Tuesday, June 14, 2016

Untuk Proton Pulih, Semua Vendor Berkaitan Mahathir Perlu Dibuang


Perdana Menteri, Najib Razak ketika melancarkan versi baru Proton Perdana pagi tadi, menyebut tentang tamatnya campur tangan politik Mahathir dalam Proton bila tua kutuk itu berundur dari jawatan Pengerusi dan kerajaan masuk campur dengan memberi pinjaman RM 1.5 billion kepada syarikat pengeluar kenderaan nasional itu.

Menurut sumber dalaman, dari RM 1.5 billion yang diberikan kerajaan, RM 1 billion saja digunakan untuk membayar hutang.  Macam mana Mahathir ini urus pun kita tidak tahu sehingga begitu banyak sekali hutang.

Najib juga bercakap bagaimana untuk mengembalikan Proton ke landasan keuntungan tanpa perlu bergantung kepada perlindungan kerajaan, dalam masa yang sama membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi seperti mana formula Mahathir dulu.

Iltizam Perdana Menteri ini bagus dan memang disokong sekalipun ramai berpandangan syarikat itu patut ditutup saja demi mengelak kerugian yang lebih besar.  


Tapi dengan berjuta kenderaan Proton berada di atas jalan hari ini, bimbang akan menjejaskan pengguna sedia ada (dari segi warranty dan penyelenggaraan) disamping kakitangan Proton serta syarikat vendor berkaitan serta keluarga mereka yang mungkin hilang punca pendapatan.

Bagaimanapun, niat murni Najib ini tidak mampu terlaksana selagi vendor-vendor Proton yang ada kaitan dengan Mahathir, terus menjadi pembekal utama komponen kereta syarikat berkenaan.  Semua syarikat vendor yang telah dikenal pasti sebagai ada kaitan dengan Mahathir ini perlulah dibuang dan vendor baru diambil.

Hanya dengan cara itu sajalah baru Proton mampu kembali berdaya saing.

No comments:

Post a Comment