Culai nombor satu Mahathir, Khairudin Abu Hasan semalam mengesahkan bahawa Mahathir akan berkempen untuk calon Amanah di kedua kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
Ini setelah Mahathir gagal menyekat PAS dari bertanding sehingga pertandingan 3 penjuru (Sg Besar) dan 4 penjuru (Kuala Kangsar) berlaku, seterusnya menyukarkan impiannya untuk melihat BN kalah dengan mudah - kalau pertandingan satu lawan satu diadakan.
Kehadiran PAS juga menggagalkan usaha Mahathir untuk meletakkan orangnya sendiri bertanding dibawah lambang Bebas kerana pengaruh PAS tidak setanding dengan mana-mana individu yang Mahathir cuba tonjolkan dalam kempen pilihanraya kecil ini.
Orang macam Syed Rosli, Hamidah Othman dan sebagainya.
Begitupun, tanpa Mahathir sedar, dia sebenarnya tidak berkempen untuk parti Amanah, sebaliknya dia berkempen untuk DAP. Bukan rahsia Amanah adalah diasaskan dari kumpulan serpihan PAS yang gagal mengalahkan pasukan Hadi Awang dalam Muktamar PAS tahun lepas.
Kita semua tahu, DAPlah yang kuat membantu dari segala segi sehingga Amanah berjaya akhirnya ditubuhkan. Demi nak lihat PAS berkecai, DAP boleh bantu Mat Sabu tubuh Amanah tapi nak daftarkan Pakatan (Rakyat atau Harapan), tak boleh sampai sudah.
Malah kita tidak terperanjat kalau DAP turut membantu Amanah dari segi kewangan sehingga parti itu dilihat tidak lokek berbelanja besar dalam kempen pilihanraya yang disertainya, bermula di Sarawak bulan lepas.
Justeru, itu yang Mahathir bangga sangat tu - kempen untuk DAP?
No comments:
Post a Comment