Tuesday, December 30, 2014

Ruang Udara Negara Asing Bukan Mak Bapak Syed Akhbar Yang Punya


Nampak bijak tapi bodoh, itulah gambaran awal penulis kepada blogger Outsyedthebox.  Pada si dungu ini, jet eksekutif milik kerajaan yang digunakan Perdana Menteri, boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini tanpa meminta kebenaran negara yang dilalui terlebih dahulu.

Ataupun Syed Akhbar terlalu terpengaruh dengan filem James Bond dimana ejen perisik itu bergerak ke merata dunia dengan jet peribadi dan masuk ke negara orang lain tanpa melalui prosedur yang sepatutnya.

Itu filemlah dungu.

Untuk si dungu ini, penulis ingin jelaskan bahawa ruang angkasa negara yang dilalui jet eksekutif kerajaan, masih tertakluk kepada kebenaran negara yang ruang udara mereka akan ditempuhi dalam perjalanan tersebut.  Untuk memperolehi kebenaran ini, sekurang-kurangnya 2 hari diperlukan.

Monday, December 29, 2014

Blogger Haram Jadah Memfitnah Lagi



Blogger-blogger haram jadah dari kumpulan BUTUD ini memfitnah lagi.  Selepas kantoi menipu dalam isu 1MDB sehingga merayu minta tidak 'ditembak', kini mereka kembali mengarahkan serangan kepada peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sama seperti pembangkang, subjek utamanya ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.  Angle pun sama - tuduh isteri Perdana Menteri itu menyalahgunakan aset kerajaan yang diperuntukkan untuk suaminya.

Kata mamak Syed Akhbar ini, dia mendapat maklumat kononnya Datin Seri Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan ke Indianapolis, Amerika Syarikat bila hakikat sebenarnya Datin Seri tidak pun berada di tempat itu (Indianapolis).

Menurut sumber, jet  berkenaan kekal di Amerika Syarikat (selepas Perdana Menteri pulang ke Malaysia) untuk tujuan penyelenggaraan teknikal tertentu - atas alasan sama kenapa Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk balik ke Malaysia.

Sumber yang sama mengatakan Perdana Menteri menaiki pesawat komersial ke Hong Kong sebelum sebuah lagi pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia mengambil beliau terus ke Kota Bharu melawat mangsa banjir.

Friday, December 26, 2014

1MDB Patut Saman Semua Pemfitnahnya


Ada pihak di luar sana yang nak lihat 1MDB ini terima nasib sama seperti National Fedlot Corporation (NFC) walaupun dari segala segi, 1MDB dan NFC adalah syarikat yang berbeza sama sekali.

Satu dapat dana (pinjaman) bela lembu milik individu, satu lagi syarikat kerajaan yang menceburi bidang hartanah dan tenaga.

Pun begitu, walaupun berbeza dari segala segi, 1MDB tidak seharusnya membenarkan kesilapan NFC dulu berulang kembali.  

Antaranya membiarkan pemfitnah syarikat tersebut seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua berleluasa menyebarkan berita tidak betul mengenai syarikat itu dan hanya bertindak pada saat-saat akhir bila keadaan dah mudarat.

Dalam hal ini, selain dua pemimpin pembangkang di atas yang turut terlibat dalam kempen fitnah sama terhadap 1MDB, kumpulan blogger upahan yang sakan memfitnah syarikat tersebut kebelakangan ini pun, adalah mereka-mereka yang dikenali di alam nyata.

Najib Yang Begitu Diharapkan

Bencana banjir yang melanda negara kita sekarang ini memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia begitu bergantung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehingga bila Najib mengadakan urusan rasmi dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Hawaii pun, beliau diharapkan untuk mengendalikan situasi banjir di negara kita, seolah-olah kalau beliau tidak ada, dunia nak kiamat.

Pegawai-pegawai kerajaan terlibat, termasuk Menteri yang bertanggungjawab dalam hal bencana alam ini, semuanya tak berguna gamaknya, nak menunggu Najib juga, begitulah keadaan itu nampaknya.

Sesekali ternampak seolah-olah kita sudah kembali pada zaman dulu, ketika telefon begitu terhad kadar liputannya, mesti nak jumpa depan berdepan.

Tuesday, December 23, 2014

1MDB: Ada Beza Antara Antara Pembawa Mesej Dengan Pemfitnah


Kumpulan BUTUD yang cuba menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tak usahlah perasan sangat yang tujuan mereka mensensasikan isu tersebut adalah demi kepentingan negara - sehingga nak dianggap setaraf pembawa mesej (messenger).

Berdasarkan semua jawapan balas 1MDB setakat ini, jelas mereka bukan pembawa mesej tapi pembawa fitnah.  Ada beza antara dua tu, walaupun kita yakin sampai kucing tumbuh tanduk pun, kumpulan ini tidak akan mengaku (yang mereka pembawa fitnah).

Ada sajalah alasan kenapa nak kata mereka betul dan 1MDB salah.  Paling tidak bila dah rasa tersepit sangat, padam semua posting yang berkenaan di blog masing-masing untuk elak di saman.

Kita berani kata kumpulan BUTUD ini pembawa fitnah sebab, sudah berjela-jela dakwaan mereka dijawab oleh 1MDB, tapi sehingga sekarang tidak ada satu pun hujah balas bagi menyangkal jawapan balas tersebut - kalau betul lah mereka dipihak yang benar.

Monday, December 22, 2014

Dari 1MDB ke Kerajaan Jual Tanah Di Wilayah Persekutuan, Satu Bukti Pun Tiada

Gambar Hiasan
Selesai isu 1MDB, kini kumpulan blogger yang dikenali sebagai BUTUD,  (Blogger Upahan Tun ***M), menyalak lagi dengan dakwaan ada tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan nak dijual oleh pihak tertentu dengan menggunakan nama pemimpin kerajaan, antaranya Perdana Menteri.

Wilayah Persekutuan tak semestinya Kuala Lumpur, mungkin Putrajaya, mungkin Labuan.

Digambarkan bahawa penjualan tanah ini mirip dengan tindakan DAP di Pulau Pinang yang menjana hasil negeri dengan hanya menjual tanah kerajaan.

Begitupun, sama seperti pelbagai dakwaan dalam isu berkaitan 1MDB, dakwaan yang ini pun tidak disertakan dengan bukti, bahkan penulisnya, Apanama secara terang menyebut bahawa dakwaan ini hanya ura-ura dan khabar angin semata-mata.

Dia pun dengar dari orang.

Saturday, December 20, 2014

1MDB: Mana Janji Khairudin Nak Buat Laporan Pada SPRM?


Kalau ikut dari cakap, semalam sepatutnya satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat oleh Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairudin Hasan berhubung 'skandal' dalam syarikat 1MDB.

Ini adalah lanjutan dari laporan polis berhubung isu sama yang dibuatnya seminggu lepas di Balai Polis Dang Wangi.

Tapi setakat yang penulis difahamkan, tidak ada laporan kepada pihak SPRM dibuat Khairudin semalam seterusnya mencetuskan persoalan, apakah yang menghalang Khairudin dari melakukan perkara tersebut?

Maka dengan pemahaman tersebut, artikel ini ditulis.

Friday, December 19, 2014

Dimana Khairy Ketika Tony Pua Serang 1MDB?


Berbanding para menteri lain dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaludin diketahui sering ke depan mempertahankan Perdana Menteri di media sosial.  Di kalangan ahli parlimen pembangkang pula, seteru Khairy selain Rafizi ialah Tony Pua dari DAP.

Persaingan kedua mereka dalam dunia Twitter ini diketahui hampir semua orang yang aktif dengan platform tersebut.  Masing-masing cuba nak tunjuk jaguh di kalangan pengikut masing-masing.

Begitupun, agak pelik bila dalam isu 1MDB ini Khairy seakan lepas tangan walaupun Tony Pua tak henti-henti memutar belitkan fakta mengenai syarikat tersebut yang dibuat dalam bentuk soalan bagi mengelakkan saman.

Walhal kerjanya mudah sebab semua pertikaian tersebut sudah dijawab oleh 1MDB.   Khairy cuma perlu menggunakan kelebihannya dalam Twitter untuk mematahkan pembohongan Tony Pua.  Sekurang-kurangnya, pengikut Twitternya boleh mendapatkan fakta sebenar mengenai 1MDB ini.

Yang paling penting, mempertahankan Perdana Menteri,

Wednesday, December 17, 2014

Apa Hujah Khairudin Untuk Patahkan Penjelasan Mantap 1MDB?


Setelah lebih 24 jam 1MDB memberikan penjelasan mantap atas setiap butir dakwaan dalam laporan polis Datuk Seri Paduka Khairudin Hassan, kita masih tida mendengar sebarang hujahan balas daripada Khairudin mengenai penjelasan itu.

Walaupun laporan polis telah dibuat tapi tidak ada dimana kesalahannya untuk Khairudin respon kepada hujahan balas tersebut kerana perkara ini belum dibawa ke Mahkamah pun yang nak jadi sub judice.

Dengan adanya respon balas Khairudin, rakyat dan ahli UMNO yang 'diseret' sekali oleh Khairudin dalam laporan polisnya itu, boleh mendapatkan gambaran sebenar tentang isu ini - kalau betul Khairudin buat laporan polis atas rasa tanggungjawab, bukan kerana diperalatkan oleh pihak-pihak yang ada kepentingan tertentu dalam isu ini.

Tapi bila diam macam ini, nampak seolah-olah Khairudin hanyalah bidak, tak tahu apa benda pun, hanya dicaturkan itu begini oleh orang lain.  Paling tidak kita tahu sekarang, Khairudin tidak mengambil peduli tentang banyak dakwaan dalam laporan polisnya yang telah pun dijawab 1MDB.

Itu permulaannya.

Keberanian 1MDB Jawab Tuduhan Serlahkan Kebodohan Jurublog Upahan


Tidak sampai 48 jam selepas satu laporan polis dibuat seorang individu terhadap syarikat, 1MDB tampil dengan penjelasan terperinci tentang semua isu yang didakwa sebagai proses mencurigakan oleh individu berkenaan.

Jawapan penuh boleh dirujuk disini.

Sudah tentu, tempoh masa ini perlu bagi membolehkan 1MDB meneliti segala dakwaan yang ditimbulkan individu berkenaan dan menyediakan jawapan terperinci, antaranya berkaitan proses pengambilalihan tanah di Pulau Pinang, kepentingan dalam syarikat IPP dan lain-lain.

Monday, December 15, 2014

1MDB: Isunya Tentang Business & Kepentingan Individu Tertentu


Rakyat diminta tidak terpedaya dengan permainan politik sesetengah pihak yang cuba menukarkan isu berkaitan 1MDB ini sebagai isu yang kononnya mempunyai kepentingan agama, bangsa dan negara,

Sebetulnya, not even close kata orang putih.

Dari apa yang kita difahamkan, ini semua tentang perniagaan, tentang nak buat duit entah berapa banyak dan yang seperti itu.  Sebab itulah semuanya jadi tidak kena, hanya bila 1MDB menceburi bidang perniagaan membekalkan kuasa pada tahun 2012, sebelum itu tidak ada apa pun.

Saturday, December 13, 2014

1MDB: Siapa Belakang Khairudin, Anwar, Mahathir Atau Kedua-Duanya Sekali?


Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairudin Abu Hassan membuat laporan polis mendakwa berlaku pelbagai urusan meragukan membabitkan syarikat 1MDB.

Anehnya, laporan itu merujuk kepada pelbagai laporan media mengenai 1MDB, tanpa dia sendiri mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai apa yang dikatakan sebagai meragukan itu.

Begitu pun, kita tidak mempersoalkan tindakan Khairudin membuat laporan polis sebab itu adalah hak dia.  1MDB dalam reaksi segeranya selepas lapuran tersebut, dah buat kenyataan sedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak pun - menunjukkan syarikat tersebut tidak ada apa yang nak disembunyikan.

Friday, December 12, 2014

Mahathir Pun Pernah Guna Orang Asing


Mukadimah tulisan hari ini ialah nak menjelaskan bahawa majoriti syarikat di negara kita hari ini (dan dulu kala pun) adalah diketuai oleh seorang yang bergelar Pengarah Urusan atau dalam bahasa Inggerisnya, Managing Director.

Nama jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO yang mengetuai syarikat ini hanya wujud baru beberapa tahun kebelakangan sahaja. Penulis tak pasti tarikh tepat tapi yang nyata ketika seorang Jepun dilantik Mahathir untuk mengetuai Proton, nama jawatan CEO ini masih belum wujud.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang cuba mempertahankan tindakan Mahathir melantik orang asing dulu kerana kononnya Jepun itu dilantik sebagai Pengarah Urusan sahaja (kononnya kurang berkuasa), bukan CEO seperti mana MAS hari ini, sila semak tahap pengetahuan masing-masing mengenai struktur korporat di negara kita.

Pada zama itu, kalau dah bertaraf Managing Director, maksudnya dia berkuasa seperti mana ketualah.  Kalau yang dilantik menjadi Managing Director itu bukan pemilik syarikat, dia akan menjawab kepada lembaga pengarah di syarikatnya.

Wednesday, December 10, 2014

Siapa CEO MAS Pilihan Mahathir?

Bila Khazanah buat keputusan melantik orang luar dengan reputasi tinggi memulihkan syarikat penerbangan sebagai CEO MAS, ramailah yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Termasuklah di antaranya itu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Perkara ini memang dah dijangka kerana Mahathir ada kegemaran melantik orang tempatan walaupun berulang kali dibuktikan perlantikan itu gagal membawa syarikat yang berkaitan, ke arah kejayaan.

Hujung-hujung, kerajaan yang terpaksa ambil alih, macam pernah berlaku kepada TNB, Telekom dan MAS sendiri dulu pun. Tapi strategi sama tak boleh lagi sekarang kerana industri penerbangan di negara kita sudah banyak berubah.

Wang rakyat juga tidak lagi boleh sewenang - wenangnya dibelanjakan untuk menyelamatkan MAS entah sampai bila. Dalam usaha menyelamatkan MAS kali ini, sejumlah RM 6 billion akan dibelanjakan, kalau tak selesai juga, entah berapa Billion lagi.

Tak kira masa selamat kali pertama dulu, entah berapa billion lah agaknya.

Sebab itu fokus nya ialah mengukuhkan prestasi kewangan MAS dulu - satu tugas yang bukan mudah. Kepakaran berkaitan yang ada dalam negara kita juga kurang ditambah dengan 2 tragedi besar yang menimpa MAS tahun ini sahaja.

Bukan sebab siapa dilantik CEO

Kita tak ragui keupayaan rakyat tempatan, tapi dalam masa yang sama perlu diakui yang tak semua dari rakyat kita ada kepakaran memulihkan syarikat seperti MAS .

Mahathir dulu pun tak paksa juga rakyat negara ini bina jet pejuang sendiri, masih beli di luar negara kerana kepakaran untuk membuat jet pejuang dalam negara kita tidak ada.

Akhirnya penulis nak tanya, jika orang luar ini tidak layak, siapa dia rakyat negara kita yang layak? Cadangkan lah nama siapa pun individu tersebut kepada kerajaan, jangan pandai complain saja.

Yang kita tahu cukup berkemampuan untuk menangani masalah MAS sekarang ialah Tan Sri Tony Fernandez, tapi percayalah, kalau Tony dilantik, persoalannya apa dah tak de Melayu ke?

Idris Jala yang pernah membawa MAS kembali membuat untung pun, tak terlepas dari kritikan kerana keputusannya menjual bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail.

Senang kata, kalau hati dah tak suka, buat apa pun tak suka juga.

Tuesday, December 9, 2014

Outsyed Bukan Blogger Bangang Pun Tapi Blogger Haram Jadah

Bukan mudah jadi seorang yang mendapat perhatian Perdana Menteri walaupun perhatian itu dalam bentuk 'bad book', bukan 'good book'.

Justeru, walaupun bukanlah sesuatu yang patut diraikan tapi kita yakin akan ada juga yang cukup bangga walaupun sekadar perasan yang perhatian itu ditujukan kepadanya.

Inilah yang terjadi dalam kes Blogger meroyan, Outsyedthebox  apabila mengulas tentang ungkapan 'Blogger bangang' yang diucapkan Perdana Menteri semasa ucapan pengulungan perhimpunan agung UMNO yang lepas.

Kita tidak pasti dengan apa cara Syed celup ini boleh perasan yang ungkapan itu ditujukan kepadanya. Yang kita faham Perdana Menteri menujukan ungkapan itu kepada Blogger dibayar UMNO tapi menyerang parti sendiri.

Sementara Syed kita yakin bukan masuk dalam kategori tersebut (atau mana-mana kategori penulis maya dalam UMNO). Maaf cakap, dikalangan blogger pro UMNO, dia dikenali bukan sebagai Blogger bangang pun tapi Blogger haram jadah. Tulisannya penuh dengan hasutan dan kebencian, kadang - kadang ada juga penipuan. Ini pernah berlaku.

Cuma sebab dia cepat delete posting itu; terselamat dia dari tindakan undang-undang.

Bahkan dia juga mengaku hanya pernah menerima wang RM300 yang diberikan bekas ketua UMB Tun Faisal - yang mana memang itupun nilai untuk tulisan macam dia.

Tidak ada bayaran apa yang lain diberikan kepadanya, jadi dengan apa cara dia rasa ungkapan Blogger bangang itu didekasikan Perdana Menteri kepada dia? Malu lah sikit oooiii.

Dari apa yang kita difahamkan, memang wujud beberapa orang Blogger yang menerima bayaran dari UMNO untuk mempertahankan parti di media sosial, akhirnya bertukar menjadi pengkhianat dengan menyerang parti semula.

Tapi kita dimaklumkan bahawa nama Blog manusia perasan ini tidak termasuk dalam senarai itu.

Ini Blogger pro UMNO yang kita dok cakap ni, bukan Blogger KIMMA!!! Dah tentulah Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO tahu siapa yang dimaksudkan.

Mungkin dalam perhimpunan agung tahun depan, Perdana Menteri perlu adakan kategori khas untuk Blog seperti Outsyedthebox supaya dia boleh kembang sekejap kerana dapat perhatian Perdana Menteri.

Nampaknya dia memang jenis gila perhatian, tak kiralah perhatian tu dalam bentuk apa.

Sungguh malang sekali.

Monday, December 8, 2014

Siapa Yang Mahathir Rasa Layak Ganti Najib?


Ada orang yang tak faham politik, bila dia dengar Mahathir bercakap tentang pelbagai polisi pentadbiran semasa yang tidak kena dihatinya, semuanya ingat ini situasi sama seperti mana Abdullah Badawi jatuh dulu, hakikatnya tidak.

Berbeza dengan ketika Mahathir menyerang Abdullah Badawi dulu, Datuk Seri Najib hari ini tidak ada tekanan dari Mahathir, mahupun pun mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan.  Yang ada hanyalah persepsi sahaja bila Mahathir menjawab soalan tentang prestasi pentadbiran sekarang.

Pembangkang itu kita tidak masukkan disini sebab kalau bukan kerja pembangkang jatuhkan kerajaan, taklah nama dia pembangkang.

Friday, December 5, 2014

Hantar Sekolah Swasta Atau Kerajaan, Pilihan Ibu Bapa, Bukan Silap Polisi Kerajaan


Tun Mahathir tersilap sekali lagi apabila mendakwa polisi pendidikan kerajaan sedia ada menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam sistem pendidikan kita bila sekolah kerajaan hanya untuk anak orang miskin, sementara sekolah berbayar untuk anak orang kaya.

Mungkin pengaruh sekeliling menjadikan Mahathir percaya keseluruhan sistem pendidikan negara kita begitu.  Kita sedia maklum bahawa cucu-cucu Mahathir tidak dihantar oleh ibu bapa masing-masing ke sekolah kerajaan, sebaliknya sekolah swasta.

Bercakap tentang anak-anak Mahathir, definasi kaya ini perlu dilihat semula kerana kita tahu anak-anaknya seperti Mirzan, Mokhzani dan lain-lain bukan setakat kaya tapi sudah terlebih kaya, masuk kategori jutawan dan bilionwan.

Wednesday, December 3, 2014

RCI Sabah: Kesungguhan Najib Selesaikan Kemelut Rakyat Sabah dan Bersihkan Imej Tun Mahathir

Hari ini merupakan catatan sejarah terpenting dalam sebahagian besar penduduk Sabah apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing di negeri tersebut mengumumkan hasil siasatan mereka.

Isu ini sudah berlarutan hampir 20 tahun seolah-olah tiada kesudahan. Daripada sekadar serangan-serangan politik dalam pilihan raya, ia akhirnya menjadi satu kepercayaan dan mantera mewujudkan perasaan benci penduduk Sabah kepada Semenanjung dan Persekutuan.

Selama 20 tahun penduduk Sabah dimomokkan bahawa kerajaan Persekutuan melaksanakan satu skim pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan tersembunyi kepada pendatang asing beragama Islam di Sabah.

Mereka mendakwa projek pemberian kewarganegaraan ini dijalankan dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tujuan politik kepimpinan Islam di Sabah.

Dengan menggelar projek ini sebagai Projek M, pembangkang mengungkit isu ini setiap kali pilihan raya sebagai satu bukti pengkhianatan UMNO ke atas rakyat Sabah.

Akhirnya, Perdana Menteri Keenam Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Razak membuat keputusan yang mengejutkan apabila menasihat Yang Di Pertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Selepas 9 bulan mengadakan siasatan dengan memanggil lebih 200 orang saksi termasuk pemimpin pembangkang di sabah dan Tun Mahathir, RCI mendapati

1. Tidak ada pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan sistematik dalam operasi hitam yang dikenali sebagai Projek M.


 Suruhanjaya turut menyentuh mengenai “Projek IC” yang telah  dibangkitkan oleh saksi-saksi dari kalangan ahli politik, penulis, wartawan dan orang ramai, di mana Suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kebarangkalian “Projek IC” ini wujud pada semua masa yang material namun ia hanyalah berdasarkan keterangan lima (5) orang saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka di dalam pengeluaran kad-kad pengenalan secara haram.


 

2. Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, hanya 68, 703 pendatang asing di Sabah yang diberi kerakyatan sejak tahun 1963 - 31 Ogos 2013. 

Ini bermakna dakwaan hampir sejuta orang diberi kewarganegaraan secara mudah di sabah oleh Tun Mahathir adalah palsu dan berniat jahat. 

3. RCI juga menyatakan bahawa pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti mereka adalah warganegara Malaysia sekiranya tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa mereka merupakan warganegara. 

Ini bermakna jika ada sejuta pendatang asing mempunyai kad pengenalan biru pun mereka bukanlah warganegara Malaysia.

4.  Seramai hampir 500 ribu pendatang tanpa izin di Sabah telah dihantar pulang dari tahun 1991 - 2013. 

5. Bagaimanapun RCI turut mengakui bahawa terdapat sindiket dan individu yang menjual Kad Pengenalan Biru palsu.

6. RCI juga mendapati daftar pengundi pilihan raya Sabah tercemar kerana ada di kalangan pendatang asing yang memiliki kad pengenalan biru palsu telah mendaftar sebagai pengundi.

Berdasarkan kepada keterangan yang menyeluruh, Suruhanjaya dapati bahawa terdapat orang bukan warganegara mendaftar dalam daftar pemilih tetapi tidak dapat ditentukan bilangan sebenar mereka
Pembentangan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja secara terbuka tanpa sebarang suntingan membuktikan ketelusan Perdana Menteri Najib Razak menyelesaikan isu membabitkan rakyat Sabah.

Mohd Najib juga secara tidak langsung telah membersihkan satu tuduhan dan fitnah terhadap Tun Mahathir yang sekian lama dilontarkan oleh pemimpin politik pembangkang dan juga musuh beliau dalam Barisan Nasional.

Dengan siasatan yang diketuai oleh seorang Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak bukan Melayu, ia menutup satu episod politik hodoh dan jelik sehingga menjadikan seolah-olah Projek IC atau Projek M ini benar dan merupakan satu skandal untuk merosakkan kepentingan penduduk bumiputera Sabah oleh Persekutuan.

Tiba masanya dihentikan politik kebencian yang tidak bertempat sesama kaum, antara agama dan juga antara Borneo dengan Semenanjung. 

Mohd Najib ada keberanian melakukan sesuatu yang cuba dipendam dan dilupakan sebelum ini.

  m