi kegagalan dalam gerakan untuk memaksa Perdana Menteri berundur.

Sunday, February 14, 2016

Mukhriz Berhentilah Memburukkan Perdana Menteri


Fakta 1

Jawatan Kabinet adalah lantikan sepenuhnya Perdana Menteri, asasnya beliau tidak perlu mendapat nasihat atau dinasihatkan oleh sesiapa, kalau beliau rasa individu itu mampu bekerja dalam pasukannya, dia akan dibawa masuk, kalau tidak dia akan ditendang keluar/meletak jawatan.

Sejak pembentukan kabinet pasca PRU13, hanya seorang Timbalan Menteri sahaja meletak jawatan iaitu orang Hindraf, P Wayatharmoorty, yang lain semua kena buang.

Fakta 2.

Mukhriz mendakwa dia dipecat kerana Perdana Menteri tidak senang dengan tindakannya yang suka mengkritik Perdana Menteri dalam pelbagai isu seperti 1MDB dan sebagainya.

Fakta 3

Mukhriz mengakui dia ada ditawakan jawatan Timbalan Menteri (kemudian Menteri Penuh) sekiranya setuju letak jawatan tapi kerana kononnya sayangkan rakyat Kedah, Mukhriz menolak.

Sekarang, bandingkan semua fakta di atas, tanya pada diri sendiri dimana logik?  Benarkan Perdana Menteri tak suka Mukhriz tapi nak lantik dia jadi Menteri? Kalau Perdana  Menteri suka simpan orang yang beliau tidak suka, Muhyiddin tidak akan terbuang.

Macam mana Perdana Menteri nak jadikan dia Menteri kalau betul beliau tak suka Mukriz?  

Kenyataan Mukhriz sebenarnya mengesahkan Perdana Menteri adalah orang baik dan mahu Mukhriz terus kekal relevan, hanya Mukhriz saja yang jual mahal.

Apa yang berlaku kepada Mukhriz sebenarnya ialah, dia memang ditolak UMNO Kedah, kemudian dia terjebak dalam permainan politik bapanya yang anti Najib untuk menutup hakikat kepimpinannya ditolak.

Senang kata, nak jaga ego saja, tak lebih dan tak kurang.

Wednesday, February 10, 2016

Pemuda PAS Boleh Jumpa Arul Kanda Tapi Mukhriz Tidak Boleh?


Selain tidak peka, sebetulnya semua persoalan yang dibangkitkan Mukhriz Mahathir mengenai 1MDB kelmarin, sebenarnya boleh dijawab dengan lebih awal kalau dia meluangkan sedikit masa berjumpa dengan CEO 1MDB, Arul Kanda.

Tak perlu minta Majlis Raja-Raja campur tangan pun, benda senang, dia sendiri boleh tanya.

Perkara itupun (jumpa Arul Kanda( tak sepatutnya jadi masalah kerana ketika jadi Menteri Besar, memang Mukhriz balik KL setiap minggu, memandangkan keluarganya berada disini (KL).

Kenapa tak boleh luang masa sekejap?

Pemuda PAS pun berpeluang berjumpa sendiri dengan Arul Kanda bagi mendapatkan penjelasan berhubung beberapa perkara yang menjadi isu, dengan bagaimana cara Mukhriz - satu ketika seorang Menteri Besar tidak boleh?

Pendidikan Memang Sudah Tidak Penting Dalam Politik Sejak Zaman Mahathir


Kata balaci nombor wahid Mahathir, Kadir Jasin, perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah membuktikan bahawa pendidikan sudah tidak lagi penting.

Niat Kadir tidak ada lain melainkan untuk menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Ahmad Bashah yang tidak berpendidikan tinggi.

Tanpa sedar, tua kutuk ini mungkin terlupa bahawa pendidikan memang sudah lama jadi tidak penting dalam politik, iaitu sejak zaman Mahathir masih Perdana Menteri lagi.

Sebagai permulaan, Ahmad Bashah itu sendiri mula menjadi ADUN pada tahun 1995, iaitu pada zaman Mahathir masih Perdana Menteri.  Mahathir juga pernah melantik Syed Razak sebagai Menteri Besar Kedah walaupun Syed Razak hanya ada SPM.

Friday, February 5, 2016

Permainan Politik Masa Mukhriz Jadi MB, Bukan Masa Kena Buang!!


Dakwa Mahathir, anaknya Mukhriz jadi mangsa permainan politik Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga terpaksa letak jawatan Menteri Besar Kedah.  Ironinya, yang bercakap ini paling banyak main politik untuk singkir ornag yang dia tidak suka sepanjang jadi Perdana Menteri.

Kedah tu sendiri, ketika Osman Aroff jadi Menteri Besar, 22 ADUN menyokong dia kekal tapi Mahathir tetap pilih untuk buang dan ganti dengan sekutunya Sanusi Joned.  3 tahun lepas itu, Sanusi Joned pun Mahathir buang - gila punya orang.

Nak disebutkan disini bahawa, sebetulnya perlantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar itulah adanya permainan politik, bukan masa kena buang.  Pemainnya bukan orang lain, Mahathir juga.

Wednesday, February 3, 2016

Mukhriz Menteri Besar Kedah Paling Singkat Dalam Sejarah


Rekod Menteri Besar Kedah paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah sebelum ini ialah Sanusi Junid yang memegang jawatan itu selama lebih kurang 3 tahun 5 bulan iaitu dari Jun 1996 hingga November 1999.

Dengan pengumuman perletakan jawatan Mukhriz Mahathir pagi tadi, rekod itu telah dipecahkan,dia sekarang menjadi Menteri Besar Kedah paling singkat iaitu tak sampai 3 tahun pun - kurang lebih 2 tahun 7 bulan sahaja.

Kelakar kan?

Walhal kalau nak diikut dari segi status dan pendidikan, anak bekas PM paling hebat dalam sejarah pulak tu (kononnya), Mukhriz patut jadi Menteri Besar terhebat yang pernah Kedah lahirkan, tiadalah yang sehebatnya lagi.  Patut begitu.

Ini tidak, dia jadi Menteri Besar paling cikai dalam sejarah Kedah, kepimpinannya ditolak bukan sahaja oleh UMNO negeri Kedah bahkan oleh barisan Exconya sendiri!!  Belum pernah dalam sejarah negeri itu, 3 Exco saja datang mesyuarat, tapi zaman Mukhriz ada.

Yang Mukhriz kalah berlawan ini pun Ahmad Bashah - hanya lulusan SPM (bukan SRP)!!

Tuesday, February 2, 2016

Mukhriz MB UMNO Pertama Disokong Pembangkang



Tolak 3 ADUN UMNO yang dikatakan masih tinggal menyokongnya, Mukhriz kini terpaksa bergantung kepada ADUN ADUN Pakatan untuk mengekalkan kuasa sebagai Menteri Besar di Kedah.

Menurut khabarnya, dalam pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah tadi, 15 ADUN Pakatan termasuk PAS, sokong Mukhriz kekal Menteri Besar.

Penyokong Mukhriz mungkin bangga dia masih kekal MB tapi tak sedar yang keadaan ini sebenarnya lebih teruk dari meletak jawatan.  Belum pernah berlaku dalam sejarah MB UMNO kekal kerana sokongan pembangkang. ini mungkin yang pertama.

Masalahnya bukan esok, masalahnya bukan lusa, masalahnya sampai PRU14 nanti.  Kalau keadaan ini kekal, bagaimana Mukhriz nak menjalankan kerja?  Siapa nak jadi baki Exconya - tolak 3 mangkuk hayun yang masih sokongnya itu?

Adakah Mukhriz nak ambik orang PAS, PKR, DAP atau PAN untuk jadi Exco Kedah?  Tak pernah dibuat orang.

Monday, February 1, 2016

Libat Istana: Polis Dah Beri Amaran, Kenapa Mukhriz Degil?


Kenyataan media Mukhriz, antara yang terakhir sebagai Menteri Besar Kedah semalam, dilihat ramai sebagai benar-benar kurang ajar kerana cuba mengaitkan pihak Istana dengan kemelut politik yang melanda UMNO negeri tersebut.

Padahal pihak polis telah memberikan amaran supaya tidak mengaitkan Istana dengan kemelut politik tersebut, tapi nampaknya masih ada yang berdegil.

Sehubungan dengan itu kita harap akan ada laporan yang dibuat agar tindakan susulan diambil ke atas Mukhriz lanjutan dari kenyataannya itu.