Thursday, May 26, 2016

Rafizi Lebih Handal Dari Mahathir Kalau Langkah Kajang 2 Berjaya


Tanpa sedar, Rafizi sedang meletak dirinya hampir setaraf dengan Mahathir dari segi menukar pemimpin sedia ada apabila Langkah Kajangnya sebelum ini berjaya memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Cuma keputusan akhir Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi, tidak menjadi seperti yang diharapkan bila Wan Azizah tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, sebaliknya Azmin Ali pulak yang tak pasal merasa.

Apa pun kira dahsyatlah Rafizi tu - budak yang dikira mentah berbanding Mahathir yang dikaitkan dengan perletakkan jawatan 3 Perdana Menteri dari 6 yang kita pernah/masih ada.

YDPA Tak Dalam 'Tahanan", Mahathir Yang Patut 'Dikandangkan'


DYMM Yang Dipertuan Agung dilihat menghadiri Anugerah Sukan Negara bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Seterusnya menafikan dakwaan Mahathir sebelum ini bahawa baginda berada dalam tahanan rumah dan dengan itu tidak dapat menyerahkan 'berjuta-juta' tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat yang diusahakannya.

Yang sudah pasti, kehadiran ini bernaksud Mahathir penipu, yang belum pasti, dakwaan berjuta tandatangan itu adalah satu pembohongan, takde banyak mana seperti yang dicakap pun, sebab itu tak boleh nak bawak berjumpa.

Belum kita sebut tidak ada peruntukkan dalam perlembagaan negara yang membolehkan Perdana Menteri diganti dengan sejuta tandatangan - jika betul ianya wujud.  Kalau bincang yang ini, klimaks awallah keseluruhan cerita ini pun.

Monday, May 23, 2016

50 Cawangan, 14 Bahagian, Mukhriz Pilih Cawangan



Ketika mahu 'disepak' keluar dari jawatan Menteri Besar awal tahun dulu, 14 bahagian dari 15 bahagian UMNO negeri Kedah, tampil bersama-sama dalam satu sidang media, mahu Mukhriz diganti dengan orang lain.

Mukhriz, disebalik semua cakap besar tentang demokrasi, menolak pandangan 14 bahagian ini kerana kononnya tidak mewakili akar umbi dan rakyat negeri Kedah secara keseluruhannya - sebelum akhirnya mengalah dan meletak jawatan.

Kenapa akhirnya Mukhriz mengalah?  Sebab dia tahu, dalam UMNO, bahagian adalah lebih superior dari cawangan.  14 dari 15 tu adalah bukti kukuh bahawa Mukhriz perlu mengosongkan kerusi Menteri Besar memandangkan jawatan itu adalah jawatan lantikan politik.

Rakyat Kedah tidak mengundi dan memilih Menteri Besar, mereka mengundi calon DUN dan Perdana Menteri serta pihak Istana menentukan siapa patut dan tak patut jadi Menteri Besar.

Sekarang dakwa Mukhriz, ada 50 cawangan dari lebih 23,000 cawangan UMNO di seluruh negara yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, Mukhriz sudah anggap itu cukup untuk Najib berundur.

Friday, May 20, 2016

Cukai Online: KJ Menteri Bodoh Serba Serbi


Seorang pegawai LHDN hari ini mengesahkan bahawa cukai terhadap peniaga online yang mendapat bantahan Pemuda UMNO yang diketuai KJ, sebenarnya telah lama dilaksanakan.

Menurut pegawai berkenaan kepada Utusan Malaysia, pekeliling mengenainya telah pun dikeluarkan pada tahun 2013!!  Bukan benda baru, macam mana KJ tidak tahu?

Ini masalah bila lahir dan membesar di luar negara, bila balik langgar belakang kereta dan jadi menantu Perdana Menteri.  Segalanya macam disediakan, yang dia sendiri tak payah buat apa-apa untuk berjaya, cukup guna kerturunan, keturunan bini pulak tu, bukan dianya pun.

Lain kali sebelum tunjuk hero dengan membuat bantahan, kaji dulu sekeliling, awak tu menteri, bukan budak pejabat - sekalipun dulu pernah jadi tukang hantar pasport Anwar.

Tindakan KJ membantah secara semborono cadangan untuk mengenakan cukai terhadap peniaga online ini sebenarnya hanya memburukkan imej kerajaan.  Ditengah-tengah persepsi salah mengenai GST ini, tindakan KJ jelas tidak membantu, malah memburukkan lagi imej, terutama imej Perdana Menteri.

Najis: Mahathir Tak Mengata Najib, Dia Mengata UMNO


Mahathir pura-puralah tersalah menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Najis.  Tak apalah, Najib takde kesan di hatinya apa yang Mahathir cakap sebab selepas menang besar di Sarawak, tekanan bukan pada Najib lagi dah tapi pada Mahathir.

Pun begitu, ini ke yang disanjung sangat oleh pengikutnya tu konon pagi-pagi baca Al-Quran dulu sebelum buat apa yang lain, walilah konon.  Macam tak betul saja perangai tu, orang yang beriman dengan Al-Quran mana ada akhlak macam ini.

Kalau ada, bagi satu contoh nak tengok.

Tapi bila dilihat semula rakaman tersebut, Mahathir sebenarnya tak mengatakan Najib sebagai Najis, dia mengatakan UMNO tu parti Najis atau dalam erti kata lain, dia menghinakan UMNO, bukan Najib.

Tuesday, May 17, 2016

Mahathir Kerjanya Memang Hijack Hak Orang


Surat Anwar Ibrahim yang didakwa dibaca dalam satu mesyuarat biro politik PKR kelmarin, jika benar, menyerlahkan kebimbangan pengasas PKR tersebut atas pembabitan beberapa orang kuat parti itu dengan musuh tradisinya Mahathir.

Orang macam Azmin dan beberapa yang lain.

Ada kata itu surat betul, ada yang nafi tapi berdasarkan apa yang tersebar di Whatsapp, itu memang gaya Anwar.

Dengan anggapan surat itu adalah betul, nampak sangat Anwar bimbang peranannya dihijack Mahathir.  Mahathir, seperti yang kita semua tahu, memang suka hijack benda yang orang dah buat elok sejak dulu lagi.  

Dari sebesar-besarnya perkara seperti UMNO diharamkan supaya Mahathir boleh tubuh UMNO baru (dia sendiri sebagai ahli pertamanya) sehingga kepada sekecil-kecil majlis seperti penganjuran program Nothing To Hide, itupun Mahathir hijack juga untuk tunjuk macam dia berkuasa.

Monday, May 16, 2016

Memalukan, Muhkriz Tak Kenal Bapaknya Sendiri


Amat memalukan bagi bekas Menteri Kedah, Mukhriz Mahathir ini yang rupa-rupanya tidak kenal bapaknya sendiri, Mahathir.

Sebelum ini berulang kali Mukhriz cuba menjelaskan bahawa perjuangan Mahathir nak menjatuhkan Najib tidak akan menjejaskan BN kerana Perdana Menteri seterusnya adalah dari BN juga, rupanya memang Mahathir nak BN kalah untuk turunkan Najib.

Akhirnya Mahathir sendiri sahkan bahawa dia memang nak BN kalah untuk lihat Najib jatuh - bermula dari pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar 18hb Jun akan datang.

Memalukan betul ada anak yang macam ini, bapak sendiri pun tak kenal.  Kita yang tak berbinkan Mahathir ini pun awal-awal dah tahu, dari mula Mahathir lawan Najib, dia bukan nak lawan Najib saja tapi lawan BN juga, si Mukhriz ini saja yang tak nak mengaku.

Saturday, May 14, 2016

Permainan Angka Mahathir Untuk Menipu Rakyat


Kelmarin salah seorang pendokong kuat Gerakan Rakyat, Kamarudin Jaafar mengesahkan jumlah penandatangan deklarasi itu belum pun cecah 1 juta.  Di satu sudut yang lain, Mahathir sudah bergembira, siap berdoa apa bagai sebab konon jumlah 1 juta tu dah capai.

Semalam tiba-tiba diumumkan bahawa sudah 1.27 juta orang tandatangan deklarasi itu dan Mahathir bersedia untuk bertemu YDP Agung mempersembahkan angka tersebut.  Sebab Agung berasal dari Kedah, satu negeri dengan Mahathir, ramai percaya betullah Mahathir boleh yakinkan Agung untuk terima deklarasi itu dan menggantikan Perdana Menteri.

Tapi law mana nak pakai kata boleh ganti PM dengan satu juta tandatangan deklarasi?  Mahathir tahu orang bertanya soalan tu, tapi dia bukan peduli, yang penting nak ganti Najib dengan pilihan Perdana Menterinya sendiri.

Apa pun, nak dijelaskan disini bahawa ini semua hanya permainan angka Mahathir dan Mahathir tak pernah yang betul dengan angka.  Isu 1MDB cukup, kejap kata duit hilang RM 42 billion, kejap kata RM 27 billion lepas tu RM 42 billion balik sebelum mengaku hutang (bukan hilang), cuima jumlah hutang tu sudah RM 50 billion pulak dah.

Wednesday, May 11, 2016

Deklarasi Rakyat: Sekutu Sendiri Malukan Mahathir


Semalam sepatutnya jumlah satu juta penandatangan Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir, sudah diperolehi.  Berita mengenainya telah mula bergentayangan sejak petang hari sama (semalamlah tu).

Kita faham hari ini Raja-Raja Melayu mula bermesyuarat dan Mahathir terdesak nakkan angka satu juta itu untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baru dilantik.

Konon-kononnya begitu.

Bagaimanapun, belum Mahathiu sempat jejak kaki mengadap Raja-Raja Melayu (soal ada merit atau tidak belum sentuh lagi), isu jumlah satu juta penandatangan ini mula jadi persoalan.  

Ini setelah Ketua Sekretariat yang bertanggungjawab dalam hal itu, Kamarudin Jaafar mengesahkan jumlahnya belum capai 1 juta lagi!!

Walhal, jentera maya Mahathir dan Mukhriz dah mula berkokok dari semalam konon jumlah dah cukup, sekarang apa dah jadi?

Monday, May 9, 2016

Mahathir Punca DAP Kalah Teruk Di Sarawak


Geopolitik Sarawak sejak 2011 sebenarnya tidak banyak berubah.  Sekalipun berlaku perubahan pucuk pimpinan negeri apabila Tan Sri Mahmud Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Tan Sri Adenan Satim pada 2014, kalau ada swing pun, tak berapa banyak.

Pengundi Cina dan sebahagian orang Dayak masih menyokong kuat DAP dan tidak hairan kenapa DAP dengan berani bertanding 31 kerusi berbanding 15 pada tahun 2011.

Tapi apakah yang menyebabkan DAP hilang begitu banyak kerusi dalam pilihanraya negeri berakhir Sabtu lepas?

Sebetulnya, sejak DAP bekerjasama dengan DAP ini, keyakinan rakyat terutama di kalangan orang cina terhadap DAP, semakin berubah.  Sikit sikit putar belit sana sini boleh terima, tapi bab berbaik-baik dengan Mahathir, itu sudah lebih.

Thursday, May 5, 2016

Mahathir Tak Datang Sebab Tak Dapat Sambutan Bukan Jet Tak Boleh Terbang



Sepatutnya semalam Mahathir akan mengadakan satu siri ceramah dengan ahli-ahli UMNO Kelantan di Tupong Banquet, Kota Bharu. 

Disebalik promosi hebat menggunakan jentera maya dari Kelab Che Det (KCD) dan Sayang Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM), program itu gagal menarik minat orang ramai apabila dihadiri tidak lebih 150 orang, disebalik jumlah likers kedua-dua page itu yang berjuta-juta.

Mahathir sendiri, mengetahui kegagalan program itu mengumpul jumlah yang dimahukannya, tidak dapat hadir, memberi alasan jet peribadinya tidak berfungsi.  Ini alasan cover malu, boleh pulak jet tak berfungsi, ingat cakap pasal kereta ke?

Jet yang digunakan untuk bekas Perdana Menteri tersohor dalam dunia mana boleh tak berfungsi, tak masuk akal.  


Kalaupun betul, Syed Mokhtar, Vincent, Anadha, Daim, semua ini sanggup meminjamkan jet masing-masing untuk kegunaan Mahathir, pada bila-bila masalah agaknya.

Tuesday, May 3, 2016

Saman Boboi Bukan Nak Duit Tapi Nak Sekat Kebebasan Bercakap


Khabarnya anak manja daddy menyaman seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri hari ini kerana membuat tuduhan yang maha jahat dan maha buruk dalam dunia iaitu dengan mengatakannya NAK JADI PERDANA MENTERI!!

Nampak bodohkan tuduhan macam itu?  Ingat tuduh nak jadi lanun ke, jadi peliwat ke, sentaplah jugak, ni tuduh nak jadi Perdana Menteri.

Tapi memandang dari segi karutnya saman macam ini, rasanya bukan nak duit sangat tapi lebih kepada nak halang kawan tu dari bercakap.

Sunday, May 1, 2016

Muhyiddin & Mukhriz Mewakili Mahathir Bukan BN


Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir dalam banyak kenyataan, secara berulang kali menegaskan bahawa mereka masih setia dengan BN dan hanya menentang Perdana Menteri Najib.

Tapi apabila kempen pilihanraya negeri Sarawak bermula, Muhyiddin datang hanya sekali, itupun di atas pentas DAP manakala Mukhriz langsung tidak muncul membantu calon BN disini.

Membuktikan bahawa kedua mereka bukanlah mewakili BN tapi Mahathir.  Mahathir suruh datang mereka datang, Mahathir suruh jangan datang, 2 ekor ini tidak akan datang.

Jadi benarlah bila rakyat memilih untuk tidak percaya dengan auta kedua mereka, kononnya hanya menentang Najib bukan menentang BN.  Tidak adan 'BN' sama sekali pada semua tindakan mereka sejak Mahathir secara terbuka menentang Najib.