Tuesday, December 30, 2014
Ruang Udara Negara Asing Bukan Mak Bapak Syed Akhbar Yang Punya
Monday, December 29, 2014
Blogger Haram Jadah Memfitnah Lagi
Friday, December 26, 2014
1MDB Patut Saman Semua Pemfitnahnya
Ada pihak di luar sana yang nak lihat 1MDB ini terima nasib sama seperti National Fedlot Corporation (NFC) walaupun dari segala segi, 1MDB dan NFC adalah syarikat yang berbeza sama sekali.
Najib Yang Begitu Diharapkan
Tuesday, December 23, 2014
1MDB: Ada Beza Antara Antara Pembawa Mesej Dengan Pemfitnah
Monday, December 22, 2014
Dari 1MDB ke Kerajaan Jual Tanah Di Wilayah Persekutuan, Satu Bukti Pun Tiada
Gambar Hiasan |
Saturday, December 20, 2014
1MDB: Mana Janji Khairudin Nak Buat Laporan Pada SPRM?
Friday, December 19, 2014
Dimana Khairy Ketika Tony Pua Serang 1MDB?
Wednesday, December 17, 2014
Apa Hujah Khairudin Untuk Patahkan Penjelasan Mantap 1MDB?
Keberanian 1MDB Jawab Tuduhan Serlahkan Kebodohan Jurublog Upahan
Monday, December 15, 2014
1MDB: Isunya Tentang Business & Kepentingan Individu Tertentu
Saturday, December 13, 2014
1MDB: Siapa Belakang Khairudin, Anwar, Mahathir Atau Kedua-Duanya Sekali?
Friday, December 12, 2014
Mahathir Pun Pernah Guna Orang Asing
Wednesday, December 10, 2014
Siapa CEO MAS Pilihan Mahathir?
Bila Khazanah buat keputusan melantik orang luar dengan reputasi tinggi memulihkan syarikat penerbangan sebagai CEO MAS, ramailah yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Termasuklah di antaranya itu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Perkara ini memang dah dijangka kerana Mahathir ada kegemaran melantik orang tempatan walaupun berulang kali dibuktikan perlantikan itu gagal membawa syarikat yang berkaitan, ke arah kejayaan.
Hujung-hujung, kerajaan yang terpaksa ambil alih, macam pernah berlaku kepada TNB, Telekom dan MAS sendiri dulu pun. Tapi strategi sama tak boleh lagi sekarang kerana industri penerbangan di negara kita sudah banyak berubah.
Wang rakyat juga tidak lagi boleh sewenang - wenangnya dibelanjakan untuk menyelamatkan MAS entah sampai bila. Dalam usaha menyelamatkan MAS kali ini, sejumlah RM 6 billion akan dibelanjakan, kalau tak selesai juga, entah berapa Billion lagi.
Tak kira masa selamat kali pertama dulu, entah berapa billion lah agaknya.
Sebab itu fokus nya ialah mengukuhkan prestasi kewangan MAS dulu - satu tugas yang bukan mudah. Kepakaran berkaitan yang ada dalam negara kita juga kurang ditambah dengan 2 tragedi besar yang menimpa MAS tahun ini sahaja.
Bukan sebab siapa dilantik CEO
Kita tak ragui keupayaan rakyat tempatan, tapi dalam masa yang sama perlu diakui yang tak semua dari rakyat kita ada kepakaran memulihkan syarikat seperti MAS .
Mahathir dulu pun tak paksa juga rakyat negara ini bina jet pejuang sendiri, masih beli di luar negara kerana kepakaran untuk membuat jet pejuang dalam negara kita tidak ada.
Akhirnya penulis nak tanya, jika orang luar ini tidak layak, siapa dia rakyat negara kita yang layak? Cadangkan lah nama siapa pun individu tersebut kepada kerajaan, jangan pandai complain saja.
Yang kita tahu cukup berkemampuan untuk menangani masalah MAS sekarang ialah Tan Sri Tony Fernandez, tapi percayalah, kalau Tony dilantik, persoalannya apa dah tak de Melayu ke?
Idris Jala yang pernah membawa MAS kembali membuat untung pun, tak terlepas dari kritikan kerana keputusannya menjual bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail.
Senang kata, kalau hati dah tak suka, buat apa pun tak suka juga.
Tuesday, December 9, 2014
Outsyed Bukan Blogger Bangang Pun Tapi Blogger Haram Jadah
Bukan mudah jadi seorang yang mendapat perhatian Perdana Menteri walaupun perhatian itu dalam bentuk 'bad book', bukan 'good book'.
Justeru, walaupun bukanlah sesuatu yang patut diraikan tapi kita yakin akan ada juga yang cukup bangga walaupun sekadar perasan yang perhatian itu ditujukan kepadanya.
Inilah yang terjadi dalam kes Blogger meroyan, Outsyedthebox apabila mengulas tentang ungkapan 'Blogger bangang' yang diucapkan Perdana Menteri semasa ucapan pengulungan perhimpunan agung UMNO yang lepas.
Kita tidak pasti dengan apa cara Syed celup ini boleh perasan yang ungkapan itu ditujukan kepadanya. Yang kita faham Perdana Menteri menujukan ungkapan itu kepada Blogger dibayar UMNO tapi menyerang parti sendiri.
Sementara Syed kita yakin bukan masuk dalam kategori tersebut (atau mana-mana kategori penulis maya dalam UMNO). Maaf cakap, dikalangan blogger pro UMNO, dia dikenali bukan sebagai Blogger bangang pun tapi Blogger haram jadah. Tulisannya penuh dengan hasutan dan kebencian, kadang - kadang ada juga penipuan. Ini pernah berlaku.
Cuma sebab dia cepat delete posting itu; terselamat dia dari tindakan undang-undang.
Bahkan dia juga mengaku hanya pernah menerima wang RM300 yang diberikan bekas ketua UMB Tun Faisal - yang mana memang itupun nilai untuk tulisan macam dia.
Tidak ada bayaran apa yang lain diberikan kepadanya, jadi dengan apa cara dia rasa ungkapan Blogger bangang itu didekasikan Perdana Menteri kepada dia? Malu lah sikit oooiii.
Dari apa yang kita difahamkan, memang wujud beberapa orang Blogger yang menerima bayaran dari UMNO untuk mempertahankan parti di media sosial, akhirnya bertukar menjadi pengkhianat dengan menyerang parti semula.
Tapi kita dimaklumkan bahawa nama Blog manusia perasan ini tidak termasuk dalam senarai itu.
Ini Blogger pro UMNO yang kita dok cakap ni, bukan Blogger KIMMA!!! Dah tentulah Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO tahu siapa yang dimaksudkan.
Mungkin dalam perhimpunan agung tahun depan, Perdana Menteri perlu adakan kategori khas untuk Blog seperti Outsyedthebox supaya dia boleh kembang sekejap kerana dapat perhatian Perdana Menteri.
Nampaknya dia memang jenis gila perhatian, tak kiralah perhatian tu dalam bentuk apa.
Sungguh malang sekali.
Monday, December 8, 2014
Siapa Yang Mahathir Rasa Layak Ganti Najib?
Friday, December 5, 2014
Hantar Sekolah Swasta Atau Kerajaan, Pilihan Ibu Bapa, Bukan Silap Polisi Kerajaan
Tun Mahathir tersilap sekali lagi apabila mendakwa polisi pendidikan kerajaan sedia ada menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam sistem pendidikan kita bila sekolah kerajaan hanya untuk anak orang miskin, sementara sekolah berbayar untuk anak orang kaya.
Wednesday, December 3, 2014
RCI Sabah: Kesungguhan Najib Selesaikan Kemelut Rakyat Sabah dan Bersihkan Imej Tun Mahathir
Isu ini sudah berlarutan hampir 20 tahun seolah-olah tiada kesudahan. Daripada sekadar serangan-serangan politik dalam pilihan raya, ia akhirnya menjadi satu kepercayaan dan mantera mewujudkan perasaan benci penduduk Sabah kepada Semenanjung dan Persekutuan.
Selama 20 tahun penduduk Sabah dimomokkan bahawa kerajaan Persekutuan melaksanakan satu skim pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan tersembunyi kepada pendatang asing beragama Islam di Sabah.
Mereka mendakwa projek pemberian kewarganegaraan ini dijalankan dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tujuan politik kepimpinan Islam di Sabah.
Dengan menggelar projek ini sebagai Projek M, pembangkang mengungkit isu ini setiap kali pilihan raya sebagai satu bukti pengkhianatan UMNO ke atas rakyat Sabah.
Akhirnya, Perdana Menteri Keenam Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Razak membuat keputusan yang mengejutkan apabila menasihat Yang Di Pertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Selepas 9 bulan mengadakan siasatan dengan memanggil lebih 200 orang saksi termasuk pemimpin pembangkang di sabah dan Tun Mahathir, RCI mendapati
1. Tidak ada pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan sistematik dalam operasi hitam yang dikenali sebagai Projek M.
Suruhanjaya turut menyentuh mengenai “Projek IC” yang telah dibangkitkan oleh saksi-saksi dari kalangan ahli politik, penulis, wartawan dan orang ramai, di mana Suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kebarangkalian “Projek IC” ini wujud pada semua masa yang material namun ia hanyalah berdasarkan keterangan lima (5) orang saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka di dalam pengeluaran kad-kad pengenalan secara haram.
2. Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, hanya 68, 703 pendatang asing di Sabah yang diberi kerakyatan sejak tahun 1963 - 31 Ogos 2013.
Ini bermakna dakwaan hampir sejuta orang diberi kewarganegaraan secara mudah di sabah oleh Tun Mahathir adalah palsu dan berniat jahat.
3. RCI juga menyatakan bahawa pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti mereka adalah warganegara Malaysia sekiranya tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa mereka merupakan warganegara.
Ini bermakna jika ada sejuta pendatang asing mempunyai kad pengenalan biru pun mereka bukanlah warganegara Malaysia.
4. Seramai hampir 500 ribu pendatang tanpa izin di Sabah telah dihantar pulang dari tahun 1991 - 2013.
5. Bagaimanapun RCI turut mengakui bahawa terdapat sindiket dan individu yang menjual Kad Pengenalan Biru palsu.
6. RCI juga mendapati daftar pengundi pilihan raya Sabah tercemar kerana ada di kalangan pendatang asing yang memiliki kad pengenalan biru palsu telah mendaftar sebagai pengundi.
Berdasarkan kepada keterangan yang menyeluruh, Suruhanjaya dapati bahawa terdapat orang bukan warganegara mendaftar dalam daftar pemilih tetapi tidak dapat ditentukan bilangan sebenar merekaPembentangan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja secara terbuka tanpa sebarang suntingan membuktikan ketelusan Perdana Menteri Najib Razak menyelesaikan isu membabitkan rakyat Sabah.
Mohd Najib juga secara tidak langsung telah membersihkan satu tuduhan dan fitnah terhadap Tun Mahathir yang sekian lama dilontarkan oleh pemimpin politik pembangkang dan juga musuh beliau dalam Barisan Nasional.
Dengan siasatan yang diketuai oleh seorang Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak bukan Melayu, ia menutup satu episod politik hodoh dan jelik sehingga menjadikan seolah-olah Projek IC atau Projek M ini benar dan merupakan satu skandal untuk merosakkan kepentingan penduduk bumiputera Sabah oleh Persekutuan.
Tiba masanya dihentikan politik kebencian yang tidak bertempat sesama kaum, antara agama dan juga antara Borneo dengan Semenanjung.
Mohd Najib ada keberanian melakukan sesuatu yang cuba dipendam dan dilupakan sebelum ini.
m