Mahathir kata dalam blognya semalam, 2 kekalahan sekutunya PAN di Sg Besar dan Kuala Kangsar, tidak akan melunturkan semangatnya untk menjatuhkan Perdana Menteri, bahkan dia mungkin jadi lebih keras lagi.
Persoalannya, ada kita peduli?
Kalah besar di dua kerusi itupun sudah cukup membuktikan bahawa perjuangan Mahathir adalah satu perjuangan yang sia-sia. Konon dapat 1 juta tandatangan tapi dimana kesannya semua tandatangan itu. Bila ada piliihanraya, kalah, maksudnya takde impak langsunglah.
Lainlah kalau deklarasi satu juta, pengikut Fan Page satu juta. lepas tu menang besar, barulah ada gigil sikit, ini kang, sejuta sana sejuta sini, kalau tak sebab undi DAP, buta buta calon PAN hilang deposit.
Dulu Mahathir kata keputusan di Sg Besar dan Kuala Kangsar akan jadi referendum terbaik untuk mendesak pengunduran Najib (kalau kalah), sekarang dah menang, kenapa tak boleh nak dikatakan ini adalah bukti rakyat sokong Najib?
Mahathir ni sebenarnya menjual impian dia saja, impian nak lihat Najib jatuh. 22 tahun dah rakyat digunakan agar Mahathir dapat lihat impiannya tercapai, cukuplah tu.
Sudah-sudahlah tu Mahathir ooi, kapan putih dah shopping dah, liang dah ukur? Umur macam ini patut bimbang bab-bab itu, bukan adu domba politik lagi dah.
No comments:
Post a Comment