Kehadiran bekas Menteri kabinet, Datuk Seri Shafie Afdal ke proses penamaan calon di Sg Besar semalam, adalah bukti bahawa gerakan Mahathir-Kit Siang untuk menumbangkan Perdana Menteri, semakin bermasalah, silap-silap bakal tuju kegagalan.
Shafie adalah salah seorang dari 2 Menteri Kabinet yang digugurkan hujung Julai tahun lepas, spesifiknya kerana penglibatan mereka dalam gerakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib Razak. Seorang lagi Menteri kabinet, Datuk Seri Hassan Malek turut digugurkan dalam rombakan yang sama tapi itu adalah atas sebab usia.
Hassan kini dilantik menjadi Duta Malaysia ke Kemboja.
Baliknya Shafie ke pangkal jalan ini memberi tamparan hebat kedua untuk Mahathir dalam seminggu dua ini. 27 Mei lepas, terbongkar penipuan penandatangan palsu dengan menggunakan database SPR dan beberapa database lain, termasuk bukan rakyat Malaysia dan mereka yang telah mati.
Sekalipun menafikan sebahagian besar dari penandatangan Deklarasi Rakyat itu adalah palsu, Mahathir masih tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas individu bernama Azharuddin Othman yang membuat pendedahan tersebut.
Kalau palsu, buat report polislah dan saman Azharudin, ikut prinsip Mahathir sendiri, saman maksudnya tak betul dakwaan itu, tak saman maksudnya betul lah dakwaan itu. Ini jangan kata saman, laporan polis pun tak ada, walhal serius dakwaan itu sebab negara kita ada Akta Perlindungan Peribadi 2010.
Bukan boleh guna maklumat peribadi orang ikut suka.
Apa pun, dengan kembalinya Shafie ke pangkuan Najib, ada besar kemungkinan jawatan beliau sebagai Menteri kabinet akan dikembalikan dalam rombakan yang dijangka berlaku sebaik 2 proses pilihanraya kecil ini berakhir.
Rombakan itu hampir pasti ada berikutan kekosongan yang berlaku dari kematian Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon dan tamat penggal Tan Sri Wahid Omar sebagai Senator dan seterusnya Menteri.
No comments:
Post a Comment