Wednesday, February 28, 2018

Mahathir Boleh Pertikai Najib Makan Quinoa, Najib Tak Boleh Persoal Kos Makan Kuda Mahathir Berapa?


Nampak macam Mahathir sentap bila isu pemilikan kudanya disentuh oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.  Baru cerita makan kuda saja tu, dah sentap, belum bukak cerita kos jaga, kos ubat dan sebagainya lagi.

Dah tentu bila Mahathir sentap, akan dituruti pulak pemakan karotnya yang lain.  Melalak bagai orang gila dengan kenyataan Najib tu.

Woi pemakan carrot, yang Mahathir pertikai Najib maka quinoa tu tak apa pulak, Najib pertikai kos makan kuda Mahathir kau marah?

Tuesday, February 27, 2018

Najib Sentuh Kuda Mahathir Pulak Dah, Sensitf Tau


Nak kata seseorang itu hidup bermewah yang keterlaluan, tak cukup kalau setakat ambik satu-satu faktor dalam kehidupannya saja, kena ambik gaya hidupnya secara keseluruhan.

Orang pakai selipar Jepun dan singlet Pagoda tapi seminggu sekali pergi Paris, itu hidup kategori mewah.  Atau orang makan beras tempatan tapi dalam masa yang sama bela sampai 40 ekor kuda baka mahal dan makan entah gred mana punya dedak, itupun masuk kategori bermewah jugak.

Apatah lagi kalau bukan setakat ada 40 ekor kuda baka mahal tapi turut ada jet peribadi, koleksi kereta mahal, rumah mahal, anak kaya raya dan sebagainya.

Friday, February 23, 2018

Quinoa: Kurang-Kurang Najib Makan, Bukan Kuda Makan


Dakyah Pakatan dalam isu 1MDB dan hutang RM 42 billion nampaknya tak beri kesan langsung kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maka tak hairan Pakatan tunggu apa yang keluar dari mulut Najib yang boleh diputar belit mereka.  Dulu kangkung, sekarang Quinoa pulak dah.

Satu nak tunjuk Najib lekeh rakyat marhaen, satu lagi nak tunjuk konon Najib mewah.  Kok Najib hidup mewah pun patut, dia anak bekas Perdana Menteri, setaraf Mirzan dan Mokhazani.  Ada nampak Mirzan dan Mokhzani miskin ke?

Apa benda low class Pakatan ni?  Orang nak makan apa, kau peduli apa?  Bukan Najib kutuk siapa makan nasik pun yang nak dijadikan isu.  Banyak kali kita tengok Najib makan apa makanan yang dihidang pada dia, tak jadi isu apa pun.

Taknak tanya Mahathir makan nasik atau dia pun makan Quinoa jugak?  Mahathir tak macam Najib, bapak dia cikgu sekolah asal Kerala, mak dia orang kampung - tak kaya, tapi lepas jadi Perdana Menteri 22 tahun, bukan dia saja kaya, anak-anak, anak saudara pun ikut kaya sama.

Wednesday, February 21, 2018

Mercun: Ini Ketua Pemuda Ke, Ketua Budak-Budak?


Apa bendalah yang tak kena dengan Ketua Armada parti bunga ni, bodoh macam kayu.  Dicanang sebagai pemuda terbaik dalam kelasnya tapi setakat yang kita nampak kalau tak menipu, bagi cadangan yang hanya untuk budak-budak.

Menipu dari segi sehingga sekarang masih gagal membuktikan dakwaan konon UMNO cuba merasuahnya sebanyak RM 5 juta yang dibuat beberapa bulan lepas.  Ada cubaan sama dari puak Srikandi juga baru-baru ini termasuk mendakwa pelaku itu telah ditangkap SPRM, pun gagal menunjukkan bukti juga selain SPRM nafi tangkap sesiapa berhubung dakwaan tersebut.

Dah sekarang dia cerita pasal mercun pulak, apa bendanya ni?

Penting sangat ke mercun tu sehingga jadi agenda tak boleh tidak dari sayap pemuda parti politik?  Mercun yang kita tahu ni menyusahkan hidup saja.  Darj bahaya, bunyi, sampah, memekak telinga, menyusahkan hidup orang lain dan sebagainya, itu yang nak disegerakan dari sayap pemuda parti bunga?

Monday, February 19, 2018

Korban Harta Sendiri Untuk Orang Lain, Memang Bukan Style Mahathir


Kita tak seharusnya terkejut dengan tindakan Mahathir meminta derma untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, disebalik berbilion harta dia dan anak beranaknya ada - termasuklah harta UMNO yang "dicurinya".

Memang itulah style Mahathir pun, kaya tapi kedekut nak mampus.

Sebaliknya kita terkejut kalau Mahathir atau anak beranaknya korban harta sendiri untuk kepentingan orang lain sebab memang bukan style Mahathir begitu.

Bukan baru ini saja, dari dulu pun memang macam itulah Mahathir.  Masa nak selamatkan syarikat kapal anaknya dulu sekalipun, Mahathir tak guna duit sendiri, sebaliknya duit Petronas.  Itu yang Anwar marah sangat tu dan Mahathir marah Anwar semula sebab mintak RM 2 billion, dapat separuh saja.

Friday, February 16, 2018

Tak Malukah Mahathir Meminta Dari Rakyat Yang 'Sengsara'?


Semua orang tahu Mahathir asalnya bukanlah seorang yang berketurunan jutawan.  Bapanya hanyalah cikgu sekolah biasa yang diberi gelaran 'Master' - panggilan sesuai zaman itu untuk pengetua, bukan menggambarkan taukeh emas atau apa.

Hanya setelah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun barulah Mahathir bergelar jutawan.  Bukan dia saja, anak-anak juga terutama setelah Bank Negara hilang wang RM 32 billion dalam skandal Forex antara 1989-1992.

Setelah mengharamkan UMNO lama dan menubuhkan UMNO baru, harta UMNO diletak dibawah proksi yang hamya dikawal Mahathir.  Bila Paklah menjadi Presiden UMNO, Mahathir menyerahkan lebih kurang RM 1.4 billion harta UMNO kepadanya melalui 2 pegawai penyerah iaitu Nor Mohamed Yaakob dan Noordin Bachik.

Wednesday, February 14, 2018

Apa Hak Rashid? Dia Siapa?


Semua orang tahu PPBM ialah parti paling banyak masalah.  Dari mesyuarat tahunan yang melanggar perlembagaan sendiri sehingga berhadapan kemungkinan diharamkan RoS, semuanya masih gagal diselesaikan sehingga sekarang.

Hari-hari ada cerita ahli PPBM keluar parti atau membuat laporan atas pelbagai masaalah yang berlaku dalam parti tersebut.

Maka tidak hairan bila bekas Pengerusi SPR yang kini menjadi Naib Presiden PPBM cuba mengalih perhatian rakyat dari masalah parti tersebut dengan mencadangkan PAS dan UMNO bergabung.

Eh, dia ni siapa pulak nak bagi cadangan tu?  Orang KL kata, lu sapa?

Monday, February 12, 2018

Kuasa YDPA Melantik Perdana Menteri, Datang Daripada Rakyat


Puak penyokong Mahathir membayangkan ada usaha oleh pihak Istana untuk menafikan kehendak rakyat” yang mahu Mahathir menjadi Perdana Menteri semula selepas PRU14 - melihat kepada pelbagai darjah kebesaran yang ditarik balik darinya oleh institusi istana.

Jahatnya tu, belum tentu pun Mahathir akan menang tapi dah ada prasangka puak puak beruk ini terhadap pihak Istana kononnya perlantikan tua kutuk itu sebagai Perdana Menteri akan dihalang.  Seolah-olah kemenangan dah dalam tangan.

Pun begitu diakui, tidak kurang ramai yang mencadangkan Mahathir bakal berhadapan masalah untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri, melihat kepada gambaran dari pelbagai gelaran yang ditarik balik darinya sekarang ini tapi persoalan ini sepatutnya timbul kalau pun Mahathir menang, bukan sekarang.

Tapi jika itu berlaku sekalipun, ia bukanlah bermaksud pihak Istana mahu menafikan kehendak rakyat kerana peraturan yang menetap YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli parlimen yang mendapat majoriti untuk dilantik ke jawatan itu pun, datangnya dari rakyat juga.

Friday, February 9, 2018

Tamrin Bekas Ahli PAS, Kenapa Masih Dikaitkan Dengan UMNO?


Lama dah nama anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ini tidak kedengaran di media, terutama sejak dia keluar dari PAS pada tahun 2014.

Walaupun mengakui masih ahli UMNO (sebelum menyertai PAS pada tahun 2012), Tamrin seringkali dilihat bersama dengan pergerakan pembangkang, seperti Bersih dan sebagainya.  Memandangkan PAS adalah parti politik terakhir yang disertainya, Tamrin lebih layak digelar ahli PAS, bukan UMNO.

Itu yang jadi hairan kenapa media pro pembangkang masih mengaitkan Tamrin dengan UMNO, dalam laporan dimana dia membuat aduan kepada SPRM mendedahkan status siasatan Ketua Pengarah SPRM bersama seorang wanita yang didakwa isteri orang.

Beberapa media pro pakatan ini melabel Tamrin sebagai bekas pemimpin tinggi UMNO pulak dalam laporan mereka.  Seingat penulis, dah lama dia tak jadi pemimpin dalam UMNO walaupun sehingga 2012, dia mungkin masih ahli parti itu.

Adakah ini cubaan melagakan UMNO dengan Ketua Pengarah SPRM?

Wednesday, February 7, 2018

Pakai Tanjak Nyanyi Lagu Mat Salleh Pulak (Bukan Lagu Melayu)


Motif Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin bertanjak berbaju Melayu apa bagai tapi menyanyikan lagu My Way dalam satu program parti Pribumi kelmarin, agak mengelirukan ramai orang - apa yang cuba disampaikan dari aksi tersebut?

Kalau dia nanyi lagu Pak Malau tu tahan jugaklah, lagu My Way?

Tak sedap tu satu hal lah tapi gaya bertanjak zaman-zaman ni (melainkan kahwin atau berlakon) dah macam perangai orang buang tebiat.  Dulu PAS bertanjak juga, teruk kena troll dek orang PAN yang mengatakan macam perbuatan orang gila.

Dah bila Mahathir pun buat benda yang sama, orang PAN yang berkenaan diam tak berkata apa.

Monday, February 5, 2018

2013 Marah Najib Lebihkan Cina, 2018 Dah Dia Pulak Makan Dedak Tauke Cina


Satu-satu hipokrasi Mahathir terserlah kebelakangan ini.  Jika kita masih ingat tak lama selepas keputusan PRU13 diumumkan, Mahathir menyalahkan Datuk Sri Najib Tun Razak kerana melebihkan kaum cina sedangkan kaum itu tidak menyokong BN dalam PRU13.

Hakikatnya, Mahathir tidak ada masalah pun dengan Najib lebihkan cina sebab selama dia memerintah dulu pun, duit dari tokey-tokey cina itulah yang digunakannya untuk menghadapi 5 pilihanraya umum pun.

Isu kroni-kroni zaman Mahathir dulu tu, pasal inilah.

Yang dia marah Najib bantu kaum cina tu apahal?  Oh, itu lakonan saja sebab Mahathir takut Najib dedahkan rahsia yang campur tangan dia dalam soal pemilihan calon PRU13lah yang menjadi punca kepada BN kekurangan 7 kerusi parlimen (tapi merampas satu negeri) berbanding 2008.

Mahathir nak tunjuk dia lebih Melayu dari Najib, sebab itu cakap macam itu. Mahathir sebenarnya lebih rapat dengan tauke tauke cina dari Melayu pun.

Friday, February 2, 2018

Jumpa Duta EU Bukti Pakatan Akan Kalah Pilihanraya


Pakatan berjumpa dengan para-para duta asing ini bukanlah cerita baru sebenarnya.  Setiap kali pilihanraya memang macam inilah cara mereka.  Mahathir ada ke takde, sama.

Buktinya adalah berdasarkan pilihanraya umum yang lepas dimana perjumpaan seumpama ini seringkali diadakan.

Ia juga membuktikan bahawa Pakatan akan kalah pilihanraya umum akan datang dan perjumpaan seperti ini adalah alasan untuk diberikan kepada penyokong mereka kelak kenapa BN masih menang walaupun pemimpin Pakatan kata mereka ada peluang.

Contoh macam baru-baru ini yang berlaku di Negeri Sembilan dimana PPBM hanya diperuntukkan 6 kerusi DUN - semuanya dikatakan kerusi hitam.

Thursday, February 1, 2018

Dakwa Kenyataan Disalah Lapor, Bila Mukhriz Nak Saman Media?


Penafian Mukhriz mengenai kenyataannya malu mengaku rakyat Malaysia, sebaliknya mengaku rakyat Brunei bila berada di luar negara, tidak lebih dari air liur semata-mata.

Sebab, sehingga sekarang semua media yang melaporkan perkara itu, tidak menarik balik penerbitan itu dan Mukhriz pun sehingga kini, tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana media tersebut.

Paling tidak hantar surat lawyer suruh tarik balik, itupun takdak, jangan kata saman lagi.

Saman ini penting sebab itulah MO orang Pakatan sekarang - saman.  Orang putih cakap talk is cheap.  Mukhriz patut lebih tahu sebab dia antara yang dibelakang gerakan mendesak Najib saman semua media yang menuduhnya terlibat dalam 1MDB, terutama media antarabangsa.