Thursday, June 2, 2016

Hudud: Mahathir Dalang Disebalik 'Kekeliruan' MCA?


Sudah jelas bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibentang Presiden PAS, Hadi Awang minggu sudah, bukanlah undang-undang hudud.

Tapi pakatan anti Islam seperti DAP, MCA, Gerakan dan MIC masih terus melaungkan itu adalah undang-undang hudud sekalipun telah dinafikan Perdana Menteri beberapa kali.

Sementara kita faham DAP memang anti hudud seumur hidup, habis semua benda berbunyi syariah pun dia nampak hudud jugak, bab MCA dan Gerakan ni ada sikit tak faham.  

Penulis diberitahu, ini cara mereka bermain politik dikalangan penyokong bukan Islam mereka, tapi bukankah lebih elok menjelaskan kepada penyokong masing-masing, akta itu bukan bermaksud nak melaksanakan hudud seperti dikatakan Perdana Menteri?

Yang ikut DAP tu apahalnya pula?

Justeru, mungkinkah ada orang yang cuba menghasut parti-parti ini dengan tujuan melawan Najib Razak?  Melihat kepada alasan yang diberikan MCA yang parti itu tidak anti Islam sebaliknya menolak hudud PAS, nampak macam sama dengan alasan Mahathir bila menolak hudud zaman berzaman.


Mahathir, masa jadi Perdana Menteri guna alasan itulah bila nak menolak hudud.  Tapi masalahnya sekarang, undang-undang itu bukan hukum hudud, kenapa MCA guna alasan Mahathir (bila nak tolak hudud)?

Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera kerana kalau betul Mahathir menghasut di belakang dan MCA, Gerakan serta MIC tu percaya dengannya, elok mereka keluar BN dan bergabung dengan Mahathir sajalah.

No comments:

Post a Comment