Thursday, September 29, 2016

Masuk Parti Mahathir Sebab Nak Kejar Jawatan Saja


Seringkali bila berlaku perpecahan dan parti baru ditubuhkan, akan adalah pemegang-pemegang jawatan baru yang mengisi jawatan-jawatan tertentu dalam parti yang ditubuhkan.

Peluang ini sukar nak diperolehi dalam parti yang lama, jadi berhijrahlah mengguna nama rakyat dan perjuangan masuk ke parti baru.  Sebetulnya tidak ada kaitan dengan rakyat sama sekali, hanya untuk mencapai matlamat politik sendiri saja.

Justeru, tidak adalah yang berbeza dalam kes parti yang ditubuhkan ini pun.  Memang adalah beberapa orang UMNO yang masuk parti itu, tapi jumlahnya tidak ramai seterusnya tidaklah begitu sangat memberikan impak yang diharapkan Mahathir dan Muhyiddin.

Kemasukan 110 ahli UMNO diketuai bekas Naib Ketua Bahagian Kota Raja beberapa minggu lepas, kekal sebagai gelombang pertama kemasukan ahli UMNO ke dalam Pribumi, selepas itu, jangan kata gelombang, buih-buih kecil pun tidak ada.

Maka jangan hairanlah bila Muhyiddin sendiri pun tak berapa nampak bernafsu dengan parti baru ni.  Kalau tak silap pengiraan, sejak ditubuhkan secara rasmi kurang sebulan dulu, tidak banyak aktiviti diadakan untuk mempromosi parti baru dan kalau ada pun, hanya dalam skala yang sangat kecil.

Tuesday, September 27, 2016

Penyokong Tegar Mahathir Akan Adakan 'Pemberontakan' Terhadap Muhyiddin



Seperti kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal laut luas jangan diduga.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru 3 minggu didaftarkan dikatakan bakal berdepan dengan badai buat kali pertama.

Ia ekoran rasa kurang senang dikalangan ahli terutamannya penyokong tegar Mahathir yang mendakwa Muhyiddin lebih gemar membuat keputusan sendiri dan menganggap parti itu hak milik persendiriannya.

Mahathir Mahu Muhyiddin Jadi PM, Kalau Pembangkang Menang



Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang beliau mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Perdana Menteri.

Namun menurut Mahathir lagi, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perkara itu stidak seharusnya dibangkitkan pada ketika ini kerana takut ia memecahkan undi.

Litar Sepang Ni Rakyat Punya Ke Mahathir Punya? Anak Pengerusi, Anak Buah CEO!!


Menjelang perlumbaan F1 di Sepang hujung minggu ini, ada perkembangan menarik mengenai litar tersebut yang rakyat patut tahu.

Semua orang maklum bahawa anak Mahathir, Mokhzani telah memegang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) sejak litar itu mula beroperasi pada lewat 90-an.  

Tapi mungkin tak ramai tahu bahawa CEO SIC hari ini adalah juga anak saudara kepada Mahathir - anak saudara Hasmahlah lebih tepat.

Ini menimbulkan persoalan litar SIC ni dulu buat pakai duit rakyat ke pakai duit Mahathir sampai anak dan anak buahnya boleh duduk di 2 kerusi penting SIC pada ketika Mahathir menjadi pemimpin pembangkang hari ini?

Mungkinlah pakai duit Mahathir kot sebab baru-baru ni Mahathir mengaku masa dia jadi Perdana Menteri, segalanya berkenaan hidup dia adalah ditanggung oleh kerajaan - semua disediakan.  Bolehlah dia menyimpan segala duit gajinya tu.

Pada tahun SIC siap dibina (akhir 90-an), negara mana ada duit kerana dilanda kemelesetan ekonomi 1997 yang Mahathir jadi puncanya.

Jadi bersangka baiklah bahawa SIC tu mungkin Mahathir punya atau ada saham yang besar di dalamnya maka itu anak dan anak buahnya boleh pegang jawatan yang tinggi dalam SIC.  Itu yang kita tahu, yang kita tak tahu, entah berapa ramailah lagi,

Monday, September 26, 2016

Mahathir Mengaku Salah Guna Kuasa Ketika Menjadi Kewangan



Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata seorang perdana menteri tidak seharusnya menjadi Menteri Kewangan kerana menyifatkan ia bakal membuka ruang kepada salah guna kuasa.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun ketika menyampaikan syarahan di London, Rabu lalu berkata usaha perlu dilakukan bagi menghalang seorang perdana menteri memegang portfolio menteri kewangan.

Ahli PBMM Mula Mengeluh, Muhyiddin Semakin Lesu



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan semakin lesu walaupun telah hampir sebulan ditubuhkan.

Selain ahli yang baharu berdaftar, kegusaran itu turut disuarakan oleh orang-orang kuat parti yang menyifatkan momentum semakin menurun hari demi hari.

Saturday, September 24, 2016

Mukhriz: Nak Satukan UMNO Kedah Pun Kau Gagal, Nak Satukan Pembangkang Pulak Lagi?


Mukhriz ini ada satu perkara pasal dia yang cukup penulis ingat - cakapnya tak boleh pakai, nak-nak yang berkaitan dengan bapaknya sendiri. Cakap pasal bapak sendiri pun tak boleh pakai, sikit mau ingatlah kalau dia cakap pasal benda lain.

Ia adalah Mukhriz yang kata bapaknya tidak akan sokong pembangkang, kemudian Mahathir cari pembangkang.  Mukhriz juga pernah cakap Mahathir tidak akan tubuh parti baru lawan UMNO, kemudian Mahathir tubuh PPBM Pribumi.

Sekarang Mukhriz cakap, dia dan parti barunya, Pribumi Mahathir, akan gabung semua parti pembangkang dalam Malaysia ini di atas nama dan jenama Barisan Rakyat untuk pastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Friday, September 23, 2016

Rakyat Sabah Benci Mahathir Sebab Tu Shafie Buat Parti Baru?


Tidak dapat dinafikan Mahathir telah banyak membawa kerosakan dibumi Sabah sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Bagi orang-orang lama Sabah, keburukan terbesar Mahathir (selain projek IC) ialah apabila membawa masuk UMNO ke negeri itu pada tahun 1994 dan hampir mematikan parti-parti tempatan Sabah yang menguasai politik negeri itu buat sekian lama.

Tindakan DAP dan PKR bertapak di negeri tersebut tidak lama selepas itu, bagaimanapun mengubah sikit demi sedikit pandangan orang Sabah mengenai kemasukan politik dari Semenanjung, bagaimanapun mereka masih tidak memaafkan Mahathir kerana memulakan perkara tersebut.

Maka tidak hairan, antara orang kepercayaan Mahathir, Shafie Afdal, dalam usaha meneruskan karier politiknya, tidak pun menyertai parti baru yang diasaskan Mahathir - PPBM, sebaliknya bakal menubuhkan parti baru di Sabah.

Sudah tentu ini bukti bahawa jenama Mahathir tidak diterima rakyat Sabah selain Shafie yang tidak ada kedudukan selayaknya dalam PPBM, memandangkan 2 jawatan tertinggi telah diisi masing-masing Muhyiddin dan anak Mahathir sendiri, Mukhriz.

Wednesday, September 21, 2016

Beranikah Mahathir Bersumpah, Pasal Kekayaan Mukhriz



Blogger Politik, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa Tun Mahathir Mohamad sebagai pembohong apabila mendakwa tidak terlibat untuk memastikan anak-anaknya menjadi kaya ketika menjawat jawatan sebagai perdana menteri.

Menurut Raja Putra penafian Mahathir itu sukar diterima akal kerana anaknya Datuk Seri Mokhzani Mahathir merupakan antara individu terkaya di negara ini.

Tuesday, September 20, 2016

YDP Agong Tolak Deklarasi Mahathir Jatuhkan PM


Media sebelum ini melaporkan Tun Dr Mahathir telah mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan deklarasi yang kononnya ditandatangani oleh rakyat Malaysia yang menggesa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebegai perdana menteri.

Namun media hanya melaporkan mengenai perjumpaan tersebut tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.


Mahathir Dulu Hapus Kuasa Raja, Sekarang Pura-Pura Pertahan

 
Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dilihat begitu lantang menyatakan bantahan terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang akan dilaksanakan kerajaa.

Menurut bekas perdana menteri itu, akta tersebut bertujuan untuk  mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Modus Operandi Guna Ahli Keluarga Untuk Serang Perdana Menteri, Memang Cara Mahathir


Kalau sesiapa perasan, mutakhir ini bermula kembali serangan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor.

Dari pemakaiannya yang dikatakan melampau mewah, sehingga kepada pembatalan anugerah oleh UNESCO yang sepatutnya diterima 22 September akan datang - semua ini menjadi bahan media asing untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri.

Sebetulnya kalau semua nak tahu, ini adalah cara Mahathir untuk mendesak Najib berundur ikut jalan belakang.

Mahathir sudah tidak berjaya menjatuhkan Najib ikut jalan depan.  1MDB, undi tidak percaya, apa lagi yang Mahathir tidak buat, semua sudah tapi Najib bergegar sikit pun tidak.

Justeru, Mahathir berharap dengan memburukkan imej Najib melalui Rosmah, Rosmah akan mendesak Najib supaya berhenti kerana tidak tahan dimalukan media asing yang Mahathir upahkan.

Modus operandi ini sebenarnya telah digunakan terhadap Paklah dahulu dimana Mahathir pada satu ketika, meningkatkan serangan terhadap isteri barunya Jeanne Abdullah.  Sebelum itu yang jadi mangsa menantunya, Khairy Jamaludin.

Monday, September 19, 2016

Korum PPBM Tak Pernah Yang Cukup, Kenapa?


Sejak ditubuhkan ni, kita dah menyaksikan beberapa pertemuan antara pemimpin PPBM Pribumi ni yang digambarkan bersama.  Menariknya, dalam setiap pertemuan itu, korum mereka tak pernah yang cukup, kenapa ya?

Kalau Muhyiddin ada, Mukhriz tak ada, kalau Mukhriz ada, Muhyiddin tak ada, kalau Mukriz dan Muhyuddin tak ada, Shafie Apdal ada.  mahathir bagaimanapun, selalunya ada, nak buat macam mana, parti dia yang punya.

Angan-angan tinggi ni, nak menumbangkan BN tapi nak kumpul sesama sendiri pun tak lepas-lepas, macam mana ni?

Keadaan macam ini tak pernah berlaku dalam mana-mana parti politik, baik yang lama, apatah lagi  yang baru macam ini.  Kecualilah masa PKR ditubuhkan dulu, memang waktu itu Anwar tak pernah ada, dah dia masuk penjara.

Thursday, September 15, 2016

Kerana Mahukan Kuasa, Mahathir Akur Untuk Bebaskan Anwar



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini akur untuk membebaskan seteru no satunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Mahathir ketika diasak wartawan sebentar tadi berkata dirinya tidak ada masalah untuk mengeluarkan Anwar sekiranya ia merupakan kehendak semua pihak (rakan-rakannya di dalam pakatan pembangkang).

Wednesday, September 14, 2016

Beranikah Mahathir Sahut Cabaran Untuk Mohon Maaf Pada Anwar?

 
Anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha hari ini menggesa Tun Dr Mahathir untuk memohon maaf secara terbuka kepada pemimpin pembangkang itu.

Menurut Nuha, bekas perdana menteri perlu mengakui kesalahannya kerana memfitnah Anwar terlibat dengan kesalahan liwat dan rasuah pada tahun 1998.

Otak Muhyiddin Makin Rosak, Demi Kuasa Sanggup Khianati UMNO



Ramai yang terkejut dengan kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat kejatuhan Barisan Nasional dan UMNO.

Paling pelik apabila Muhyiddin turut menegaskan sanggup untuk membebaskan Datuk Seri Anwar dari penjara demi untuk memastikan dirinya berjaya memperolehi kuasa.

Husni: Stress Pasal Bini, Katalah Stress Pasal 1MDB


Selepas menyepi buat sekian lama, Husni Hanadzlah muncul dengan kenyataan politik yang memang dinanti-nanti penyokong pembangkang untuk diputar belit dimana perlu.

Memang, sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal 1MDB ini, apa pun yang keluar dari mulut Husni, betul atau tidak, akan diputar belit untuk mencemarkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dan inilah yang terjadi bila Husni secara terbuka dalam sdatu temubual dengan Sinar Harian, mengaku bahawa dia begitu tertekan (stress) dalam isu 1MDB ini ketika menjadi Menteri Kewangan 2.  

Tapi dalam interview yang sama, Husni turut mengaku dia selesa menjadi Menteri Kewangan 2 - yang antara lain menjadi jurucakap kerajaan dalam isu 1MDB.

Jadi sebenarnya stress ke tak stress si Husni dalam isu 1MDB ni? Kalau stress kenapa masih nak kekal sebagai Menteri Kewangan 2, bukan nanti nak kena hadap isu 1MDB lagi ke?  Lagipun, ada ura-ura perletakan jawatan Husni kerana merajuk akibat nak ditukar ke Kementerian lain, itu yang merajuk lain macam.

Monday, September 12, 2016

Muhyiddin YangTerpisah Dari Rakyat


Muhyiddin kalau tidak dipecat UMNO, jangan harap duduk bawah khemah murah dan berkerusi plastik berceramah depan rakyat.

Dia lebih selesa dengan hamparan karpet merah, podium yang indah gemilang, lampu berkilau kilauan, barulah boleh bercakap depan rakyat - terima kasih kepada UMNO yang menjadi asbab untuk Muhyiddin merasa semua tu.

Begitupun keadaan itu turut menjadikan Muhyiddin lama terpisah dari rakyat yang marhaen-marhaen ini sehingga banyak benda berkaitan mereka yang dia tertinggal.


Terbaru, Muhyiddin dakwa kerajaan kini sudah tidak mempunyai wang dengan pesakit di hospital perlu membeli ubat di farmasi, kerajaan dah tidak ada duit untuk memberi perkhidmatan ubat murah kepada rakyat kata dia.

Friday, September 9, 2016

Kalau Ikut Data Menteri, Mahathir Bankrapkan Negara 1986 Dulu Lagi


Pendedahan data perbandingan antara KDNK dan Hutang negara sejak 1980 begitu mengejutkan kerana jelas kelihatan disitu, pada 1985 dan 1986 negara ini secara teknikalnya boleh dikatakan sudah bankrap!!

Manakan tidak, hutang saja 103% (1986) dan 101% (1987) melebihi pendapatan, tak bankrap macam mana lagi tu?

Sebagai perbandingan, Greece yang diisytihar sebagai negara bankrap itupun kadar GDP berbanding hutangnya hanyalah sebanyak 92,6%, Mahathir?  Lebih 100%!!

Tapi mentang-mentang tak ramai rakyat yang cerdik macam sekarang, maka Mahathir boleh terlepas begitu saja.  Tambah pulak pada masa itu rakyat negara ini disibukkan Mahathir dengan krisis Memali dan pergolakan politik berikutan perletakan jawatan Musa Hitam - kemudiannya disusuli kekecohan dalam pemilihan UMNO 1987.

Wednesday, September 7, 2016

Berani Ke Anwar Mengaku Tuduhan Mahathir Ke Atasnya Adalah Betul?


Bila Mahathir berjumpa dan bersalam dengan Anwar Isnin lepas, ayat-ayat yang paling banyak digunakan orang ialah itu Mahathir, ini Mahathir, apa Mahathir, bodoh Mahathir, tak guna Mahathir dan sebagainya.

Tak juga penulis kata salah semua ayat tu tapi bahagian Anwar mana?

Kalau boleh diingatkan, Anwar dan Mahathir ni bergaduh keduanya serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain.  Bila keduanya berjumpa dan bersalam selepas berbelas tahun, beban untuk menjawab bukan sahaja jatuh ke atas bahu Mahathir tapi juga bahu Anwar.

Yang nak dicari penyokong Mahathir dan Anwar selepas kejadian ini bukan sahaja sama ada dakwaan Mahathir ke atas Anwar selama 18 tahun tu salah ke betul, tapi juga sama ada dakwaan Anwar ke atas Mahathir (selama tempoh yang sama) itu salah ke betul?

Monday, September 5, 2016

Yang Bankrap Anak Daim, Bukan Kerajaan Malaysia


Difahamkan mesej Whatsapp menggunakan nama Daim Zainudin kononnya kerajaan Malaysia akan bankrap tahun depan, sebetulnya palsu, bukan Daim pun yang hantar.

Kita baca pun dah boleh agak bukan Daim tulis.  Alasan kukuh senang kata bukan Daim tulis ialah, Daim tak boleh halang anak dia dari diisytihar bankrap pun, apa lagi nak ramal konon negara ni bankrap pulak.

Anak Daim,Wira Dani diisytihar muflis oleh sebuah mahkamah Singapura kerana kegagalan membayar hutang melebihi 1 juta Sing Dollar.

Lagipun Daim ni orang yang berpihak dan apa nak diharapkan dia bagi pandangan yang bebas dan adil?  Dah banyak kali Najib tolong dia pun, dia masih macam itu juga, hamba kepada duit dan dirinya sendiri.

Thursday, September 1, 2016

Tuduh Hal Lain, Cabar Saman Hal Lain, Muhyiddin Dah Mereng?


Apa yang Muhyiddin cakap di Ketereh minggu lepas?  Dia tuduh berbillion duit dah ada dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum derma Arab Saudi tu masuk.  Bekas Peguam Negara tunjuk pada dia katanya.

Apa yang Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Shariffudin pulak cakap sebagai respon kepada tuduhan Muhyiddin? Banyak tapi diringaskan, beliau suruh Muhyiddin berhenti sebar fitnah berkaitan perkara itu dan minta Muhyiddin tunjukkan bukti.

Dan apa pulak yang Muhyiddin cakap hari ini di Sinar Harian sebagai respon kepada kenyataan Tengku?  DIA TUDUH NAJIB ADALAH MO1 DAN CABAR NAJIB UNTUK SAMANNYA!!

Bodoh apakah ini?